Syazira memandang kearah tiga kembarnya itu yang nyenyak didalam katil bayi mereka. Usia mereka barulah 3 bulan.
Untuk menjaga tiga kembar memang sangat-sangatlah mencabar. Ditambah pula dengan putera dan puteri yang sedia ada dirumahnya itu.
" sayang.. " pinggang Syazira dipeluk dari belakang.
Kepala Adam pula ditongkatkan dibahunya.
" lenanya diorang tidur. "
Syazira tersenyum.
" tengoklah siapa yang tidurkan. "
Adam ketawa kecil.
" thank you sayang.. " ucap Adam lembut. Pipi isterinya itu dicium.
" untuk? "
" untuk semua kebahagiaan yang sayang bagi. "
Syazira melepaskan pelukkan Adam dipinggangnya. Tubuhnya dipusingkan menghadap suaminya itu. Kepalanya didongakkan sedikit untuk menatap mata Adam.
" abang.. Anak kita dah 3 bulan. And you still ucap ' terima kasih ' tu. " balas Syazira lembut.
" sayang.. Susah abang nak lupa pengorbanan sayang. And in shaa Allah , abang takkan lupa. Abang takkan mampu dapat balas apa yang sayang dah buat. Semuanya.. " ucap Adam mulai sebak.
Tangannya mengusap perut kempis Syazira yang sudah ' kosong ' itu.
" terima kasih sebab dah tumpangkan rahim , perut sayang ni untuk anak-anak abang. Untuk Arian , Arissa and untuk Aliff , Aqiel and Ariana serentak. Abang takkan boleh balas semua tu sayang. Sayang tanggung rasa sakit nak bersalin untuk masa yang lama. Sayang lahirkan Arissa dengan bersusah payah dekat sisi abang. Perut sayang kena belah sebab nak keluarkan Aqiel , Aliff and Ariana depan abang. Penat sayang , lelah sayang , sakit yang sayang tanggung waktu mengandungkan diorang. Mana boleh abang lupa sayang.. " ucap Adam lembut menceritakan kembali segalanya.
" semua tu abang tak mampu nak balas yang. Abang tak mampu nak balas. " sambungnya. Airmatanya mengalir perlahan. Syazira hanya senyap mendengar kata-kata suaminya itu.
" abang cuma terkilan satu Sya. Satu je. Abang tak ada dengan sayang waktu Sya mengandungkan Yian. Waktu Sya tanggung sakit. Waktu Sya lahirkan dia. You do it alone. Sepatutnya abang teman Sya untuk lalu semua tu. Mesti waktu tu Sya lagi takut kan? Lagi-lagi anak first kita. " Adam menundukkan pandangannya. Kesal dengan diri sendiri.
" dah habis? " soal Syazira. Mata suaminya ditatap penuh kasih. Tangannya naik untuk menghapuskan tangisan itu. Tangan Syazira masih setia mengusap pipi suaminya itu.
" abang.. Benda dah lepas , kita jangan ungkit okey? Ye , maybe kita sama-sama terkilan sebab abang takdek teman Sya waktu tu. Tapi abang kena tahu , perancanganNya adalah yang terbaik. Dialah sebaik-baik perancang. Mungkin kalau kita tak lalui waktu , kita tak macam sekarang. Mungkin kita tak saling menghargai. Kita saling berkorban. Kita tak saling menghormati dan kita mudah ambil ringan perkara-perkara yang penting. " ucap Syazira tenang.
" now.. Sya nak abang lupakan segala memori lama tu. Segala memori buruk tu. Ingat yang indah-indah je. " sambungnya. Tangannya yang berada dipipi Adam digenggam suaminya. Mata Adam terpejam seolah-olah melakukan apa yang disuruh isterinya.
" sekarang ni , open your eyes. " arahnya lagi.
" abang tengok apa yang abang ada sekarang. Abang ada sayang. Abang ada Yian. Abang ada Icha. Abang Aqiel , Aliff and Ariana. Abang ada kehidupan yang sempurna. Fokus atas apa yang abang dah ada sekarang. Jangan pandang lagi apa yang abang pernah buat. Okey? " dahinya dicium Adam sesudah menghabiskan kata-kata. Tubuhnya turut dipeluk erat oleh suaminya.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
RomanceKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...