Syazira berjalan seorang diri sambil melihat kesibukkan kota bandaraya ini.
Dia tahu Adam pasti ada dipersekitaran ini sekarang ini. Dia pasti. Dan.. Dia pasti Adam bersama dengan Fisya. Kakak kepada Fina. Sebab Adam dah bagitahu dia.
Dari jauh , Syazira sudah nampak Adam dan Fisya. Mereka hanya kelihatan biasa , Syazira tak pernah syak apa-apa. Duduk mereka diatas bangku itu pun jauh.
Syazira melangkah kearah mereka dari belakang , pada masa yang sama , Fisya ingin bangun. Namun kakinya salah memijak ranting pokok sehingga menyebabkan dirinya hampir jatuh. Adam dengan segera menarik tangan wanita itu. Tanpa sengaja , Fisya duduk betul-betul bersebelahan Adam. Seolah-olah Adam sedang duduk sambil memeluk bahunya.
" Adam.. " panggil Syazira sayu sambil beralih kehadapan mereka. Dia tahu niat Adam baik. Cuma dia sengaja menguji tahap kesabaran Adam. Dan.. Kini , nasib menyebelahinya apabila Fisya kebetulan jatuh dibahu Adam.
Adam dan Fisya sama-sama terkejut. Fisya serta merta bangun dari duduknya.
" Sya.. Awak dah salah faham. " terang Fisya.
" takpelah. Saya dah nampak. " ucap Syazira.
" sayang.. Dengar cakap abang dulu. " ucap Adam sambil bangun.
" tak perlu. Saya cuma nak tanya satu je. " pinta Syazira.
" awak betul-betul tertarik hati dengan Fisya? " soal Syazira lagi.
" Sya.. Awak dah salah faham. Saya datang sini cuma.. " belum sempat Fisya menghabiskan ayatnya. Syazira sudah memotong.
" kalau awak betul-betul sayangkan Adam. Saya izinkan awak jadi isteri dia. Tapi.. Dengan syarat yang dia mesti lepaskan saya.. " ucap Syazira.
" Sya!! " jerkah Adam. Terkejut dengan kata-kata yang dituturkan isterinya itu.
" Sya tau tak apa yang Sya cakap ni?! " marah Adam lagi.
" saya tahu. " balas Syazira ringkas lalu berjalan meninggalkan mereka. Dia terus memboloskan diri kedalam kereta. Akhirnya , airmatanya mengalir.
" saya terpaksa Adam. Saya terpaksa. Saya tau awak tak salah. " ucap Syazira sendiri. Tangannya memukul-mukul stereng kereta.
****
Syazira memakirkan keretanya tepat didalam garaj. Saat dia keluar , serentak itu , kereta Adam turut parking bersebelahannya.
Tanpa memperdulikannya , Syazira terus masuk kedalam rumah. Setelah itu diikuti oleh Adam yang turut melangkah masuk.
" Sya! Abang tak habis cakap lagi ni. " ucap Adam sambil mengekori Syazira yang sedang berjalan kearah dapur.
" apa lagi Adam? " soal Syazira lalu kembali berjalan kearah ruang tamu. Tangga dirapati.
" kenapa Sya berubah macam ni? Kenapa Sya susah sangat percayakan abang? Kenapa Sya? Kenapa? Abang ada buat silap ke?! " soal Adam beria-beria.
Syazira yang baru sahaja melangkah satu anak tangga terus berpaling. Kini Adam hanya tinggi satu inci darinya. Matanya memandang tepat kearah Adam.
" awak tak salah. Awak tak salah Adam. Saya nampak semuanya tadi. Awak cuma tolong Fisya yang nak jatuh. " ucap Syazira mulai sebak.
" habistu kenapa Sya buat macam tu tadi? " soal Adam turut sayu.
" saya terpaksa. " balas Syazira mulai lemah.
" kenapa sayang kenapa? " desak Adam.
" sebab Sya nak abang benci Sya. Sya nak abang dah tak sayang Sya. " ucap Syazira teresak-esak. Dada Adam dipukul-pukul. Sedikitpun Adam tak mengelak. Membiarkan isterinya meneruskan kata-kata.
" doktor suspek Sya ada kanser rahim. " sambung Syazira masih teresak. Adam tersentak. Tangan isterinya dipegang. Airmata lelakinya turut bertakung. Dia tidak lagi mampu berkata-kata.
Lidahnya kelu seribu bahasa.
Perlahan-lahan tubuh Syazira dibawa kepelukkannya. Syazira menangis semahu-mahunya. Airmata Adam turut mengalir deras.
Kaki sudah terasa lemah. Perlahan-lahan , mereka sama-sama melorotkan tubuh jatuh kelantai.
Saat ini tiada kata mampu diucap. Cukup hanya dengan sebuah pelukkan hangat yang menenangkan.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
RomanceKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...