Syazira memicit-micit kepalanya yang terasa berat. Kakinya turut dilunjurkan diatas sofa. Televisyen yang terpasang dibiarkan begitu. Dirinya memang terasa tak berdaya.
" ibu.. " panggil Arian sambil menggegarkan lengan Syazira.
Syazira pandang kearah anaknya.
" ibu akit? " soalnya dalam wajah risau.
Syazira senyum melihat karenah anaknya.
" ibu pening sikit je sayang.. " tangannya jatuh menggosok kepala Arian.
Seketika kemudian , Syazira berlari kedapur. Mengeluarkan segala isi dari perutnya. Setelah itu dia mengumur-ngumurkan mulut dengan air paip. Sungguh dia tak larat.
Setelah itu , dia kembali kedepan dan tertidur.
***
( Adam Hariz P. O. V. )
Setelah mematikan enjin kereta , aku melangkah masuk kedalam rumah sambil memberi salam. Tiba-tiba Arian berlari kearahku.
" shhh!! " ucapnya sambil meletakkan jari telunjuk dibibir tanda diam.
" kenapa? " soalku bingung. Aku lihat kearah ruang tamu. Rupanya Arissa yang sudah tertidur diatastilamnya setelah habis menyusu.
" ibu akit.. " ucapnya membuatkan aku sedikit terkejut. Jangkaanku meleset.
" ibu akit apa? " soalku kepadanya.
Arian angkat bahu tanda tak tahu. Aku pergi kearah ruang tamu. Aku duduk bersebelahan Syazira yang masih tertidur.
" sayang.. " panggilku sambil menyentuh pipinya. Aku dapat rasakan pipinya yang begitu panas. Aku rasa dahinya dan lehernya pula.
" Sya.. Sayang demam. " ucapku. Saat itu Syazira sudah mengebil-ngebilkan matanya.
Tanpa banyak bicara , aku cempung tubuhnya untuk naik ketingkat atas.
Setelah meletakkan tubuhnya diatas katil. Aku duduk bersebelahannya.
" sayang tunggu sekejap.. Abang pergi call doktor eh. "
Syazira angguk lemah. Aku cium dahinya sebelum meninggalkannya untuk membuat panggilan.
****
Setelah doktor yang merawat Syazira pulang , Adam terus menidurkan Arian dan Arissa.
" kenapa Sya ni asyik demam je aek? " soal Adam sendiri sambil berjalan ke biliknya.
" ke dia pregnant lagi? " soalnya lagi.
" tapi.. Mustahillah. Icha tak sampai setahun lagi. Lagipun Ichakan menyusu badan. " sambungnya sendiri.
Ketika tiba dihadapan pintu bilik mereka , Adam pandang akan tubuh Syazira yang terbaring lemah. Seketika kemudian , Syazira memegang perutnya yang sakit setelah batuk.
" sayang.. Sayang okey? " soal Adam dalam riak risau sambil berjalan kearah isterinya. Dia terus melabuhkan punggung bersebelahan Syazira.
Syazira angguk lemah. Dia betul-betul tak berdaya.
****
Adam meletakkan bubur disebelah meja Syazira.
" sayang.. " panggilnya lembut untuk mengejutkan Syazira.
Tiada reaksi daripadanya.
Setelah seketika barulah Syazira sedar.
" eh.. Abang tak pergi kerja ke? " soal Syazira lemah.
" tak.. Abang ambil EL. Sayangkan tak sihat. "
" sorry.. Dah susahkan abang. " balas Syazira lembut.
" takpelah.. Dah sayang bangun sikit eh. Abang nak suap makan ni. Lepastu sayang makan ubat , sayang rest balik keyh! "
Syazira hanya mengangguk.
****
Setelah 4 hari , demam Syazira masih belum kebah. Sekejap suhunya tinggi , sekejap suhunya rendah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memeriksa hospital.
" Puan Syazira? " soal doktor itu sambilmelabuhkan punggung berhadapannya.
Syazira mengamgguk.
" kami suspek Puan ada kanser rahim. " ucapnya membuatkan Syazira terdiam.
Hehehehe! Jeng! Jeng! Jeng! Sad or Happy?
' star ' kat bawah jgn lupa!
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
Roman d'amourKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...