Bab 13

14.1K 474 17
                                    

" Adam!!!  "

Syazira menahan nafas yang sedang turun naik. Debar didadanya semakin kuat terasa. Airmatanya terasa mulai menakung. Arissa menangis akibat terkejut dengan jeritan yang datang secara tiba-tiba itu.

" Sya.. " Adam berkata dalam nada terkejut. Terkejut dengan kehadiran Syazira yang datang secara tiba-tiba itu. Dia bingkas bangun dari perbaringannya di atas peha Fina.

Syazira menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

" Sya.. Sya.. Dengar dulu apa abang nak kata sayang. Sya salah faham ni. " ucap Adam sambil berjalan ke arah Syazira.

Kaki Syazira kaku untuk bergerak. Lidahnya turut kelu untuk berbicara. Tapi.. semua itu hanya sekejap saat satu suara sumbang menyedarkannya.

" baby.. Kenapa ni baby? Tadi elok je you baring atas peha I. " ucap Fina dengan lentok manja lalu memaut lengan Adam.

Nafasnya semakin sesak. Dadanya seolah-olah dicengkam hebat. Dia terus berpusing. Airmatanya cuba ditahan dari mengalir. Dia terus berlari kearah lif. Lif yang masih terbuka itu terus ditutup lalu ditekan untuk ke tingkat lobi. 

Bayangan Adam yang mengejarnya setelah menolak tubuh Fina dibiarkan begitu.

Hatinya sakit. Sakit yang teramat. Syazira berlari anak keluar dari lif. Setelah kelibat keretanya terlihat , Adam pula baru keluar dari lif bersebelahan lif Syazira keluar.

Tanpa berkata panjang , Syazira terus berlari memasuki kereta dan memandunya keluar dari kawasan bangunan.

Adam berlari mendapatkan Syazira. Kereta isterinya itu laju membelah jalan raya. Adam menyeluk poket seluarnya untuk mencapai kunci kereta. Dia harus kejar Syazira. Dia tidak mahu Syazira salah faham tentangnya. 

Tetapi hampa. Puas dicari kunci kereta tersebut , namun tiada.

Adam menepuk dahi. Kunci keretanya tertinggal diatas meja. Dia segera berlari kearah lif untuk kembali ke tingkat atas. 

****

Syazira memberhentikan keretanya dihadapan sebuah taman permainan. Tangannya memukul-mukul stereng kereta sehingga kadang-kadang terbunyikan hon. Dan saat itu , airmata yang sedaya upaya ditahan , akhirnya jatuh satu persatu dengan lebatnya. 

" aku benci kau Adam!! "

" kau penipu!! "

" kau tipu aku! "

" kau curang dengan aku!! " jerit Syazira dengan amarahnya.

***

Setibanya Adam dipejabatnya , kelihatan Fina masih berdiri kaku disitu.

" kau buat apa tadi?! " jerkah Adam membuatkan bahu Fina sedikit terenjut.

" apa? Memang you pegang tangan I kan? Memang you baring atas I kan? " balas Fina dengan suara menggoda yang sengaja dia lakukan.

Sewaktu Adam hendak membalas , kepalanya semakin berat. Ditambah pula pandangan mata yang semakin kabur kerana cuaca hari ini yang begitu panas.

" Adam.. " panggil Fina.

Adam mulai terhuyung-hayang. Dan akhirnya dia pengsan.

Fina tersenyum girang. Idea baru mula muncul difikirannya. Kejatuhan rumah tangga Adam dan Syazira.

" dulu.. Elok-elok kau mengaku depan mak aku yang kita dah kahwin. Tapi.. kau buat macam tu. Kejar isteri kau. " ucap Fina sambil menutup pintu kayu bilik Adam. Dinding cermin bilik Adam turut ditutup dengan langsir. Pintu kayu itu dikunci dari dalam.

" kau memang bodoh Adam! " Fina melutut dihadapan tubuh Adam yanh sudah terbaring diatas lantai. Pipi Adam ditamparnya perlahan.

" kau bodoh sebab percaya yang aku tolong time accident. Buat apa aku bazirkan darah aku untuk kau?! "

" kau silap besar Adam! Silap besar sebab kahwin dengan perempuan tu! Kau fikir aku tak dendam dengan dia? Sebab dia aku kena maki dengan mak aku! " ucap Fina lagi.
Kini , dia harus membalas dendam terhadap Syazira.


Aku Bukan Isteri Simpanan 2 Where stories live. Discover now