Dalam mereka menikmati momen indah itu , tiba-tiba telinga Syazira menangkap bunyi gitar daripada bawah. Dipandangnya bawah daripada balkoni biliiknya.
Andai dunia hancur binasa ,
Ku kan setia sampai mati cintaku ,
Takkan berserah ,
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku ,
Taktha dihatimu...Ku terlihat ,
Ragu dan cerita curiga ,
Diselimutkan satu senyuman ,
Tanda tanya...
Selamanya menghantui ,
Apa dirimu mahukan aku...
Dan.. Biarkan cerita lama ,
Terpadam sudah agar kitakan bersama...Syazira memandang tepat kedalam anak mata suaminya.
" khas untuk isteri abang yang tercinta. " ucap Adam apabila Syazira meminta penjelasan tentang sekumpulan pemuzik yang berada dibawah balkoni biliknya. Seketika kemudian , lagu lain pula yang mereka mainkan.
Sampai mati pun engkau takkan ku lepaskan , akan ku jaga seumur hidupku.
Beribu puisi yang kuuntaikan untukmu , ingin ku selalu memiliki kamu.
Jangan pernah kau sakiti aku lagi , cobalah untuk lengkapi hidupku.
Ku ingin menjaga dirimu , tak akan pernah ku sakiti kamu.
" Adam.. " panggil Syazira. Dirinya sungguh terharu. Setelah lagi itu terhenti. Hanya petikan gitar sahaja yang kedengaran.
Adam memaut pada pinggang isterinya. Wajahnya ditundukkan sedikit memandang tepat kedalam anak mata Syazira.
Ku selalu menyakiti dan sering berdusta ,
Dan membuat kau tinggalkan aku ,
Pertelingkahan kita selalu tiada khirnya , melemaskanku dalam cintamu ,Menantimu hingga kau kembali ,
Dan mencuba menjaga hatimu ,
Setia dan hidupku selalu denganmu ,
Menemanimu hingga akhir waktu ,Kenangan indah ketika kita bersama ,
Membuatku terbayangkan kamu ,
Aku tahu cintaku tersemat dihatiku ,
Aku yakin hanya kau untukku...Aku yakin hanya kau untukku...
Ulang Adam. Airmata Syazira menitis lagi. Rindu. Rindu dengan suaminya. Lagu yang pernah dinyanyi Adam dahulu , kini dinyanyikan lagi.
" hanya sayang untuk abang. Takkan pernah berganti. Dan takkan pernah terganti. " ucap Adam ikhlas. Airmata Syazira bergenang lagi. Adam mendekatkan bibirnya dengan muka Syazira. Mata mereka bertatapan lama. Lalu diakhiri dengan penyatuan bibir mereka.
" baba? " sampuk Arian tiba-tiba. Tangan comelnya menggosok matanya. Gayanya masih menunjukkan yang dia masih mamai.Mungkin terganggu dengan jeritan Syazira tadi.
Adam dan Syazira sama-sama melepaskan pelukkan dan ciuman masing-masing.
" ye sayang , baba ni.. " balas Adam sambil merendahkan tubuhnya lalu mendepakan tangan.
" baba!! " jerit Arian lalu berlari kearah babanya. Tubuh Adam dipeluk erat.
Adam turut membalas pelukkan anaknya dan menggendongnya.
" Yian miss baba.. " luah Arian.
Syazira yang lihat mula berasa sebak dengan keadaan itu. Rasa bersalah menghantuinya. Bersalah kerana telah memisahkan anak-anaknya dengan Adam.
****
Syazira menarik langsir biliknya bagi memancarkan cahaya matahari yang masih awal ini masuk. Adam turut memgebil-ngebilkan matanya apabila kulit wajahnya seperti disentuh tangan kecil.
" ba! " panggil Arissa yang sedang duduk. Adam tersenyum. Rindu dengan anak gadisnya yang seorang ini.
" Icha! " balas Adam sambil memeluk anaknya. Tubuh Arissa digeletek. Tawa antara mereka mulai hadir.
" Icha kacau baba tido ae? " soal Adam dengan sisa tawanya.
Arissa sudah ketawa berdekah-dekah. Seketika kemudian , dia memeluk tubuh Adam erat.
" kenapa ni? Icha rindu baba ke? " soal Adam manja.
Arissa yang masih didalam pelukkan Adam itu mengangguk laju.
" bu? " soal Arissa sambil memandang kedalam anak mata Adam. Adam menjuihkan mulutnya kearah Syazira yang masih tercegat disebelah tingkap.
Arissa berpaling.
" bu!! " panggil Arissa lalu bangun dan berjalan kearah Syazira. Syazira pergi kearah katil dimana tempat anaknya berada.
" baba!! " setelah tubuh Syazira digapai , dia menundingkan jari kearah Adam. Menunjukkan bahawa ayahya sudah kembali.
" ye sayang.. Ibu tahu. " balas Syazira lembut.
" Yan! Yiyan! " panggil Arissa sambil menepuk-nepuk peha abangnya yang masih tidur. Syazira dan Adam sama-sama ketawa melihat gelagat puteri sulung mereka itu.
Maaf, lama x update!
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
Storie d'amoreKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...