Syazira menuruni tangga untuk ketingkat bawah. Jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi. Namun dia sudah turun untuk menyiapkan sarapan pagi.
Dia berjalan kearah peti ais. Ruang paling bawah dibuka. Lalu , Syazira mengeluarkan 2 ulas bawang besar , seulas bawang putih dan beberapa biji cili kecil.
Bawang-bawang tersebut dikupas dibawah air yang mengalir.
" sayang.. " panggil seseorang. Pinggang Syazira dipeluk dari belakang.
Syazira sedikit tersentak.
" abang ni , terkejut Sya. " marah Syazira. Pisau diletakkan ditepi. Tangan Adam yang berada dipinggangnya ditepuk perlahan.
" sayang nak masak apa ni? " soal Adam lembut menghiraukan kata-kata Syazira sebentar tadi. Kepalanya ditongkatkan dibahu Syazira.
" sayang nak masak nasi goreng. "
" lama abang tak rasa nasi goreng Sya. " balas Adam sambil mencium leher Syazira.
" eh.. Ni rindu nasi goreng sayang ke rindu sayang ni? " ucap Syazira sambil mengelakkan kepalanya tanda geli.
" rindu dua-dua. "
Syazira hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.
" awal pulak abang bangun hari ni? " soal Syazira tiba-tiba.
" kan abang dah cakap , abang rindu sayang. "
" abang.. Kan dah 2 minggu Sya keluar dari hospital. "
" memanglah sayang. Tapikan tempoh waktu 2 mingggu tu kan , sayang still lemah badan. " balas Adam.
" sekarang ni lah baru abang tengok sayang cergas balik. Tapi sayang kena still hati-hati tau. " sambungnya. Sempat diselitkan nasihat supaya isterinya sentiasa berjaga-jaga.
" yelah abang. Dah tepi , Sya nak masak ni. "
" biar abang tolong eh. Hari ni abang cuti. Sampai 4 hari. Kita pergi holiday okey. " ucap Adam. Pelukkannga dilepaskan , Adam beralih tubuh lalu menyandarkan punggungnya kearah dinding sinki.
Pergerakan tangan Syazira terhenti. Pandangannya terus tertacap pada wajah Adam.
" serius? " soal Syazira.
Adam angguk.
" kita pergi Cameron Highlands. " balas Adam.
Senyuman dibibir Syazira semakin mekar.
" thank you abang! " ucap Syazira lalu terus melompat kedalam dakapan suaminya.
****
Adam menolak dua beg roda keluar daripada pintu lif. Langkah mereka diatur kebilik yang tertera nombor 472.
Setelah pintu dibuka dan lampu dipasang , Adam membiarkan tubuh kecil Arian untuk memasukinya dahulu. Mulut kecil itu tidak henti-henti bercakap dari tadi.
" Sya okeykan abang sewa hotel je? " soal Adam.
" eh Sya tak kesah pun. Janji anak-anak selesa. " balas Syazira. Arissa yang sudah terlentok dibahunya diletakkan diatas katil bersaiz queen itu. Bilik itu mempunyai satu katil bersaiz queen dan satu katil bersaiz king.
" Yian.. Yian nak tito tak? " soal Syazira sambil menepuk ruang katil bersebelahan Arissa.
" nak! Nak! " balasnya lalu memanjat katil. Tubuhnya terus dibaringkan bersebelahan Arissa. Dalam beberapa saat , Arian sudH mulai menguap. Mrmang waktunya untuk tidur sekarang.
Setelah meletakkan bantal bagi menjadi penghadang antara Arissa dan Arian. Syazira beralih pula pada katilnya.
" abang tak nak tidur? Kesian abang bawak kereta sorang-sorang. " ucap Syazira.
Adam berjalan kearah isterinya yang mulai menanggalkan pin-pin tudung dari selendang.
Syazira melepaskan sanggul rambutnya. Adam terus duduk bersebelahan Syazira.
" abang nak tidur. " ucap Adam. Matanya menatap kedalam anak mata Syazira. Rambut isterinya itu disentuh dengan jarinya.
" abang nak sayang tidur sekali dengan abang. " sambung Adam. Perlahan-lahan tubuh Syazira ditolak keatas katil. Mereka mula melayani perasaan masing-masing.
Jemput tengok saya punya story baru :
Love Bella
Titisan Kasih Iman Safiya
Jangan Lupa tau!
Nanti saya xnk update ABIS 😣
Okey , gurau. Jangan lupa check okey!!!
Lagi satu , story ni bakal menemui penghujungnya tau! Tak lama dah!
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
RomanceKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...