Syazira masuk kedalam sebuah kedai makan yang terletak bersebelahan hotel itu. Jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi. Selepas solat subuh tadi , Adam kembali menyambung tidurnya.Syazira memesan 3 bungkus nasi lemak berlauk ayam goreng dengan 2 bungkus air teh. Sementara menunggu makanannya siap dibungkus , Syazira duduk dimeja yang disediakan.
Handphonenya yang berada diatas meja tiba-tiba berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Abang
Syazira membuka aplikasi whatsappnya itu.
Lamanya sayang...
Mesej itu dibaca Syazira. Sebelum keluar , sempat dia meletakkan sekeping nota disisi Adam mengatakan bahawa dia akan membeli sarapan pagi.
Kejaplah.. Sayang baru oder ni. Yian dengan Icha dah bangun?
Syazira kembali meletakkan telefon bimbitnya. Air mineral yang diambilnya sebelum duduk tadi dicapai lalu dibuka.
Setelah seteguk air itu membasahi tekaknya. Handphonenya kembali berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Tangannya ligat membuka mesej itu.
Setelah melihat gambar yang diterimanya itu. Dirinya mulai ketawa kecil.
Nampak sangat dua-dua baru bangunkan?
Soal Syazira.
Macam yang sayang nampak 😆
Syazira ketawa kecil. Hatinya kini betul-betul bahagia dengan Adam.
Icha?
Soalnya apabila teringat akan anak kecilnya yang lagi sorang itu.
Comelnya anak-anak ibu ni...
Anak-anak ibu je?
Anak-anak ibu dengan baba..
Lagi? 😕
Lagi apa? 😬
Soal Syazira berpura-pura tidak mengerti.
Takpelah kalau macam tu😣
Syazira ketawa kecil sendiri. Seronok juga bila memainkan perasaan Adam melalui mesej sebegini.
Abang...
Hanya bluetick diterima Syazira.
Tapi anak-anak ibu ni comel sebab baba dia yang hensem💕
Pandai dia eh...
Ibu memang pandai😆
💗
Setelah mesej terakhir daripada Adam dibaca. Syazira ke kaunter untuk membayar pesanannya.
Dia mengeluarkan not RM20. Setelah baki diterima , Syazira kembali kedalam hotel sambil menjinjit beg plastik serta 2 bungkus air itu.
***
Syazira keluar dari perut lif itu. Dia terus berjalan kearah pintu biliknya.
Dia mula mengetuk dari luar. Setelah beberapa ketukan , barulah pintu biliknya itu terbuka.
Terpampar tubuh Adam yang masih mamai disitu.
Syazira tersenyum. Dia terus melangkah masuk kedalam bilik itu. Setelah beberapa langkah dia dihadapan Adam , dia meletakkan bungkusan tersebut diatas kerusi bersebelahan pintu itu.
Syazira kembali berjalan beberapa langkah. Tiba-tiba tubuhnya terasa melayang. Syazura menjerit kecil.
" shhhh... " ucap Adam sambil membetulkan kedudukkan Syazira didakapannya.
" nanti anak-anak bangun. " sambungnya. Syazira terus memaut leher suaminya itu.
" tapi kan Yian dah bangun tadi? " soal Syazira bingung.
Adam mengangkat keningnya beberapa kali sambil tersenyum.
" don't worry. Abang dah buat Yian supaya tidur balik. " ucapnya bangga.
" ada-ada je. " geleng Syazira.
Mereka senyap seketika.
" jom? " Adam angkat kening.
" ke mana? " soal Syazira tidak mengerti. Atau lebih kepada sengaja menguji Adam.
" buat adik baru dekat Yian and Icha. " mata Syazira ditatap penuh kasih. Senyumannya tadi kini bertukar menjadi senyuman penuh menggoda.
Syazira membalas dengan senyuman penuh maknanya. Matanya dikecilkan sambil memandang Adam. Tiba-tiba dia tinggikan sedikit tubuhnya lalu terus mengucup bibir Adam.
Lama mereka berkeadaan begitu. Adam meletakkan tubuh Syazira diatas katil secara perlahan-lahan.
Setelah tautan ciuman dilepaskan , Syazira mendekatkan bibirnya ditelinga Adam.
" jom.. " bisiknya.
Hai!!!! Fuh siap pun😂. Maaf semua lambat. Dah nak hbs tau cerita ni. So..sy nk promote ckit.
Titisan Kasih Iman Safiya.
Jemput baca semua😊
Lepas ni dah xdek konflik. Nak sweet2 plk. So saya nak tanya ni.
Korang sanggup berapa bab lagi?
1 , 2 or 3
Pilihan tu je. Mana satu?
Saya tau gmbr hero kata atas tu lain kan? Saya ltk supaya korang imagine mcm mn hero tu buat dgn anak tu je. Bukan bermakna hero dia adalah seperti di atas. Harap maklum. Nnti ada org pertikaikan plk..
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
RomanceKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...