Bab 10

15.1K 477 13
                                    

Syazira berpeluk tubuh sambil menghirup udara malam.  Rambutnya yang diikat tocang dibawa kesebelah kanan. Dari atas biliknya ini , dia dapat melihat cahaya lampu yang berada didalam kegelapan malam.

" sayang.. " Adam memeluk tubuh Syazira dari belakang. Wangian bau syampu yang dipakai isterinya menusuk kedalam hidung. Harum.

" hermm..  " balas Syazira. Tangannya menggosok lengan sasa Adam.

" kenapa berdiri dekat sini? Nanti makin teruk demam sayang tu. " tegur Adam. Pipinua digesel dengan pipi gebu isterinya.

" saja. Nak tengok kot-kotlah ada pencuri masuk. " balasnya dalam nada gurau.

Adam ketawa kecil.

" cakaplah macam tu. Ada betul-betul nanti , nangis! " perli Adam.

Giliran Syazira pula ketawa. 

" apalah abang ni. Takkanlah pencuri boleh masuk? Kan guard beratur dekat depan tu. " Syazira menjuihkan bibirnya kearah pintu pagar utama untuk masuk kerumah mereka.

" siapa kata? Ni.. depan abang ni. Yang abanh tengah peluk ni. Pencurilah ni. " ucap Adam serious.

Syazira sedikit tersentak. Pelukkan Adam segera dilepaskan. Tubuhnya berpaling menghadap sang suami. 

" apa yang Sya dah curi? Sejak bila pulak?" soalnya tidak berpuas hati. Sesuka hayi tuduh orang. Dahlah bercakap dalam nada serious.

Adam masih bermuka serious. Tangan kanan isterinya digapai lalu diletakkan didadanya.

" Sya curi hati abang , jantung abang dan perasaan abang.  Sejak dari pertama kita bertunang sehinggalah ke hari ni dan In Shaa Allah sampai ke jannah. " balasnya syahdu.

Syazira terdiam.

" dan abang harap sayang akan jaga semua yang sayang dah curi ni sebaik mungkin. " sambungnya lagi. 

Syazira tidak mampu berucap. Lidahnya kelu. Adam segera membawanya kedalam pelukkan. Pelukkan dieratkan dan umbun-umbun isterinya dicium.

Saat Syazira merungkaikan pelukkan , dia ternampak tangan Adam yang mempunyai sedikit parut.

" kenapa tangan abang ni? " soalnya sambil memegang parut luka tersebut.

" ouh! Abang terkena bucu meja dekat office tadi. " balasnya ringkas. 

" kenapa tak bagitahu sayang? "

" takpelah sayang.. Sikit je ni. "

" dalam tak? " soal Syazira.

" dalam tak dalam lah.  " balas Adam.

Syazira menatap mata Adam. 

" tapi..  dalam lagi cinta saya dekat awak. " balas Syazira lalu tersenyum. Mukanya terus dibenamkan didada Adam. Tubuh Adam dipeluknya penuh kasih.  Memyembunyikan pipinya yang memerah kerana menahan malu. 

Adam ketawa kecil. 

" sayang balas pickupline abanglah ni? " ketawa Adam.

Adam membalas pelukkan Syazira. Bahagia disamping isteri dan anak-anaknya yang kian membesar.

Syazira merungkaikan pelukkan setrlah seketika.

" sayang lupa sayang demam. Nanti abang pulak teruk kena. " ucap Syazira.

" abang tak kesahlah sayang. Sebab.. Kalau abang demam , abang ada permaisuri yang akan layan karenah abang ni. "

" haah. Nak kena layan 24jam. Kesian anak-anak. Kalah manja Yian dengan Icha. " perli Syazira membuatkan Adam ketawa. 

" abang.. Lusa kita kena bawak Icha pergi klinik check. Appointment dengan doktor pukul 11.30. " sambungnya.

" lusa? " Adam senyap seketika. Syazira mengangguk.

" ala... Abang ada meeting pukul 9 pagi. Tapi.. takpe. Dalam pukul 10.30 atau 11 abang balik. Kita pergi sama-sama. " sambung Adam. 

" janji? "

" ye.. Janji sayang. "

Aku Bukan Isteri Simpanan 2 Where stories live. Discover now