Adam berjalan kehulur kehilir. Dimanakah dia harus mencari Syazira? Dia sudah mengupah beberapa orang supaya mencari Syazira dan anak-anaknya disekitar Kuala Lumpur yang begitu sesak ini. Namun hampa. Mereka semua tak jumpa.
Adam meraup mukanya. Rambutnya ditarik kasar. Apa lagi yang harus dia lakukan? Dia tahu kalau dalam hal ini dia yang bersalah. Tapi.. Bukan semuanya salah dia!
" Sya.. Sya pergi mana sayang? " soalnya sendiri. Tidak sanggup lagi untuk menahan rindu ini. Sudah hampir seminggu Syazira hilang dari pandangan matanya.
" Yian.. Icha.. Baba rindu anak-anak baba. " rintihnya lagi. Airmatanya hampir menitis.
***
Syazira memandang Arian yang sedang mengunyah nasi yang disuapnya.
" sedap sayang? " soal Syazira lembut.
" dap! Ibu! Bila baba nak datang? Yian dah rindu ni. " ucapnya dalam nada yang masih sedikit pelat.
Syazira terdiam seketika. Kesian Arian. Sudah hampir seminggu dia disini. Arian tetap sama masih menanyakan tentang ayahnya.
Perkara sama pernah dilakukannya dulu iaitu lari dari Adam. Tapi.. Kalau dulu Arian pandai bercakap dan mengenali ayahnya , Syazira yakin yang Arian akan tetap lakukan perkara yang sama kini. Menanyakan perihal ayahnya. Manakan tidak Adam sentiasa melayani karenahnya.
Tak termasuk lagi Arissa yang sudah reti beberapa patah perkataan. Nama Adam sentiasa meniti dibibir kecil itu.
Syazira diam lagi. Mengapa anak-anaknya menjadi mangsa? Kenapa Arian dan Arissa mendapat tempias pergaduhannya dengan Adam?
" bu! " panggil Arian sambil menepuk peha Syazira.
Syazira tersentak. Dipandangnya Arian yang sedang menatapnya.
" nak! " sambungnya sambil menganga mulut tanda ingin disuap lagi.
Syazira tersenyum. Disuapnya lagi Arian yang masih dengan gayanya. Arissa yang berada didalam kereta sorong bayinya ditepuk perlahan.
***
Fina melihat cermin dihadapannya. Rasa marahnya meluap-luap.
" kau perampas!! " jeritnya.
Gincu yang berwarna merah pekat diambil lalu dihalakan kearah dinding biliknya yang berwarna kuning cair itu. Tangannya mulai menari menulis beberapa ayat.
Kau perampas!
Aku benci kau Syazira!
Kau gangguan antara aku dengan Adam!
Mati!
Usai perkataan itu selesai ditulis , dia menjerit sekuat hati. Meraung-meraung seperti dirasuk. Semua barang yang berada dimeja soleknya dicampak ke arah dinding yang dicontengnya tadi.
" mati kau! Mati kau! " jeritnya lagi seolah-olah dia sedang menusuk seseorang dengan pisau.
" Fina! Fina! " jerit ibunya dari luar. Pintu biliknya diketuk kuat.
Fina hanya memandang kearah pintu itu.
" diam! " jeritnya.
Dia cuba mengendahkan perkara tersebut. Namun hampa , ibu Fina menguatkan lagi ketukkan dipintu bilik anaknya itu.
" diamlah! Diam! Aku benci kau! " jerit Fina sambil menekup kedua-dua belah telinganya. Dia tsrus terduduk ditepi katil. Tangisannya teresak-esak tak ubah seperti orang gila.
***
Adam merebahkan tubuhnya dengan tuala yang masih bersangkut dileher. Dalam hal ini , dia tak mampu untuk salahkan sesiapa. Sesiapa yang melihat perkara itu pasti akan berfikiran seperti Syazira.
Tapi.. Syazira sepatutnya faham dia dan dengar penjelasannya. Dia kan demam. Tapi kalau ikutkan dulu sewaktu Syazira lakukan perkara yang sama , dia tidak mendengar penjelasan wanita tersebut. Malah dia sepatutnya faham keadaan isterinya yang sedang berbadan dua ketika itu. Tapi.. dia halau Syazira dan menyakiti wanita itu hanya dengan beberapa keping gambar bodoh. Sekarang , Syazira lihat dia berdua-duaan dihadapan mata. Bukan dengan gambar-gambar bodoh lagi.
Adam mula berfikir sendiri. Kalau dia tidak memgambil Fina bekerja sebagai pembantu peribadinya semua ini takkan terjadi. Dan andai jika dia sudah memaklumkan perihal ini kepada Syazira pasti perkara begini tak jadi. Sepatutnya dia sudah sedar dari awal saat Fina meminta kerja padanya tempoh hari.
Adam segera duduk dari petbaringannya. Syazira adalah isterinya. Dia harus cari Syazira.
Nah! Saya buat malam semalam ni tau! Khas untuk semua. Sorry klu x berapa best. Dah ngantuk. Ni khas kepada peminat ABIS2. Dan yang sudi doakan saya waktu ambil periksa dulu.
Thank you! Tahniah kepada yang dapat kelutusan cemerlang!
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
RomanceKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...