Bab 23

14.4K 461 11
                                    

Syazira kini telah ditahan ward untuk pemeriksaan lanjut. Adam pula sentiasa menemaninya sehingga sanggup meninggalkan segala kerjanya.

" anak-anak dengan siapa bang? " soal Syazira. Walaupun baru seharian mereka tidak berjumpa , namun rasa rindu tetap hadir.

" diorang dengan ummi. Mama and papa. " balas Adam lembut. Tangannya menggosok-gosok lembut tangan Syazira.

" Sya rindulah dengan Yian dengan Icha. " balasnya.

" kejap lagi kita diorang sampai eh. " pujuk Adam.

" diorang tak tanya Sya? " soal Syazira.

Adam ketawa kecil.

" tak tanya Sya cakap? Yian asal nampak abang je. Ibu? Ibu? Dia tanya. Icha meracau cari sayang. Susu sayang simpan dalam peti dah habis. Susu formula kejap dia nak , kejap dia taknak. Macam tau-tau je. " cerita Adam.

Syazira tersenyum.

" abang pun rindu nak peluk patung abang ni. Katil hospital ni kecil. " sambung Adam membuatkan Syazira ketawa besar.

" gatal! "

" gatal dengan sayang je. " balas Adam sambil ketawa.

Mereka diam seketika.

" abang.. " panggil Syazira lalu memberi ruang kepada suaminya supaya berbaring bersebelahannya diatas katil.

Adam hanya mengikuti permintaan isterinya. Katil yang sudah dilaraskan separa baring itu memjadi tempat merebahkan tubuhnya.

Mata mereka betul-betul bertentangan. Dahi mereka turut bersentuhan.

" macam mana kalau Sya betul-betul ada kanser tu? " soal Syazira kendur.

" kita ikthiar sayang. "

" abang akan tetap sayangkan Sya? " soal Syazira seperti risau.

Adam diam. Tangan Syazira dicapai lalu diletakkan didadanya.

" cuba sayang rasa dengan hati. Cuma hati sayang je yang boleh buat hati ni berdegup laju. Cuba sayang pandang dengan mata sayang. Hanya ada sebaris nama je yang terbuku disini. Iaitu Syazira Umaira. Cuba sayang rasa dengan cinta , cinta dekat hati abang untuk Sya takkan pernah pudar. Percayalah. " balas Adam lembut. Matanya menikam tepat kedalam anak mata isterinya.

Syazira terdiam. Kolam matanya menjadi panas secara tiba-tiba.

" abang janji tetap tunggu Sya? " soalnya berserta dengan airmata yang mengalir membasahi pipi.

" abang janji sayang. " balas Adam lalu menghapus airmata itu. Tubuh Syazira terus didakapnya.

Kedengaran esakan kecil didada Adam. Adam tidak dapat menahan sebak. Airmatanya turut turun.

" abang teman Sya tau. Nanti kalau Sya sedar Sya nak tengok abang. " ucap Syazira.

" ye sayang. Abang teman Sya. Abang tunggu Sya. " balas Adam sambil mengangguk. Belakang Syazira digosok lembut bagi menenangkan isterinya itu.

***

Setelah hampir 4 jam , barulah Syazira keluar dari bilik pembedahan. Ahli keluarga mereka setia menunggu. Syazira kini kembali berpindah kebiliknya.

Adam menggosok-gosok tangan isterinya sementara menunggu Syazira sedar. Sudah hampir sejam semenjak dia sedar tadi. Tak larat katanya.

" abang.. " Adam tersentak dengan panggilan itu.

" ya sayang.. " balas Adam lembut apabila isterinya itu membuka mata.

" sayang nak muntah. " ucap Syazira sambil menekup mulutnya.

" ha.. Kejap-kejap.. " belum sempat Adam berdiri. Syazira sudah memalingkan tubuh dan wajahnya kesisi katil. Isi perutnya dikeluarkan. Terasa perit ditekak akibat kesan ubat bius tadi.

" sorry. " ucap Syazira apabila muntahnya mengenai hampir keseluruhan seluar Adam. Riak wajah Syazura sedikit berubah apabila bimbang dimarahi Adam.

" takpe sayang. Muntahlah. Abang tak marah. " pujuk Adam sambil menggosok belakang Syazira dengan lembut untuk melegakannya.

" sayang nak air. " pinta Syazira setelah itu.

Adam menghulurkan segelas air. Dibantu isterinya itu menghirup perlahan.

" sayang tunghu kejap ya. Abang panggilkan doktor. Lepastu abang nak tukar baju. " pinta Adam setelah Syazira selesai.

Syazira kembali berbaring.

" sorry. " ucapnya.

" sokay sayang. Abang tak kesah. " balas Adam. Rambut Syazira dikuak lembut kebelakang. Dahi isterinya dikucup.

Aku Bukan Isteri Simpanan 2 Where stories live. Discover now