Bab 1:Putus💔

26.7K 490 24
                                    

Dania memandu kereta Produa Axia miliknya menuju ke MacDonald yang terletak di Wetex Parade Muar.Dia tak sabar untuk bertemu kekasih hati tercinta iaitu Hayyan.Percintaan mereka yang terjalin sejak Dania bangku sekolah lagi sehingga sekarang.Orang kalau dah sayang bercinta beribu tahun pun tak apa.

Dania terus memarkir keretanya di parkir tingkat bawah kerana dia lebih suka memarkir kereta disitu lalu langkah diayun ke MacD untuk mendapatkan Hayyan dengan semangat berkobar-kobar namun semangatnya terus mati melihat keakraban Hayyan dengan seorang perempuan yang cukup cantik dimatanya.Dari jauh Dania sudah rasa tak sedap hati.Kalah jauh dia dengan perempuan itu.

Langkah longlai terus diayun dengan mata menjamah kemesraan mereka.Perempuan itu melentokkan kepala di bahu Hayyan manakala Hayyan menggenggam erat jari jemari perempuan itu.Lagak seperti pasangan suami isteri.

"Ehem"dehem Dania saat duduk dihadapan mereka berdua.Berlagak profesional padahal dalam hati nak meronta kuat.

Lantas mereka berdua membetulkan posisi masing-masing lalu duduk menghadap Dania.

"kau dah sampai?"soal Hayyan.Soalan yang tersangatlah bodoh keluar dari bibir lelaki itu.

Tak Dania sangka.Lelaki itu sanggup berkau aku dengannya.

"Tak lah.Tahun depan baru sampai."perli Dania.Matanya tak lepas memandang mereka.

"Tak payah lah perli aku.Ni aku nak kau hadam kata-kata aku ni lah ye."kata Hayyan selamba.

"Apa dia Hayyan?"soal Dania.

"Kenalkan si cantik ni.Amira" Dania cemburu.Selama ini Hayyan tak pernah langsung memujinya cantik.

"Dia girlfriend baru aku dan aku harap kau takkan ganggu kami."

Mata Dania memandang wanita yang disebelah Hayyan.Dania tahan matanya daripada berkaca tapi dia tak boleh tahan.

"Jauh beza kan kau dengan dia." Dania tak tahan apabila dia dibandingkan.Dia sedar diri dia tidak secantik mana.

Perasaan Dania tersangatlah kecewa sebab kena shaming kaw kaw punya depan umum macam ini tapi apa lah pilihan dia ada selain menerima suratan takdir.Matanya berasa panas dan tanpa pamitan air matanya turun dengan deras.Dengan semangat yang ada dia bersuara.

"Okay i hope you guys bahagia hingga jannah.Kau tak payah risau ye Encik Alden Hayyan sebab aku pun takkan jumpa kau lagi dan ini hari terakhir kita jumpa.Okay bye Assalamualaikum."kata Dania lalu bangkit untuk beredar dari situ meninggalkan pasangan yang bahagia.

"Boleh awak explain hal yang sebenarnya?kenapa awak pilih saya?"soalan bodoh keluar dari perampas. Bukan dia tak tahu Hayyan dah berpunya . Dia tahu tapi dia memang nak cuba nasib dan tak sangka tuah berpihak kepada dia.

"Sebab saya rasa awak lah yang terbaik untuk saya.Saya rasa bahagia bila ada disisi awak dan saya rasa awaklah jodoh saya sebab tu saya sanggup tinggalkan dia untuk awak sayang."kata Hayyan bersemangat.

"Thank you sebab pilih saya.I love you"luah Amira gembira.Dia bangga kerana kecantikan yang dimilikinya mampu meruntuhkan sebuah hubungan yang terjalin selama 3 tahun itu musnah.

"I love you more."balas Hayyan lagi.Dia tak sedar perbuatan dia menempah bencana.

***
"Aku benci kau!!!!!!!!!"jerit Dania lalu menumbuk-numbuk stereng keretanya.Sungguh pedih pilu hatinya kerana ditinggalkan hanya kerana paras rupa.Dia tekad dia takkan kembali kepada jejaka tak guna itu.Dia akan pergi jauh dan akan melupuskan nama lelaki itu dari hatinya.Dia tidak ingin tahu lagi apa-apa pasal lelaki itu.

Dania terus mengambil iphone 6s plus miliknya dari dalam beg tote bercorak polkadot lalu dia membuka aplikasi whatsapp lalu kenalan Boyfie💕 ditekan dan nah terpampang lah gambar profile Hayyan dengan perempuan tadi dan status Hayyan terus bertukar only Mira💕bengkak hati dia tengok nama tu selama ni takda pun Hayyan tulis nama dia kat status whatsapp dia.Sakit hati seorang perawan berbuku-buku.Lalu dia block nombor Hayyan dan dia terus padam nombor Hayyan dari senarai kenalannya.Setelah padam nombor Hayyan,dia memadam pula gambar Hayyan dan juga gambar dia dan Hayyan di galeri.Titik move on sudah dimulai.

Segala tentang Hayyan dihapuskan dari media sosial miliknya.Setelah padam semuanya,mesej diterima oleh Dania bertubi-tubi dari kenalan rapatnya kerana Dania telah update status di facebook mengatakan 'FINALLY WE ARE BREAK😂' dan ramai yang turut ingin tahu punca mereka break.

Tiba-tiba ada panggilan masuk dari BFF Husna lantas punat hijau diswipe.

"Assalamualaikum Nia.Kenapa ni?kau dah break dengan Hayyan ke?"kata Husna ingin tahu.

"Waalaikumusalam.Ya dah putus.Dia tinggalkan aku,aku benci dia sumpah aku benci."jawab Dania teresak-esak

"Calm down sis.Sebab apa dia tinggalkan kau ni?"soal Husna prihatin

"Dia pilih perempuan tu sebab perempuan tu lagi cantik dari aku.Hodoh sangat ke aku ni Na sampaikan dia tinggalkan aku sebab ada perempuan lagi cantik."luah Dania sedih

"Eh jantan ni memang dah lebih dah tau.Dah jantan macam tau kau jangan nak sedihkan sangat.Dia tak kisah pun.Biarkan dia bahagia atas penderitaan orang lain.Biar satu hari nanti dia sedar sendiri yang paras rupa bukan ukuran dah kau tabahkan hati.Kau mulakan hidup baru kau kat Perak nanti then aku nak kau jadi Nur Dania yang baru ye."nasihat Husna panjang lebar.

Dania mula terkesan dengan nasihat sahabatnya itu.Ya dia akan mulakan hidup baru di Perak.Dia hampir terlupa bahawa dia telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.Dia sebenarnya dapat ambil ijazah dalam jurusan perguaman syariah.

Yes mulai detik ini dia harus melupakan Hayyan dan membina hidup baru.Dia terus menghidup enjin keretanya lalu bergerak untuk shopping di Hang Tuah Mall.Kenapa dia pilih untuk shopping jauh-jauh sedangkan wetex juga tempat untuk shopping?dia sebenarnya tak nak bersemuka dengan Hayyan dan dia juga sebenarnya nak ke Melaka kerana Melaka juga syurga makanan,terdapat makanan yang sedap-sedap dan ada juga makanan yang telah viral.Tak salah kan nak cuba makanan ditempat orang disamping merawat duka yang lara.

Dania juga seorang yang suka travel seorang diri so dia tak kisah kalau dari Johor ke Melaka seorang diri.Dia tak kekok dan tak takut langsung sebab dia dah terbiasa pergi ke sana ke mari seorang diri.Jangan ikut perangai dia keluar seorang diri jauh-jauh,bahaya.Sila bawak mahram atau teman perempuan bersama.

Perjalanan ke Melaka hanya memakan masa 45 minit kerana dia mengikut lebuhraya AMJ dan tak payah lah susah-susah bayar duit tol.

Seronok betul shopping sorang-sorang ni sebab kita dapat cekau apa yang kita suka dan tak perlu minta duit orang pun.Sebenarnya semua duit yang dia laburkan duit hasil titik peluk dia sendiri sewaktu jadi kerani econsave di Bukit Gambir lepastu dia ni pulak jenis berjimat untuk masa akan datang contohnya shopping benda yang perlu lah.

Bekas Kekasih Itu SuamikuWhere stories live. Discover now