Bab 21 : Ganggu🚫

10.6K 262 0
                                    

"Sir boleh tak jangan ikut saya kemana je?stress lah sir."Marah betul Dania apabila Hezmi asyik mengekorinya saja dari tadi.

Waktu itu,Dania sedang berjalan untuk balik ke hostel tapi dia bengang apabila diekori oleh Hezmi dari tadi.Tak malu ke kalau student lain nampak mereka berdua agaknya.

"We need to talk." Tegasnya.

"Talk about what?" Dania buat muka menyampah.

"About us." katanya sayu.

"Saya dah kata dah dengan sir yang batas kita hanya sebagai student dengan lecture sahaja.Tak kurang tak lebih."Marah Dania.

Dia paling tak suka dengan manusia yang tak faham bahasa macam Hezmi ni.

"Tolong lah bagi saya peluang betulkan keadaan." Pinta Hezmi.

"Takda yang nak dibetulkan lagi."Marah Dania lagi.

"Saya nak kita kawan balik macam dulu,please?"Kata Hezmi.

"No way."Jerit Dania

Dia berlari sekuat hati meninggalkan Hezmi,ya dia takkan berpatah balik kepada lelaki ni.Statusnya sebagai isteri orang harus dijaga walaupun dia tak pernah dilayan macam seorang isteri dan seharusnya Hezmi tahu batas dia sebagai suami orang juga.

Hezmi mengeluh berat,sungguh susah memujuk Dania untuk menyatukan kembalikan ikatan persahabatan mereka.Sepatutnya dulu dia tak putuskan silaturrahim tapi dia bodoh kerana tak rela dia disukai Dania hanya kerana Dania tak cantik dulunya dan dia rapat kawan dengan dia hanya untuk dapatkan Nureen namun kini dia menyesalinya Dania jauh lebih baik malahan makin cantik dari dulu.

Dia sendiri serba kekurangan namun masih lagi nak cari yang sempurna.Sudahnya,yang sempurna dimata tapi tak sempurna akhlaknya yang dia dapat.

Dia akan menjadikan Dania isteri keduanya tak kira apa yang berlaku dan tanpa dia sedari sebenarnya Dania sudah berkahwin.

"aku tetap nak kau balik walau apa pun yang terjadi.Kau milik aku."Jerit batin Hezmi.

***
"Aku ni dah cantik dah tapi apa lagi yang kurang ek sampai laki aku makin jauh dari aku?"

Pikir Nureen di dalam fikirannya,mana taknya sejak kebelakangan ni suaminya Hezmi sering menjauhkan diri daripadanya malah bila ajak bersama ada saja alasan Hezmi.

Kadang dia terfikir juga,penat saja dia cantikkan diri untuk suami tapi suaminya makin menjauh.Macamana nak ikat suami dengan kecantikan kalau suami pun macam tiada selera dengannya.

"Mungkin aku kena pergi spa kut baru lah laki aku tergoda sikit bila badan aku makin cantik plus muka cantik." Katanya sambil memegang wajahnya.

Tanpa membuang masa,dia terus bersiap untuk ke spa bagi mencantikkan lagi dirinya dan tak sabar mengikat suaminya yang satu itu.

Mana tak suaminya menjauh,dah lah keluar tak minta izin suami selepas itu sibuk cantikkan diri bukannya nak belajar memasak untuk memikat perut suami.Kalau muka cantik lepastu pandai masak baru lah full package orang kata.

***
Hayyan rasa macam tidak kena saja dengan tingkah laku Amira.Setiap beberapa jam Amira akan menghubunginya.Tanya Hayyan kat mana dengan siapa?Ada call Dania ke?tanya Dania ada call dia ke sampai kan dia rasa serabut otaknya bila diganggu dengan benda remeh temeh macamni dan nasib baik tidak menjejaskan pekerjaannya kalau tak mesti susah nanti kalau pihak atasan hospital complaint kerja tak betul dan tak beretika.

"kau ni termenung jauh kenapa?ingat awek ke?"Tegur Dr Luqman melihat Hayyan yang termenung sambil menyandar di kerusi.

"Tiada apa lah.Stress sikit."keluh Hayyan.

"Stress kenapa?sebab awek?sebab kerja?" soal Dr Luqman bertalu-talu.

"Awek."Jawab Hayyan pendek.

"Awek kau buat apa?"soal Dr Luqman lagi.

"Clingy tahap aku nak putus."Adu Hayyan.

"Putuskan jelah,bukan susah."Cadang Dr Luqman.

"Tak boleh,aku sayang dia.Hubungan kita orang dah bertahun,takkan aku nak lepaskan orang yang aku sayang."Bantah Hayyan.

"Putus jelah,kalau kau dah tak tahan dengan perangai dia."Cadang Dr Luqman lagi.

"kalau aku putuskan dia,aku akan dapat ke perempuan yang lagi baik?"soal Hayyan.

"Kau kena percaya kuasa Allah,mungkin Allah akan hadiahkan perempuan yang lagi baik dan jangan sebab perempuan nanti kerja kau kelaut." Pesan nya kepada Hayyan.

"Tapi kalau dia tak nak hubungan ni berakhir macamana?" soal Hayyan lagi.

"Allahu Hayyan,nak pergi jangan fikir perasaan orang." omel Dr Luqman.

Hayyan buntu,dulu nak tinggalkan Dania tak fikir pun betapa kecewanya Dania tapi bila nak tinggalkan Amira kenapa dia nak fikir perasaan kecewa Dania.

***
"Kak ! Kak ! Sir Hezmi cari akak." panggil seorang junior memanggil Dania yang sedang mengulang kaji didalam library.

Dia berdecit memandang budak junior perempuan dihadapannya.Dia tak nak lah jumpa Hezmi lagi.

"Kenapa dia nak jumpa akak?macamana adik kenal akak?macamana adik tahu akak kat sini?"soal Dania bertalu-talu.

"Tadi adik nak masuk library lepastu bertembung dengan Sir Hezmi dekat pintu depan.Dia yang suruh adik panggil akak." Jawabnya.

"Kenapa dia tak panggil sendiri pula?" soal Dania lagi.

"Entah lah kak,adik cuma jalankan amanah je."Kata budak itu lagi.

"Takpa lah,nanti akak jumpa dia.Terima kasih dik"Kata Dania sambil mengemaskan buku rujukannya.

"sama-sama kak"kata budak itu lalu bangun pergi meninggalkan aku.

Setelah mengemas,Dania berjalan mendapatkan Hezmi yang menunggunya diluar library.

"Sir nak jumpa saya kenapa?"soal Dania kasar kepada Hezmi yang membelakanginya.Hezmi berpusing mengadap Dania yang memeluk buku.

"Saya nak ajak awak keluar minum.Boleh kan?" pinta nya.

"Tak boleh,saya sibuk lagipun tak elok orang tengok kita keluar berdua."Tolak Dania.

"Pedulikan mulut orang.Cuma secawan kopi je lepastu kita balik lah.Boleh tak?"Pujuk Hezmi lagi.

"Tak boleh sir,sekali saya kata tak selamanya tak." Tolak Dania lagi.Tak faham bahasa ke lelaki dihadapannya ini.

"Please Dania,kita keluar sebagai student dengan lecture je."Pujuk Hezmu lagi.

"sorry lah,saya tak minat nak keluar minum lagipun saya puasa."bohong Dania.

"You cannot lie to me,I saw you take a breakfast at cafe this morning."

Dania berdecit,alasan apalagi dia nak elak dari menolak ajakan dia.

"Sir,sorry ya jangan sampai saya hilang hormat." kata Dania berlalu pergi apabila melihat beberapa pelajar ingin masuk ke dalam library.Dia tak nak menjadi buah mulut para pelajar,dia tak nak dia jadi mangsa bahan gosip.

Hezmi keluh berat,susahnya untuk rapat kembali dengan Dania seperti dahulu dan kenapa lah susah sangat Dania nak memaafkannya.

***
Dania menghempas buku rujukannya diatas meja belajar.Sebal dengan sikap Hezmi.Tak serik kah lelaki itu me ngganggunya?tak puas lagi ke menyakiti hati kecilnya yang cukup terluka.

Bekas Kekasih Itu SuamikuWhere stories live. Discover now