Bab 3:Crush😙

11.6K 315 1
                                    

Habis sahaja waktu kelas Dania dengan sahabat tercinta dia Sufian dan Maisara terus pergi ke library untuk study group sama-sama.

Sedang Dania tersenyum-senyum tengok iphone nya dia tegur oleh Sufian.

"Woi perempuan.Tersengih-sengih macam kerang busuk apahal?chat pakwe ke?"soal Sufian memerli.

"Tak lah.Chat crush hm by the way aku ni still single but not available tau."kata Dania selamba.

"Siapa crush kau?nak tau jugak.Meh lah tunjuk kat aku"kata Sufian menyibuk.

Sebenarnya dia jealous sebab dia yang suka kan Dania tapi Dania suka orang lain pulak.Tapi takpa dia akan usaha dapatkan hati Dania.

"Nama dia..."ujar Dania tapi terberhenti kerana ada panggilan masuk di iphone nya lantas dia menjarakkan diri kerana ingin bercakap dengan si pemanggil tak lain tak bukan si mak tersayang.Berkerut-kerut muka Dania sangat bercakap dengan mak nya seperti ada benda yang serious.

"Kenapa tu wey?terkerut-kerut muka cam orang ada masalah je."ujar Maisara.

"Entah lah rasa macam ya.Eh kau tengok dia nangis lah.Jom kita pergi kat dia."ujar Sufian lalu mengajak Maisara ke Dania tatkala melihat Dania sudah jatuh terduduk sambil menangis.

"Nia kau kenapa ni?"soal Maisara sambil memeluk Dania.

"Mak aku lah dia suruh aku kahwin dengan ex aku.Aku tak nak aku benci ex aku."ujar Dania sambil berjurai air mata.

"Sabar ya jangan nangis.Ada hikmah kenapa diaorang nak korang kahwin tau."pesan Maisara lembut.

"Aku tetap tak nak."ujar Dania keras lalu dia bangkit untuk berdiri.Punat off iphone ditekan lalu dia menyumbat iphone tu dalam beg dia.

"Jangan lah degil Nia.Mungkin kau patut tanya kenapa dia orang nak kahwin kan kau dengan ex kau?"pesan Maisara lagi.

"Aku dah tau dah.Puncanya diaorang tak nak ex aku kahwin dengan awek dia so dorang bagi alasan yang aku je pilihan dorang dan yang paling teruk parents aku setuju pastu diaorang tak tau yang aku ni dah putus dengan Hayyan."terang Dania lagi.

"What????"jerit Maisara dan Sufian serentak.

**

Dania menghubungi crushnya.Crush Dania sebenarnya kawan Dania sejak Dania tingkatan 4 lagi,dia minat crush dia masa couple dengan Hayyan tapi disebabkan crush dia ni jenis high taste so Dania tak pernah pun luahkan perasaan kat crush dia sebab dia sedar dia takde lah cantik manapun so dia rela kuburkan perasaan dia sampai sekarang.

"Woi pak cik."ujar Dania selamba apabila panggilannya diterima.

"Amboi cik adik.Manisnya mulut."perli Hezmi

"Tengah buat apa tu?"soal Dania

"Tengah date.Okay bye" kata Hezmi lalu talian dimatikan

"Eh matikan macam tu je."keluh Dania.

Dania tahu memang Hezmi ni jenis suka date dengan banyak perempuan tapi dia tak tau kenapa dia tetap suka Hezmi sedangkan Hezmi sama je macam Hayyan hanya memandang perempuan yang cantik.

***
Hayyan buntu,dia sangat sayangkan Amira tapi dia kena akur dengan pilihan kedua orang tua dia.

'Aku akan kahwin dengan Dania.Aku pastikan dia perempuan paling malang sebab kahwin dengan aku.I will make her suffer and i will torture her.'Desis hati Hayyan.Ya dia tekad akan buat Dania merana.

"Hah awak termenungkan apa tu?"sergah Amira kerana melihat Hayyan asyik tengok stereng kereta macam hendak tembus.

"Hah?nothing lah."kata Hayyan lalu menggosok belakang lehernya.

"Serius ni?"soal Amira sambil memakai seatbelt.

Kereta milik Hayyan ni tersangatlah serabut tetapi Amira tak berminat langsung untuk tolong kemaskan sebab dia rasa mengemas ni bukan lah skop kerja dia dan tak perlu lah dia sibuk nak kemaskan.

"Serius sayang."kata Hayyan sambil menatap sepasang mata milik Amira.

***
Hayyan memandu kereta saga flx miliknya untuk pulang ke rumah.Saat dia membelokkan kereta ke 7Eleven dia seperti ternampak bayangan Dania ingin melintas lalu dia bagai tiada kewarasan terus melanggar bayangan itu supaya bayangan itu pergi dan...

Dush!

bayangan itu dilanggar lalu Hayyan rasa seperti bukan bayangan dan seperti itu kenyataan memang Dania yang sedang ingin melintas jalan.

Hayyan terus keluar dari perut keretanya lalu mendapatkan Dania yang sedang terbaring diatas jalan dengan berlumuran darah.Lantas dia di bantu orang ramai untuk menolong Dania.

"Eh gila lah dia ni,main langgar je orang."

"Macam takda otak tiba-tiba nak langgar orang nak lintas"

"Hantar je dia ni kat balai sebab sengaja langgar."

Hayyan tidak mengendahkan kata-kata itu sebaliknya terus membawa Dania ke hospital.

***
Wajah Dania yang masih belum sedarkan diri ditatap Hayyan tiba-tiba dia rasa serba salah sebab sengaja melanggar Dania dan nasib menyelebahinya kerana keluarga Dania tak mendakwa di mahkamah walaupun dah terang lagi bersuluh dia yang salah.

Surat khabar disisi meja diambil lalu Hayyan bagai tak percaya bahawa tajuk utama surat khabar itu adalah berkaitan dirinya.

'Langgar Ex Sendiri'

Itu belum lagi tohmahan dan cacian dilemparkan di media sosial kerana kesilapannya.Amira awal-awal lagi dah senyapkan diri tak nak ambil tahu sebab kononnya Hayyan sengaja ingin mencari publisiti murahan macam tu dengan ex sendiri dan tak nak tanggung malu bersama-sama Hayyan.

Dania membuka matanya perlahan-lahan lalu melihat sekeliling dan dia terus membuka mata luas-luas kerana pandangan pertamanya dijamah dengan wajah Hayyan.

"Hoi kau buat apa kat sini?"soal Dania kasar.

"Eh kau dah sedar.Kejap aku panggil famili kau kat luar."kata Hayyan lalu keluar dari wad itu tanpa menjawab soalan Dania.

"Guys Dania dah sedar."kata Hayyan gembira

Mama,papa dan abang kembar Dania terus mendapatkan Dania di dalam bilik wad itu.

"Sayang dah sedar dah nak."kata Puan Noni lalu memeluk erat anak gadisnya.

"Mama macamana Dania boleh ada kat sini?"soal Dania ingin kepastian.

Kejadian malam itu berlaku terlalu pantas dan dia terus tak sedarkan diri di tempat kejadian.

Sebaliknya bukan Puan Noni yang bagitau sebabnya tetapi abang kembar nya sulung, Danial.

"Adik tanyalah ex adik tersayang tu.Sebab dia lah punca adik terbaring kat sini."ujar Danial

"Haah dik.Adik nak tahu pergi minta dia jujur,dia tau a sampai z"tambah Danish lagi.

"Alah abang Dani ngan abang Nish ni tu pun nak berahsia.Malas lah nak tanya mamat tu."rajuk Dania sambil berpeluk tubuh lalu memuncungkan mulut.

"Hah tengoklah anak manja mama ngan papa sorang ni.Ngada betul."perli Danial

"Hah kan tengah tengok ni.Tengok je kan?"Perli Encik Aiman kembali.

"Padan muka papa tak layan abang"kata Dania mengejek.

Bekas Kekasih Itu SuamikuWhere stories live. Discover now