"Susah betul nak ambil Damia kat taska.Banyak bunyi pula cikgu taska Damia tu."Omel Dania.
Hayyan gelengkan kepala apabila Dania mengomel.
"Biasalah tu,prosedur taska.Dorang tak boleh lepaskan budak-budak kat orang yang tak dikenali.Zaman sekarang zaman culik dah berleluasa."Ujar Hayyan.
"Muka aku cantik macam ni nampak macam penculik budak ke?"Seloroh Dania.
"Adalah sikit.Bukan penculik budak tapi penculik hati saya."
"Banyak lah kau punya penculik hati."Dania baling bantal sofa tepat ke muka Hayyan.
"Sakitlah.Tepat kena muka kut" Sebal Hayyan apabila dia dibaling.
"Padan muka." Dania jeling Hayyan.Mata Dania terus fokus tengok tv.
*
"Wey Nia.Aku rindu kau gebu-gebu dah ni"Maisara memeluk erat Dania yang datang kerumahnya bersama Damia.
"Aku pun."Ujar Dania pula.
"Wah si kecil ni siapa nama?"Maisara lepaskan pelukan lalu menyalami si kecil yang disebelah Dania.
"Nama Nur Damia Izzara."
"Comelnya dia ni."Maisara picit manja pipi si kecil.
"Wey jemputlah masuk.Takkan nak berbual kat luar pulak kan."Maisara mengajak mereka berdua untuk masuk.
"Jom sayang."Kata Dania.
Dania dan Damia terus melangkah masuk ke rumah sewa milik Maisara.Nampak cantik dan elegan ruang tamunya.
"Jemput duduk aku ambil air kat dapur jap"
Seraya itu mereka berdua duduk sementara Maisara berada di dapur dan beberapa minit kemudian Maisara menatang dulang air untuk mereka berdua lantas Maisara mengambil tempat bertentangan dengan Dania.
"Kau apa khabar?sihat?" Maisara sekadar bertanya khabar.
"Khabar baik Alhamdulillah.Kau?"soal Dania kembali.
"Khabar baik juga.Eh ni anak kau ke?Bila kau beranak?"Seloroh betul lah Maisara ni.
"Tak lah.Anak tiri aku."Hambar saja jawapan Dania.
"Oh I see."
"Eh Pian apa cerita?Dah lama sangat aku tak dengar khabar dia."Dania cuba mengubah topik.
"Kau tak tahu ke?"
"Tahu apa?"
"Kau tak tahu yang Pian tu dah lari bawak diri."
"Bawak diri pergi mana pulak?" Terbeliak mata Dania.Sejak Sufian blocknya dia langsung tak dapat berhubung dengan Sufian.Dania sendiri pun tak tahu punca Dania di block.
"Dia dah pindah ke Sabah."
"Mana lah aku tahu.Dia dah block aku.Aku pun tak tahu kenapa dia block aku." Tertanya-tanya juga Dania selama ini kenapa Sufian bersikap sebegitu kepadanya.
"Dia block kau sebab Sir Hezmi cakap kat dia yang kau tu girlfriend dia Sir Hezmi dan Sir suruh Pian jauhkan diri dia dari kau.Tu yang Pian marah besar kat kau,penat dia tunggu kau last-last kau pergi kat Sir Hezmi yang suami orang.Dia bawa hati lara dan dia assumed kau ni perampas."
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Itu Suamiku
RomanceDania pernah ditinggalkan hanya kerana paras rupa malahan dinikahkan dengan bekas kekasihnya iaitu Hayyan tanpa rela.Tiada ruang untuk Dania merasai kebahagiaan apabila Hayyan merancang akan buat Dania menderita seumur hidupnya. Tiada kemanisan dira...