Bab 22 : Benci😒

10.6K 277 1
                                    

Dania menunggu ketibaan Hayyan.Hayyan kata biar dia ambil Dania kat UPSI.Entah apa mood baik lelaki ni nak ambil dia kat universiti selalunya Dania akan naik bas terus ke TBS.Tak busy ke Hayyan sampai nak ambil dia kat universiti?Cuti mid-sem bukannya lama.Dania sebenarnya tak nak balik rumah Hayyan tapi Hayyan paksa dia balik juga.

"Kau tunggu siapa Nia?"soal Maisara kepada Dania yang menunggu Hayyan di luar hostel.

"Aku tunggu tunang aku."Jawab Dania sambil matanya menunggu kereta Hayyan.

"Eh tunang kau tak sibuk ke sampai nak ambil kau kat hostel ni?"soalnya lagi.

Dia pun sama macam Dania,menunggu orang jemput.

"Entah lah,dia kata dia nak ambil.Aku ikut je lah."Jawab Dania tak acuh.

"Kau ni Nia,jangan ikut sangat cakap orang.Dia tu baru tunang je dah paksa kau ikut kehendak dia nanti dah kahwin macamna?"omel Maisara tiba-tiba.

"Kau ni kenapa?dia ambil jelah bukan dia nak bawak aku pergi tempat lain."Dania mendengus.Andai saja kalau Maisara tahu yang Dania dan Hayyan dah halal.Mesti dia tarik balik kata-kata dia tu.

"Nia,kau sayang tunang kau tak?"soal Maisara lagi tiba-tiba.

"kenapa kau tanya aku macam tu?"Pelik Dania dengan tingkah Maisara.

"Kalau kau tak sayang.Kau minta lah putus,aku tak nak kau menderita.Ada orang lagi baik dari Hayyan." katanya.

Hell no,takkan Dania nak minta cerai pula dengan Hayyan.

"Siapa lagi baik dari Hayyan?Hezmi?"Sinis Dania.

"Bukan."Nafinya.

"Habis siapa pulak?"soal Dania tak puas hati.

"Sufian." Maisara tak pandang muka Dania bila sebut nama Sufian.

"Kenapa kau rasa Sufian yang terbaik untuk aku?" Soal Dania tak puas hati.

"Sebab dia tunggu kau dah lama.Kalau kau nak tahu,dia suka kau sejak pertama kali jumpa kau.Setiap hari tanya pasal kau kat aku.Masa kau tunang tu pun,sebenarnya dia broken gila tau tapi dia sembunyikan dari kau even dia tahu kau tak nak pun pertunangan tu.Bila dia tahu kau tak cintakan tunang kau tu.Dia ambil keputusan untuk tunggu kau sampai kau putus.Look Nia,dia lelaki yang baik.Rugi kalau kau siakan dia.Dia suka kau dalam diam tapi dia tak berani confess sebabnya kau tunangan orang."Cerita Maisara.

Dania terduduk diatas bagasinya.Betul ke apa yang dia dengar?Sufian menyimpan perasaan padanya?Dari dia hodoh sampai dia cantik begini?

'kenapa kau tak bagitahu awal-awal?kalau kau bagitahu aku akan batalkan pertunangan tu.Kalau kau bagitahu,aku takkan kahwin dengan lelaki durjana tu' monolog Dania.

"Tapi dah lambat,aku tak boleh terima dia lebih dari kawan."Kata Dania.

"B-but why?"soal Maisara kepada Dania.Dia pandang muka Dania.

Dania menunjukkan jari manisnya dua belah tangan.

"kau tengok dua cincin kat jari manis aku dua-dua tangan ni."Tunjuknya.

Maisara kalih pandangan ketangan Dania.

"Kenapa dengan cincin tu?"soal Maisara.

"Kau rasa cincin ni cincin apa?"soal Dania kembali.

"Satu cincin tunang dan satu lagi aku tak tahu."Jawab Maisara.

"Kalau aku bagitahu ni,aku harap sangat ni rahsia kita berdua.Dan kau jangan bocorkan kepada sesiapa pun termasuk Sufian."Pinta Dania.

"Apa dia?"soal Maisara lagi.

"Ni cincin tunang sebelah kiri tangan aku manakala sebelah kanan cincin nikah aku dengan Hayyan."Jawab Dania jujur.

Maisara pandang tepat muka Dania seakan tak percaya.Tak sangka Dania dah berstatus isteri orang dalam diam.

"T-tapi kenapa kau rahsiakan?"soal Maisara tak puas hati menggoncang bahu Dania.

"Aku terpaksa."kata Dania.Hampir saja menitiskan airmata.

"Kenapa kau terpaksa?dah berapa lama kau kahwin ni?kenapa aku dengan Sufian tak tahu langsung?"kata Maisara geram menghentikan goncangan tapi tangan masih dibahu Dania.

"Keluarga kami nak kami nikah gantung dan minta perkahwinan kami dirahsiakan.Aku sendiri pun tak nak,kau tahu lah betapa bencinya aku pada Hayyan kan?Aku kira nak buat macam cara agar kitaorang berpisah bila tunang ni tapi aturan Allah tu lagi hebat.Niat jahat aku tak terima,Allah satukan kami jugak."kata Dania sambil mengalirkan air mata.

"Kau tahu kan betapa siksanya Pian kalau dia tahu pasal ni?"soal Maisara.

"Aku tahu,aku tak nak kecewakan sesiapa.Aku tak minta pun semua ni jadi.Kalau Pian siksa,aku pun lagi tersiksa dari dia.Siapa je nak kahwin dengan orang kita benci?takda Sara.Takda seorang pun dalam dunia nak."Cerita Dania.

"Kau ada masalah ke Nia dengan kehidupan kau sekarang ni?"soal Maisara prihatin.

"Kau pernah dengar tak pasangan suami isteri saling membenci?"soal Dania pada Maisara.

Maisara menggeleng.

"Kalau kau nak tahu,perkahwinan kami berdua ni dibina atas kebencian masing-masing.Hayyan cintakan orang lain.Dia benci aku dan aku benci Hayyan.Kau rasa perkahwinan berbaloi ke kalau keduanya saling membenci?"Dania membuka pekung rumah tangganya sendiri.Dia dah tak kuat lagi.

"Allahu Dania,berat betul dugaan hidup kau.Habis tu sekarang ni plan korang macamana?yang kau balik setiap minggu tu kau pergi rumah dia lah ya?"Soal Maisara lagi.

"Aku tak pernah dilayan macam seorang isteri,aku tak pernah dibelai manja.Aku balik setiap minggu sebab jadi kuli je kat rumah dia.Aku masak aku sendiri makan.Dia jijik nak rasa air tangan aku.Dia layan aku tak ubah macam seorang hamba."Kata Dania mengalirkan air mata deras.

"Ya Allah Dania.Kesiannya kau.Kejamnya dia."Maisara tumpang sedih.

"Aku tak tahu lah sampai bila aku boleh tahan lagipun aku dengan dia dah buat deal yang kami akan cerai bila aku habis grade nanti." sambung Dania.

"Ya Allah Dania,hei kau merepek apa ni?Penceraian bukan solusinya.Perkahwinan kau ni boleh perbaiki lagi."Nasihatnya.

"Takda apa nak betulkan lagi.Aku dah penat lah jadi kuli dia.Aku tak pernah dilayan macam isteri."Kata Dania.

Dia lega bila luahkan segalanya kepada Maisara walaupun ada beberapa perkara yang dia rasa Maisara tak patut tahu.Hayyan curang pun Dania tak cerita.Cukuplah menjadi aib Hayyan.Isteri mana yang suka bila suaminya mengungkap kan kata cinta pada perempuan lain sedangkan dengan isteri dia sendiri dia caci maki lemparkan kata nista.Kita buat baik macamana pun tetap kita dipandang hina.Walaupun Dania membenci Hayyan tapi tugasnya seorang isteri tak pernah dia abaikan.Segala keperluan Hayyan,Dania sediakan.

Walaupun waktu tugas Hayyan sebagai doktor tak menentu.Tapi tiap kali Dania pulang mesti ada Hayyan.Tapi selalunya Hayyan akan pulang sekejap saja lepas itu dia keluar balik.Hayyan pun takkan lama dirumah jika ada Dania.

Bekas Kekasih Itu SuamikuWhere stories live. Discover now