Dania duduk bersanding diatas pelamin dengan senyum plastik.Dia terpaksa bersanding bukan atas kerelaannya.Hayyan disebelah dijeling.Matanya nampak Hayyan tersenyum dengan sangat ikhlas dan senyum itu tak pura-pura.Dania pandang hadapan kembali dan sambung senyum pura-pura.
Usai sahaja bersanding,mereka terus makan beradab dan ketika itu lah Dania buat perangai tak semenggah apabila fotografer suruh mereka berdua saling menyuap.Dania suap Hayyan dengan ganas sehingga menyebabkan Hayyan hampir tercekik.
"Uhuk-uhuk"Hayyan teguk air minuman rakus apabila menerima suapan tak ikhlas dari Dania.Hayyan tahu Dania sengaja buat macam itu dan dia tahu Dania memang tak puas hati dengannya.
"Are you okay husband?"Soal Dania pura-pura.
"Okay-okay"Hayyan kesat bibirnya.
'Padan muka'Sorak Dania di dalam hati.
*
"Hai Khayyirah."Aku memeluk Khayyirah dengan erat.
"Hai kak.Cantiknya akak ni,insecurelah Irah tengok akak.Cantik gebu gebas,tak tidur lena lah abang Hayyan malam ni."Usik Khayyirah.
"Kau tu anak dara lagi.Tak elok cakap macam tu."Pesan Hayyan.
"Eh kak bila nak bagi Irah anak buah?Dah lama dah korang kahwin ni."Usik Khayyirah lagi tanpa mempedulikan teguran Hayyan.
Terkedu Dania sekejap apabila ditanya sebegitu.Dia tak jawab soalan Khayyirah namun terus bangkit dari sofa.
"Hah akak nak buka hadiah pengantin dulu lah."Dania terus menghampiri longgokan hadiah di penjuru ruang tamu.
"Nak lari lah tu akak ni."
"Mana ada"Laung Dania kuat.
"Adik!!!suara tu slow sikit." Ujar Puan Noni menegur tingkah Dania.
"Baik Mama."
Hayyan menghampiri Dania lantas membantu Dania untuk membuka hadiah.
"Aku tak perlukan bantuan kau kat sini"Bisik Dania perlahan takut didengari oleh Khaiyyirah dan Puan Noni.
"Abang ikhlas nak tolong sayang ni."Ujarnya.
"Okay then.Kau buka ni semua" Dania yang tadi sedang buka sampul hadiah terus menghentikan perbuatannya lantas berpeluk tubuh.
Hayyan hela nafas berat,susah benar untuk melembutkan sekeping hati milik Dania yang sudah keras.
*
"Alah Mia nak ikut Mama dengan Papa pergi cuti."Cebik Damia hentak kaki apabila dia tak dapat ikut Dania dan Hayyan pergi honeymoon.
"Mia sayang.Mia stay sini dengan Tok Ma nanti papa janji papa belikan Mia mainan."Pujuk Hayyan yang berdiri sama paras dengan Damia.
"Janji?" Jari kelingking halus Damia tunjuk kepada Hayyan lantas jari kelingking Hayyan taut dengan jari anak gadisnya itu.
"Janji sayang.Tapi Damia pun kena janji dengan Papa supaya jangan nakal-nakal kat rumah Tok Ma kalau Mia nakal Papa tak belikan Damia mainan."Ugut Hayyan.
"Okay Papa,Damia janji." Seraya itu Damia tayangkan gigi comelnya.
Dania julingkan mata keatas tanda menyampah dengan drama dua beranak itu.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Itu Suamiku
RomanceDania pernah ditinggalkan hanya kerana paras rupa malahan dinikahkan dengan bekas kekasihnya iaitu Hayyan tanpa rela.Tiada ruang untuk Dania merasai kebahagiaan apabila Hayyan merancang akan buat Dania menderita seumur hidupnya. Tiada kemanisan dira...