Bab 4:Rawat😷

9.9K 300 4
                                    

Dengan hati yang rela Hayyan sanggup merawat dan menjaga Dania walaupun Dania ni jenis keras kepala jugak.Menjaga Dania memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana Dania ni langsung tak berkompromi dengan Hayyan.

Al maklumlah kan dah putus so dah tak sebulu.Tak pasal-pasal gara-gara Hayyan cuti sem Dania dihabiskan dengan mereputs di hospital.

"Nia kau makan bubur ni tau.Jangan degil,aku cepuk kang nanti."pesan Hayyan sambil meletakkan bubur Ayam buatan ibunya diatas meja tepi katil lalu duduk di pinggir katil lalu memulakan operasi membebelkan Dania.

"Tak nak"kata Dania selamba lalu mensight muka Hayyan selama 10 saat.

Lalu dia up moment di Instagram dengan caption 'doktor garang nak mampus' lepastu dia tag nama Hayyan biar Hayyan sedar yang muka dia tu buruk bila membebel.

"Kau ni memang lah.Penat aku bebel,jaga kau sorang ni macam jaga anak sepuluh.Pening kepala aku."bebel Hayyan lagi.

"Siapa suruh kau langgar aku?otak takda bahalul langgar ex sendiri,macam lah aku ni menyemak sangat dalam hidup kau.Dulu kau yang terhegeh-hegeh nak aku lepastu kau tinggalkan kau dan sekarang kau langgar aku."bebel Dania dalam nada mengungkit.

"Memanglah salah aku so aku minta maaf okay."kata Hayyan mengendur

"Tiada kemaafan bagimu.Dah lah keluar aku nak tidur."kata Dania lalu menarik selimut paras dada.

"Kau ni kan memang lah childish betul."kata Hayyan geram lalu bangkit keluar dari bilik wad Dania.

Hayyan mengeluh kasar,macamana lah dia nak hadap Dania lepas ni?kang lari dia punya misi.Dia pulak yang terseksa dengan Dania.

***
Hayyan terus keluar lalu menghempaskan punggung diatas kerusi berhampiran wad.Lagi sebulan praktikalnya akan habis maknanya lepas sebulan dia akan menunggu hari graduasi lepastu dia akan apply kerja di KL untuk menjadi doktor yang sebenar.

Aplikasi Instagram dibuka,banyak chat yang masuk tapi satu pun Hayyan tak layan kononnya nak setia kepada Amira seorang.Kemudian,dia scroll newfeed yang ada tanpa like satu pun lalu dibuka notify instagram.

Ada satu feed daripada Dania ditag namanya,terbeliak matanya melihat posting video itu berkaitannya dan paling dia terkejut Dania meletak caption'doktor garang nak mampus'.

'Haih dia ni nak kena agaknya dengan aku.Aku piat-piat jugak telinga budak ni kang.'desis hati Hayyan menahan geram.

Bermacam komen yang Dania dapat tapi satu pun belum dibalas Dania kerana al maklumlah Dania tengah buat tahi mata.Sempat lagi wanita itu post feed sebelum membuta.Nak dimarah tapi ditahan.

'Eh untunglah doktor handsome jaga'
'Bertuah dapat ex jaga awak'
'Baiknya ex jaga'
'Kenapa degil ni Dania?'
'Beb kau okay tak lepas kena bebel?'

Hayyan menggelengkan kepala melihatkan komen sebegitu.Dia pun malas sebenarnya nak ambil pusing pasal komen diaorang semua tu.Hayyan masih lagi bimbangkan Dania kerana Dania terpaksa dibedah untuk mengeluarkan darah beku dikepala Dania.

Hasil dari keputusan xray,memang terdapat darah beku dikepala Dania dan darah tu harus dikeluarkan secepat mungkin takut-takut perkara lebih buruk akan berlaku.

Hayyan mengambil inisiatif dengan menghubungi pakar bedah untuk membuat satu temujanji untuk melakukan pembedahan dan pembedahan itu boleh dilakukan esok pagi.

Hayyan terus memaklumkan hal tersebut kepada keluarga Dania agar keluarga Dania dapat memberikan kebenaran untuk melakukan pembedahan itu.

***
Selesai sahaja pembedahan dijalankan,Dania masih belum sedarkan diri akibat ubat bius yang dia terima masih belum hilang lagi sepenuhnya.

"Ni,aku mintak maaf ya atas apa yang Hayyan buat selama ni kat Dania."kata Puan Asmah.

"Eh takpa lah.Benda dah jadi dah pun.Kita kosong-kosong jelah bagi kedua-dua pihak."kata Puan Noni

"Kita kosong-kosong tapi diaorang berdua tu?tengok lah tu."balas Puan Asmah sambil memuncungkan mulut ke arah Hayyan dan Dania.

Ketika itu Dania sedang cakar muka Hayyan dan Hayyan pula terkejut akibat dicakar.

"Bertuah punya budak.Hei adik kenapa cakar muka Hayyan ni?"pekik Puan Noni.

"Ni hah doktor gila ni sibuk je kat sini."kata Dania manja

"Aku tengah tidur lah tadi.Kau yang gila tiba-tiba cakar muka aku kenapa?"tempelak Hayyan

"Biarlah,biar muka kau yang hodoh tu tambah hodoh."ejek Dania.

"DANIA!!!!!!"jerit Puan Noni

"Ya mama.I am sorry."kata Dania lalu menjulingkan matanya keatas.

Hayyan tersenyum sinis kemenangan kerana dia dibela lantas dia keluar untuk uruskan muka dia yang kena cakar tu.

***
Dania mendengus geram kerana terpaksa balik satu kereta dengan Hayyan.Keluarga Dania tak nak satu kereta dengan Dania kerana ingin memberi ruang agar Dania dan Hayyan berbaik semula tapi hancur kerana yang dirancang tak menjadi kerana hubungan komunikasi mereka lagi keruh.

"Mesti kau ada guna-guna keluarga aku kan?sampaikan diaorang minta aku naik kereta buruk kau ni."bebel Dania kepada Hayyan yang sedang memandu

"Hello cik mata empat gigi besi buruk.Aku pun tak ingin tumpangkan dalam kereta aku ni."balas Hayyan.

"One more thing.Kalau aku nak guna ubat guna-guna pun.Aku akan make sure kau sorang je yang kena sebab you ruin my life."sambung Hayyan lagi

"Bila masa aku hancurkan hidup kau pulak?kau tu yang langgar aku dengan SENGAJA"kata Dania menekankan perkataan SENGAJA.

"Yelah kau buat aku jadi orang yang popular yang tak berapa nak popular sangat.Kes aku langgar kau tu dah jadi viral.Tak pasal-pasal si Amira tu lari."kata Hayyan

"Itu masalah kau.Kau yang cari onar bukannya aku.Aku cuma mangsa keadaan je."kata Dania selamba

"Kau yang mulakan.Kalau kau tak hebahkan pasal hubungan kita kat media sosial tentu orang tak tau yang kita ni dulunya pasangan kekasih."jawab Hayyan

"You what???eh kau nak salahkan aku?aku tau lah kau malu sebab couple ngan budak nerd macam aku tapi itu tak bermakna kau boleh sewenang-wenangnya letak kesalahan atas bahu aku."balas Dania sedih.Sedih dengan pengakuan Hayyan

"Ya aku mengaku aku malu dan untuk pengetahuan kau.Aku tak serious pun dengan kau masa tu."ngaku Hayyan jujur.

"Arghhhhhh stop!!!!!!!!!!"jerit Dania

Hayyan apalagi terus brek emergency lalu memberhentikan kereta ditepi jalan.Kereta belakang apa lagi turut brek lalu menekan hon siap pakej maki hamun lagi.

"Kau gila ke apa?nak mati?tak pasal-pasal kena maki dengan kereta belakang."marah Hayyan

Pang!!!!

Hayyan memegang pipinya ditampar kuat oleh Dania sambil mata melihat kearah Dania.

"Itu untuk mulut kau yang cabul tu."kata Dania.

Lalu Dania keluar dari perut kereta dengan hati panas.

Bekas Kekasih Itu SuamikuWhere stories live. Discover now