Hari ini merupakan hari pertama Dania bergelar pelajar ijazah untuk jurusan guaman syariah.Dia tekad dia ingin berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi.Sedang Dania sibuk menyusun bukunya didalam library dia disapa seseorang.
"Hai"tegur Sufian.
"Hai"tegur Dania kembali.
'Aduh mamat ni siapa pulak kenapa tiba-tiba tegur aku.'gumam hati Dania.
"Awak ni comel lah dengan spec nya dengan bracesnya.Siapa nama?"soal Sufian.
Sufian ni satu course dengan Dania dan satu kelas tadi.Sufian agak tertarik dengan Dania yang tak banyak bercakap dengan lelaki dan dia minat untuk mengenali Dania dengan lebih rapat lagi.
"Nama aku Nur Dania panggil Nia je"kata Dania dalam nada tak senang.
"Oh i see.Nama saya Muhammad Sufian dan awak boleh panggil Sufi."balas Sufian lembut.
"Panggil pian jelah.Senang sikit,by the way nama Sufi macam nama perempuan."kata Dania ke arah mamat mata empat ni.Hah ngam lah tu mata empat bertemu mata empat lalu jadi mata lapan.
"Hahahahaha tak nak lah walaupun awak suka dengan nama tu.Can we be a friends?"kata Sufian lagi.
"Boleh tapi dengan satu syarat."kata Dania.
"Apa dia?"soal Sufian.
"Aku tetap nak panggil kau Pian dan tukar panggilan awak saya kepada kau aku.Kalau tak nak ikut syarat aku kita tak payah kawan dan kau boleh angkat kaki dari sini."balas Dania.
"Eh siapa cakap tak nak ikut.Of course lah saya eh aku ikut."kata Sufian semangat.
"Okay deal"kata Dania lagi.
"Kau orang mana?"soal Sufian.
"Orang Johor.Kau?"jawab Dania.
"Aku?aku anak jati Selangor lah."kata Sufian bangga.
"Ayat tu cam ada bau riak sikit."kata Dania.
"Kau ni bodoh lah Nia.Ayat mana ada bau.Gila lah."perli Sufian.
"Kau bodohkan aku?pijak kang.Aku memain je cakap."kata Dania.
"But your look cute lah."puji Sufian tanpa sedar.
"Apa kau cakap tadi?"soal Dania.
"Eh takda apa."jawab Sufian gugup.
***
"Ibu,boleh tak Hayyan nak kahwin?"soal Hayyan kepada ibunya yang sedang gosokkan kemeja kerjanya.Dia memang tak reti gosok sendiri sebab dah terbiasa ibu nya yang gosokkan lagipun tugas dia sebagai doktor praktikal mendorong dia tiada masa untuk iron baju sendiri."Dengan siapa?dengan Dania ke?kalau dengan Dania kan esok jugak ibu masuk meminang."kata Puan Asmah semangat.
Sudah lama dia teringin bermenantukan si Dania.Dania tu budak yang baik walaupun perangai kadang-kadang perangai terlebih manja pun ada tapi sikap menghormati orang tua buat dia sukakan Dania.
"Bukan lah ibu.Ni orang lain namanya Amira."kata Hayyan takut-takut.
"What?????mana perginya Dania?"soal Encik Jalil iaitu ayah Hayyan.
"Hayyan dah break dengan Dania lepastu couple dengan Amira."kata Hayyan berani.
"Putus sebab abang pilih Kak Mira kan?abang jahat"sampuk Khayyirah tiba-tiba.Dia nampak dengan mata kepala dia apa yang abang dia buat kat wetex mall hari tu.Apa tindakan abangnya langsung tak berperikemanusiaan langsung.
"Kamu fikir ni benda main-main ke?ayah tak pernah ajar kamu sakitkan hati perempuan"tengking Encik Jalil.
"Ibu nak kamu kahwin dengan Dania dan bukan dengan Amira."bentak Puan Asmah.
"Tapi bu " potong Hayyan.
"Takda tapi-tapi,by hook or by crook ibu tetap nak dia jadi menantu ibu.Kamu pilih Amira atau Dania."kata Puan Asmah bengang.
"Kalau kamu pilih Amira umpama kamu buang kami tapi kalau kamu pilih Dania umpama kamu mengutamakan kami."kata Encik Jalil.
"Arghh stress"jerit Hayyan lalu keluar rumah mencari ketenangan.Dia singgah minum di Restoran Mamak Al Haddad.
Dia cuba untuk chat Dania tapi Dania telah blocknya di whatsapp jadi dia call Dania.Agak lama juga dia nak tunggu panggilan berjawab dari Dania.Hampir sepuluh kali dia call tapi tak terjawab.Arghh tak guna mesti perempuan tu tak nak cakap dengan dia lagi lalu nombor Amira pula didail.
"Assamualaikum sayang."kata Hayyan saat panggilan diterima.
"Waalaikumusalam awak.Kenapa call saya ni?ada benda penting ke?"soal Amira.
"Penting."jawab Hayyan.
"Apa yang penting sangat tu?"soal Amira lagi.
"Saya rindu awak dan itu yang penting."balas Hayyan gembira.
"Allah awak ni.Kalau itu nak cakap baik tak payah.Saya ada patient nak jaga tau.Awak ni ngada lah.Ok bye."kata Amira lalu mematikan talian.
Panggilan dari Hayyan menganggu tugasnya sebagai nurse.Dah lah dapat shift malam lepastu Hayyan pulak sibuk call hanya sebab nak cakap rindu.
Hayyan dan Amira berkerja dibawah bumbung yang sama di Hospital Sultanah Fatimah.Hayyan berkerja sebagai Doktor Praktikal manakala Amira berkerja sebagai Nurse Praktikal.Cinta berputik kerana mereka sering menangani pesakit bersama-sama.
***
Sudah seminggu ibu dan ayah Hayyan tidak bertegur dengan Hayyan kerana Hayyan tidak memberi kata putus sama ada ingin memilih Dania atau Amira.Dia buntu,dia sayang Amira tapi ibu bapa dia lagi penting dan syurga dia terletak dibawah tapak kaki ibu.Dan yang lagi buntu Dania dah hilangkan diri,puas dia tanya kawan-kawan Dania dimana Dania tapi mereka menjawab bahawa Dania dah pergi belajar di Perak dan tak bagitau kat mana tempat Dania belajar.
"Hayyan marinsini.Ibu dan ayah ada benda nak bincang."kata Puan Asmah sambil membawa dulang berisi air teh panas dan cucur udang ke gazebo yang terletak di dalam taman mini di luar rumah mereka manakala Hayyan ikut saja dari belakang lalu mendapatkan tempat di sebelah ayahnya.
"Apa yang ibu dan ayah nak bincangkan ni?"soal Hayyan.
"Hayyan tarik nafas dan bawak bertenang ya nak dengan apa yang kami katakan ni."pinta Puan Asmah lalu menuangkan teh panas kedalam cawan.
"Sebenarnya kami berdua dah masuk meminang Dania dan family mereka minta kamu berdua ditunangkan terlebih dahulu sebab Dania sekarang belajar kat Perak."kata Encik Jalil.
"Hah??kenapa tak bincang dulu dengan Hayyan?"kata Hayyan.Wajahnya menunjukkan reaksi tak puas hati.
"Kan kami dah kata kami ni tetap nak Dania jugak lepastu kami tengok kamu diam je.Kami ambil langkah kami sendiri."kata Encik Jalil.
Bersungguh dia tak nak Amira jadi menantu nya kerana hatinya kuat mengatakan bahawa dia memang tak ingin bermenantukan gadis bernama Amira itu walaupun Hayyan keras memilih Amira.
Mereka bukan apa,mereka tak nak Hayyan memilih Amira kerana Khayyirah kata wanita seperti Amira tak elok dibuat menantu.Khayyirah kenal sangat siapa si Amira itu.Cantik diluar saja tapi hatinya tak secantik rupa.Mereka tak mahu Hayyan menyesal dikemudian hari.Mereka pun sudah kenal lama hati budi Dania jadi pilihan mereka tepat.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Itu Suamiku
RomanceDania pernah ditinggalkan hanya kerana paras rupa malahan dinikahkan dengan bekas kekasihnya iaitu Hayyan tanpa rela.Tiada ruang untuk Dania merasai kebahagiaan apabila Hayyan merancang akan buat Dania menderita seumur hidupnya. Tiada kemanisan dira...