Bab 18 : Marah😡

9.9K 232 3
                                    

"Tok buat kerja macamana ni tok?macam tak menjadi je sihir tok ni lelaki tu tak tunduk pun kat saya" Marah Amira kepada Tok Bomoh.

Amira lah yang menyihir Dania dan Hayyan agar mereka berdua berpisah.

"Kerana kamu tak sabar lah rancangan Tok gagal."

Marah Tok Bomoh kepada wanita dihadapannya.

"Apasal saya pulak kena?saya bayar kut duit pengeras jadi Tok Bomoh buat jelah kerja Tok"

Dia bengang kerana melabur banyak duit tapi masih lagi tak dapat apa dia nak.

"Tok dah hantar dah sihir kepada pasangan tu tapi ada orang dah tolong pasangan tu lagipun jin yang Tok hantar kepada perempuan dan lelaki tu dah kena tangkap.Susah lah kerja Tok macamani."

Dia fikir senang ke main dengan ilmu hitam ni.

"Saya tak kira Tok,Tok kena hantar jugak sihir pemisah untuk mereka.Saya tak nak tengok dia bahagia,Tok guna lah sihir paling kuat.Saya sanggup bayar." cadang Amira lagi,dia dah tak boleh sabar untuk tunggu 4 tahun lagi.

"Tapi risiko sangat tinggi,nyawa kamu dan nyawa Tok jadi galang gantinya?Kamu berani?"Soal Tok Bomoh.

"Saya tak kisah tu asalkan saya dapat jugak lelaki tu."

Tiada guna gelaran boyfriend jika kuasa isteri lagi kuat dari kuasa seorang kekasih.

"Baik kalau macam tu Tok akan bagi kamu minyak pengasih dan kamu kena pastikan yang kamu calit kat orang yang betul dan jika kamu salah calit,kamu yang merana nanti dan Tok akan bagi kamu mantera supaya lelaki itu akan tunduk kepada kamu."

Tok Bomoh mengambil satu botol kaca berukuran 10ml yang terisi minyak pengasih berhampirannya kemudiannya dia asapkan guna kemenyan.Selepas itu,dia ambil sehelai kain kuning tertulis mantera.

Dia menyerahkan botol tu kepada Amira dan kertas kuning tertulis mantera dan Amira menyambutnya dengan girang.

"Ingat hati-hati."pesannya.

"Perempuan tu macamana Tok?"soal Amira lagi , dia tak sabar ingin musuh utamanya itu mati.

"Perempuan tu kamu jangan risau nanti Tok akan uruskan lagipun ada yang menjaga perempuan tu dan susah Tok nak buat kerja."

"Siapa Tok?" soalnya.

"Orang yang kuat agamanya , kalau Tok lawan Tok mati dan Tok takkan dapat bantu kamu lagi.Kamu nak?" ugut Tok.

"Tok ni dengan jin tak takut tapi dengan mati Tok takut." sindir Amira.

"Nak Tok sihir kamu pulak ke?Nak rasa mati ditangan Tok"

Geram dia dengan mulut celupar perempuan muda ni.Cakap main hembus je tak fikir kerana mulut badan binasa.

"okay sorry tok mulut saya ni lancang sikit."Kata Amira menutup mulut dengan kedua tangan.

"Mana pengerasnya?" minta Tok Bomoh.

"Oh nah." Tanpa berlengah Amira terus menghulurkan duit pengeras kepada Tok Bomoh.

"Ingat pesan Tok sebelum calit kena baca mantera dan jangan salah calit pula." Pesan Tok Bomoh.

"Baik Tok Bomoh,pesananmu akan ku ingat."

Kata Amira lantas keluar dari rumah Tok Bomoh,misinya hampir berjaya dan dia akan pastikan yang Hayyan akan jadi miliknya untuk selamanya dan tiada siapa akan memisahkan mereka berdua.

***
"wey aku rindu kau gila."

Maisara memeluk erat tubuh Dania sungguh lah dia merindui Dania kerana sudah sebulan Dania tiada kat Universiti.

"Aku pun rindu sangat."

Dania membalas kembali pelukan Maisara.

Lalu mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafeteria untuk minum petang setelah sekian lama tak jumpa.

"Eh kau dah sihat betul ke ni?"Soal Maisara.

"Alhamdulillah aku okay, terima kasih kat kau sebab banyak tolong aku eh nanti jangan lupa share note dan ajar aku sekali.Maklumlah banyak pelajaran yang aku tinggal."

Katanya sambil mengurut belakang leher.

"No hal lah,aku dengan Pian boleh je ajar." Kata Maisara semangat.

"Ada sesiapa tanya pasal aku tak?" soal Dania

Waktu itu mereka sedang makan di kafeteria berdua sahaja manakala Sufian ada kelas petang jadi tak dapat join mereka.

"Ada jugak tapi yang paling obvious si Si Hezmi tak habis tanya pasal kau.Dia tak ke mesej atau call kau ke?" cerita Maisara.

"Ada jugak tapi aku tak reply pun mesej dengan call dia.Malas aku nak layan dia" Jawab Dania.

"Sejak kau takda kan lain gila cara dia mengajar macam takda semangat je." Beria dia cerita.

"Yeje lah kau ni takkan lah tiba-tiba je jadi macam tu" Kata Dania  tak mempercayai Maisara.

"Tak percaya kau tengok lah esok,aku boleh bet lah dengan kau." Betting Maisara.

"we'll see it." sahut Dania.

"Eh dia tu single lagi tak?"Soal Maisara tiba-tiba.

"Kenapa kau tanya macam tu?"soal Dania terkejut.

"Sebabnya aku tengok dah main gila student perempuan kat U kita ni siap bagi hadiah lah bunga lah.Aku rasa kalau dia dah berpunya mesti takda nya budak ni buat perangai." Gosipnya.

"Dia dah kahwin lah,dia kahwin dengan ex school mate aku.Nureen nama isteri dia." Cerita Dania sungguh-sungguh.

"Yeke?nampak macam bujang je." Maisara pula tak mempercayai kata Dania.

"Aku sendiri kut pi wedding dorang masa tu so aku tahu lah." Sungguh Dania sendiri yang hadir ke wedding mereka.

"Kau kuat ek pergi wedding ex crush kalau aku lah tak kuasa nya nak datang wedding orang yang reject aku." Cebik Maisara.

"Kuat tak kuat lah sampai mak Sir Hezmi tu halau aku." jujur Dania.

"serious lah?kurang ajar je halau tetamu." Maisara pulak rasa geram kalau dia kat tempat Dania memang dia tak kuat lah.

"Serious,aku tak jamah pun nasi minyak dorang.Aku letak hadiah terus aku balik lagipun aku datang sana sebab Nureen yang ajak aku kalau tak malas aku nak datang." Cerita Dania lagi.

"Alah anak dengan mak sama je perangai macam sampah." Kutuk Maisara.

"Eh kau ni,buruk dia tu pun dia tetap pensyarah kita tahu tak dan kita ni seeloknya jangan lah cakap buruk pasal pengajar kut nanti tak berkat ilmu kita belajar." Pesan Dania.

Walaupun dia tak dapat melupakan apa yang dibuat Hezmi tapi dia tetap harus menghormati Hezmi sebagai seorang tenaga pengajar dan dia datang kesini pun nak mengajar,mungkin sudah takdir mereka berdua bertemu kembali.

"Yelah Cik Dania oi."

Maisara mengangguk setuju kata-kata Dania,betul kata dia kerana tak elok kutuk pengajar lagi satu itu kisah silam Dania bukan nya kisah dia dan dia tiada hak pun untuk masuk campur urusan Dania tapi apabila kenangkan kembali perbuatan dua beranak itu,dia pun jadi geram.

Bekas Kekasih Itu SuamikuWhere stories live. Discover now