Dania mendengus geram membaca isi surat perjanjian ini.Geram pula dia rasa sekarang ni,lelaki ini sudah melebihi batas.Ada ke patut Hayyan buat surat perjanjian sebagai denda dia lari hari tu dan Dania harus setuju ikut semua syarat yang ditetapkan dalam surat itu dan surat itu sah laku digunakan sepanjang perkahwinan mereka dan jika Dania melanggar syarat dalam surat itu maka Hayyan akan membongkarkan kepada Mama Papa Dania yang Dania telah lari sewaktu hari pernikahan.Dania terpaksa setuju agar hati orang tuanya tidak sakit apatah lagi kecewa dengan perbuatan bodohnya.
Syarat-syarat harus dipatuhi oleh Puan Dania :
1.Kena ikut setiap arahan Suami.
2.Kena balik rumah setiap hujung minggu.
3.Dilarang mesej atau call jika tiada hal penting.
4.Dilarang mencampur urusan peribadi suami.
5.Jangan cerita masalah rumah tangga kepada keluarga.
6.Jangan perasan mem besar dan tiada hak sebagai seorang isteri
7.Tolong jaga ketepi kain sendiri.
8.Jangan lupa tentang status isteri rahsiaP/s : jika melanggar syarat ditetapkan maka rahsia Puan Dania akan dibongkar.
Dan surat itu berkuat kuasa serta merta.
Usai sahaja membaca surat itu,Dania meronyokkan lalu membuangnya kedalam tong sampah berhampiran meja solek lalu mendapatkan Hayyan yang sedang bermain game PUBG terus merampas telefon milik Hayyan.
Ketika itu,mereka sudah berada dirumah sewa Hayyan di Kuala Lumpur.
"Hey jangan kurang ajar lah.Aku tengah main tu."pekik Hayyan
"Kau tu kurang ajar,kau siapa hah nak control life aku?"kata Dania geram
"watch your mouth.I'm your husband."Jerit Hayyan lantas bangun dari duduk
"Pardon me?Husband?oh great Encik Hayyan.I have to treat you like a husband and I'm not deserve to get treat like a wife?Kau tahu tak aku benci kau dan aku harap perkahwinan cepat berakhir."Kata Dania marah sekali.
"Aku pun tak sabar nak tinggalkan kau.Okay lets make deal memandang kita tak saling mencintai ni apa kata kita berpisah selepas kau habis belajar dan tak payah membazir duit buat resepsi."Cadang Hayyan
"Great aku setuju dan surat perjanjian sah sampai aku habis belajar je."Kata Dania dengan setuju.
"Deal"kata mereka serentak.
***
Dania sudah pulang ke hostel dan nampaknya deal dan 'kontrak' itu telah pun bermula.Sungguh perkahwinan ni menyeksakan dada.Tak boleh ke dia bahagia tanpa Hayyan?salah ke dia pada Hayyan?Sakit hatinya memikirkan semua itu.Dania baru saja nak lelapkan mata tiba-tiba saja Athirah yang baru masuk ke bilik dalam bilik terus ajak Dania bergosip.
"Nia,nak dengar gossip tak?"soal Athirah lalu duduk diatas katil Dania.
Dania membuka mata memandang roomatenya yang satu ni.Besar kecik besar kecik je perempuan ni,baru naik sem 2 sudah ajak membawang lagipun mereka baru je kenal seminggu selepas masuk kembali ke hostel.Banyak mulut jugak si Athirah ni walaupun baru seminggu bergelar roomate.
"Apa dia?"soal Dania basa basi.
"Kau tahu tak yang kita ada lecture baru?Handsome wey tadi kan aku baru terserempak dengan dia.Sumpah hot gila lepastukan budak-budak perempuan semua dah naik gila dah."cerita Athirah.
Dania hanya mampu membalas dengan gelengan sambil membuat muka seposen.Sumpah topik paling bosan.
"Aku tak heran pun lah lagipun niat kita datang sini nak belajar bukan nak ngorat lecture dan lagi satu kau percaya ke lecture berjodoh dengan pelajar?"kata Dania.
"Aku percaya alah dalam novel tu banyak je kisah cinta lecture dengan pelajar."balas Athirah.
"Ya ampun Thirah,itu novel.Realiti tak seindah novel."kata Dania geram
"Make it real lah."Kata Athirah lalu berangan.
"Hah niat dah lain tu nanti tak pasal ilmu tak berkat baru tahu."ugut Dania.
"Eii kau ni jahat lah,yelah-yelah tak buat dah berangan jauh sangat"kata Athirah takut dengan ugutan Dania.
"Eh tadi bestfriend kau si Maisara tu pun ada intip si lecture tu tau."Cerita Athirah
Dia tahu Maisara kawan baik Dania kerana kemana saja mereka pergi selalu berdua dan kadangkala bertiga dengan sufian.
"Bila?"soal Dania.Parah ni kalau sahabat baik dia terjebak sekali tangkap cintan dengan Lecture tu.
"Tadi lah,masa tu lecture tengah keluarkan kotak dari kereta dia maybe nak susun barang dalam pejabat kebetulan aku ternampak lepastu aku intip lah kat balik dinding then aku nampak Si Maisara tu pun tengah ngendap juga tapi dia kat balik pokok."ceritanya lagi.
"Korang sama je dua kali lima.Eh tapi kau tahu tak nama lecture tu?"perli Dania lalu menyoal Athirah
"Tahu je dan aku dah selidik dah semuanya.Ni baru first time dia kerja tau."Cerita Athirah lagi.
"Siapa nama dia?"Soal Dania basa basi sekali sekala layankan jelah si Athirah ni.
"Sir Hezmi."Jawab Athirah
"Apa dia ?" Soal Dania seraya bangun dari pembaringan jangan kata ex crushnya. Tak mungkin dan harap bukan.
"Nama dia Hezmi lah."Kata Athirah lagi.
"Nama penuh?"soal Dania
"Nama penuh dia tak silap aku Hezmi Bin bin apa ek?"kata Athirah lupa lalu mengingatkan nama penuh lecture itu.
"Bin apa?"Sergah Dania
"Haa baru aku ingat Hezmi Bin Mohd Yusof"kata Athirah.
"Apa?????"jerit Dania kuat,sah itu nama ex crushnya.
"kenapa kau jerit?sakit telinga aku lah."kata Athirah mengosok telinganya yang bingit mendengar Dania menjerit kuat sangat.
"sumpah tak kelakar."Kata Dania seraya bangun lalu memakai tudung sarung.
"kau kenapa nia?Nak pergi mana?kenapa muka pucat?"soal Athirah bertubi-tubi.
"Aku nak keluar kejap nanti petang aku balik."Kata Dania seraya keluar.
Dania terus menuju ke bilik Maisara yang jaraknya hanya 5 pintu dari bilik Dania.
"Assalamualaikum Sara."kata Dania memberi salam sebanyak 3 kali sambil mengetuk daun pintu bilik Maisara.
"waalaikumusalam."Jawab Maisara selepas membuka pintu.
"Boleh aku masuk?ada benda penting ni."Pinta Dania
"Masuk jelah."Kata Maisara seraya menutup pintu apabila figura Dania sudah masuk ke biliknya.
"Wey kau tahu ke pasal lecture baru tu?"soal Dania terus duduk di atas katil Maisara.
"Tahu sebab tu aku nak bagitahu ni."Jawab Maisara.
"Bagitahu apa?"soal Dania
"Yang si lecture tu sah ex crush kau."Kata Maisara.
"Kau ni jangan main-main lah.Salah orang kut!"Kata Dania yakin.
"Aku tak main-main dan dia bakal mengajar kelas kita.Kau tak tahu ke yang dia akan ajar kita subjek LAW nanti."Kata Maisara.
"Tak tahu pun."Balas Dania.
"Kau tak tengok group whatsapp kelas kita ke?"soal Maisara
"Tak lagi"Jawab Dania sambil tersenyum kambing.
"Patutlah ada manusia ketinggalan zaman."Kata Maisara
"Tapi kau yakin ke tu dia?"soal Dania lagi.
"Yakin lah sebab ada orang send gambar dia kat group dan kau kan ada tunjuk aku gambar dia so memang tu dia dan sah itu memang dia nanti mula kelas kau tengok sendiri."Kata Maisara
"sah bala apa lagi ni."Desis Dania dalam hati.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Itu Suamiku
RomanceDania pernah ditinggalkan hanya kerana paras rupa malahan dinikahkan dengan bekas kekasihnya iaitu Hayyan tanpa rela.Tiada ruang untuk Dania merasai kebahagiaan apabila Hayyan merancang akan buat Dania menderita seumur hidupnya. Tiada kemanisan dira...