Bab 23 : Madu🍯

14.3K 294 4
                                    

Dania menggaru kepala bila Hayyan minta dia berbaik dengan Amira.Hayyan nak jadikan Amira sebagai madu Dania.

"Aku nak kau berbaik dengan Amira sebab dia bakal madu kau dan satu lagi aku nak kau sign borang ni"Hayyan menghulur sehelai borang kepada Dania.

"Borang apa pulak ni?"Sambut Dania.Borang bertukar tangan.

"Borang poligami,aku tak boleh kahwin lagi satu kalau tak dapat keizinan dari kau"

"Kau ni gila ke apa nak minta izin aku pulak?"Dia tak nak tandangan borang poligami untuk Hayyan berkahwin lagi satu.Borang dicampak tepi terlebih dahulu.

"aku tak gila lagi lah.Aku nak kahwin juga dengan Amira."Hayyan masih dengan pendiriannya.

"Kau nak kahwin tapi kenapa libatkan aku sekali?"Dania tertanya soalan bodoh.

"Kau ni belajar je tinggi tapi bodoh kan?Kau kan isteri pertama aku memang lah aku kena minta sign kau untuk tandatangan borang poligami ni."Hayyan tunjal kepala Dania.

Dania merengus apabila kepalanya ditunjal.Hayyan dijeling geram olehnya sewaktu mereka duduk bersebelahan di sofa ruang tamu.

"Tak payah lah tunjal kepala aku."Dania tak puas hati dengan Hayyan.

"Dah kau tu bodoh tak bertempat.Lain kali bodoh tu simpan sikit untuk masa tua kau nanti."Hayyan hina isterinya sendiri.

"Eii mulut macam neraka."Kutuk Dania.

"Kau tu yang neraka.Sign jelah jangan banyak bunyi boleh tak?"Bentak Hayyan lagi apabila Dania melengahkan masa.

"Kalau aku tak nak sign?"Dania sengaja menguji kesabaran Hayyan.

"Kau tak nak sign takpa,aku akan bagitahu mama kau yang kau lari masa majlis nikah tu."Ugut Hayyan.

"Eh kau nak ugut pulak."Geram pula Dania dengan sikap Hayyan yang terlebih bijak ni.

"So tunggu apa lagi sign jelah,jangan nak banyak cakap boleh?"Bentak Hayyan.

"Hmm yelah.Kalau kau nak sangat kahwin dengan dia,lepaskan aku."

"Hell no.Kau gila?Sebabkan kau lah aku hampir dibuang keluarga."

"Bila masanya?"Terkejut Dania apabila dia dituduh sebegitu.

"Kalau kau nak tahu,Mak dengan Ayah aku tak nak mengaku aku anak kalau tak terima kau jadi menantu mereka.Aku ni tak nak jadi anak derhaka sebab tu aku jadi suami kau.Perempuan sihir"

"Heii,mulut kau ni memang puaka kan?Fine kalau kau nak sangat perempuan ni.Kau pergi lah.Aku takkan ganggu kebahagiaan korang berdua."Marah benar Dania ambil kembali borang yang dia campak lalu dia sign borang poligami itu dengan segera.

"aku takkan ceraikan tapi aku akan lepaskan kau gantung tak bertali.Aku nak kau menderita"

"Apa salah aku sampaikan kau buat aku macamni?"Dania menyeka air matanya yang tumpah.Suami dihadapannya membuka satu lagi episod duka untuknya.

"Salahnya kau tu dah lah tak cantik lepastu kau ingat aku sayang sangat pada kau dulu ke?Kau fikir aku tak malu ke bila orang dapat tahu awek aku ni dulu tak cantik?Puas lah aku kena kutuk.So sekarang ni aku nak kau rasa macamana aku rasa.Sakitnya bila orang buat kita"

"Kalau lah salah aku tu buat kau malu besar,fine aku akan pergi.Aku takkan muncul lagi dalam hidup kau.Kita bawa haluan sendiri dan aku harap kau bahagia dengan pilihan kau"

Sakit hati Dania,bila dirinya menjadi mangsa keadaan namun sekarang dia pula yang disalahkan.Ya dia memang bodoh percaya kata manis Hayyan dulu dan paling bodoh apabila dia percaya bahawa Hayyan benar menyayanginya.Rupanya Hayyan hanya mempermainkannya.Hina sangat kah gadis hodoh seperti dia hingga diperlakukan sebegitu.

"Baguslah memang dari dulu aku nak macam itu.Tak payah lah mengadap muka kau je.Hah tunggu apa lagi?silakan keluar dari rumah ni"Kata Hayyan sinis.

"Tak payah halau aku boleh keluar sendiri"Ujar Dania lantas bangun dari duduknya.

"Satu lagi kau jangan pernah sesekali tayangkan muka kau depan family aku terutamanya Khayyirah.Aku tahu kau rapat dengan dia.Jauhi keluarga aku kalau kau nak selamat"Ugut Hayyan pula.

"Baik,aku takkan sesekali munculkan muka aku depan kau dan keluarga kau lagi"

*

"Kau memang bodoh Dania,sumpah kau bodoh."Jerit Dania kuat-kuat ditengah malam.

Dia tiada hala tuju,tiada sesiapa yang boleh menenangkan dia kecuali abang kembarnya namun sayangnya abang kembarnya tiada di Selangor tapi berada di Muar.

Dania mengambil keputusan untuk menginap di hotel budget sementara waktu sebelum dia pulang ke hostel.

"Kenapa kau buat aku macam ni Hayyan?Bencinya kau pada aku.Salah ke Hayyan perempuan tak cantik macam aku ni sayangkan kau setulus hati?Sumpah Hayyan aku benci kau.Aku benci suami aku sendiri"

Dania sambung menangis sekali lagi.Dia hamburkan segala tangisan malam itu juga.Tak dapat kah dia mengecap bahagia untuk sekali saja?

*

"Yeahh seronoknya tak lama lagi kita akan berkahwin sayang.I'm so excited,tak sabarnya saya nak jadi isteri awak.Sorak Amira gembira.Lengan Hayyan dipaut mesra.

"Alhamdulillah sayang.Perempuan tak guna tu dah sign dah borang poligami untuk kita.Saya pun tak sabar nak jadi suami awak.Lepas ni kita tak payah risau dah"Lengan Amira diusap mesra oleh Hayyan.

Mata-mata yang memandang mereka beraksi mesra di dalam kafe tak dihiraukan yang penting dunia kini milik mereka berdua.

"So awak akan ceraikan dia ke?"Soal Amira kepada lelaki disebelahnya.

"Nope.Saya lepaskan dia gantung tak bertali,biar padan muka dia.Ada suami tapi macam takda suami."

"Auhhh,kesian dia.Tu lah,dia fikir dia bagus sangat,padan muka dia.Menderita lah dia sorang-sorang."Kata Amira sinis.Ya dia gembira apabila saingnya ditinggal pergi.

"Biarkan dia"

"Tapi kenapa awak tak ceraikan je dia tu?susah lah"Omel Amira

"Tak boleh,nanti Mak dengan Ayah saya akan buang saya lagipun saya tak nak keluarga saya buang saya.Mereka adalah segalanya."Tolak Hayyan.

"Tapi kita kahwin senyap-senyap ni macamana?"Soal Amira.Anak matanya memandang tepat mata milik Hayyan.

"Nanti saya akan bagitahu satu dunia yang awak sorang je isteri saya.Tapi sementara ni biarlah kita kahwin senyap dulu ya sayang"Anak mata Hayyan memandang tepat anak mata Amira

"Saya ikut awak je.As long as we are still together.Walau apa pun yang terjadi.Saya tetap akan setia dengan awak.Awak milik saya seorang je.Saya hanya cintakan awak seorang."Amira cuba memberikan kata-kata cinta buat Hayyan.

"I know sayang.I'll do the same with You.I love you so much."Madah Hayyan.

"I love you too"Ucap Amira kembali.Cintanya tetap teguh buat Hayyan sehingga sanggup buat taktik kotor.Ya dia benar-benar cintakan lelaki ini dari dulu hingga sekarang.Dia rela melakukan apa saja asalkan Hayyan jatuh kepangkuannya.

Bekas Kekasih Itu SuamikuWhere stories live. Discover now