Bab 26 : Surat ✉️

16.2K 325 2
                                    

Dania yang sedang makan kuaci sambil separa baring diatas sofa melayan drama tv.Dia berdecit apabila Hayyan menghampirinya.Dia duduk apabila Hayyan mengambil tempat disebelahnya.

"Kau nak apa?"Soal Dania sarkastik.

"Saya nak bagi awak surat ni.Surat dari arwah Amira untuk awak."Hayyan berikan surat kepada Dania.

Dania merampas kasar surat itu daripada tangan Hayyan sebelum membacanya.Dania terus membaca surat yang diberikan.

Assalamualaikum Dania

Dania,

Semasa kau baca surat ni,mungkin aku dah tiada dalam dunia ni.Tujuan aku menulis surat ini ialah ingin memohon kemaafan dari kau.Aku nak minta maaf sebab tak minta maaf dengan kau face to face.Aku takut nak jumpa kau malahan aku malu dengan diri aku sendiri.

Aku nak minta maaf jika aku telah merampas Hayyan dari kau.Jujur aku kata,aku tahu yang Hayyan sudah ada kau masa tu tapi aku sanggup jadi yang kedua.Aku guna kecantikan aku untuk Hayyan putuskan kau.

Setiap hari aku provok Hayyan kata kau tak cantik sebab tu Hayyan tinggalkan kau dan aku nak minta maaf sebab aku santau kau sebab aku cemburu dan sakit hati bila tengok kau makin cantik dari aku dan aku juga buat Hayyan jatuh ke pangkuan aku.Baru aku sedar kau cantik didalam tak seperti aku.Aku jahat aku guna ilmu hitam untuk dapatkan apa aku nak dan sekarang ilmu sihir tu dah berbalik kat aku.Nak menyesal pun tiada guna,aku sudah pun dapat balasan dari Tuhan.

Terlalu banyak dosa aku pada kau sehingga tak terhitung dijari.Aku harap sangat kau maafkan aku.Kau tolong lah terima Hayyan balik dalam hidup kau.Hayyan lebih bahagia jika dia dengan kau.Tolong jaga Damia Izzara macam anak kau sendiri.Didiklah dia agar dia sekuat dan secantik seperti kau.Bersihkan hati dia dari hasad dengki.

Akhir sekali,aku doakan kau dan Hayyan bahagia untuk selamanya di dunia dan di syurga.Doakan aku ditempat kalangan oranh yang soleh ya.Aku juga pendosa ingin ke syurga.

Assalamualaikum.

Salam sayang dari Nur Amira.

Dania seka air mata yang tumpah.Tak sangka selama ini Amira memang tak suka padanya dan Amira juga telah menghantar ilmu sihir kepadanya.

"Hey,hey kenapa awak nangis ni?" Hayyan memaut bahu Dania lalu diusap lembut.

"Hayyan,kau cintakan aku tak?"Soal Dania ingin tahu.Anak matanya memandang tepat anak mata Hayyan.

"Ya aku cintakan kau."Jujur Hayyan.

"Lepaskan aku.Ceraikan aku.Kau ingat tak surat perjanjian kita 4 tahun lepas dulu?Kita kahwin sehingga aku habis belajar je.Tolong la kita ikut rancangan kita tu."

"No Nia No.Reception just around the corner.Kad kahwin dah diedarkan pun tinggal tunggu majlis resepsi je."Mana mungkin Hayyan menceraikan Dania kerana majlis resepsi tinggal dua minggu saja lagi.

"Aku tak kisah semua itu.Aku tak nak kau dalam hidup aku.Kau faham tak?"Dania lipat surat itu lantas menolak bahu Hayyan.

Tak semudah itu dia akan melupakan perbuatan Hayyan dan Amira yang membuatnya menderita bertahun lama.Bertahun-tahun dia makan hati dengan mereka berdua.

"Tolong lah Nia.Jangan tinggalkan saya lagi.Saya dah terseksa tunggu awak selama 4 tahun."Rayu Hayyan kepada si isteri.

Dania herot bibirnya ke kanan.Memandang Hayyan dengan sinis.

"Kau fikir 4 tahun kau tu je?Habis aku?menderita sebab kau lebih dari 4 tahun tu ada kau fikir?Tak pun kan?"

Dania buat muka tak ambil kisah.Peduli apa dia dengan 4 tahun itu.

*

"Malam ni Mia nak tidur dengan Mama boleh?"Soal si comel yang berbaju tidur warna pink yang cuba naik diatas katil Dania.

Dania membantu si kecil yang gigih panjat katil.Punggul kecil dia henyak dibirai katil.

"Boleh"Dania gosok kepala si kecil berambut panjang lepas itu.

"Mama mama."Panggil si kecil.

"Ya sayang."Sahut Dania mesra.

"Mama ni cantiklah lagi cantik dari ibu.Ibu kata Mama ni baik.Hari-hari ibu tunjuk gambar kat Mia"Ceritanya.

"Iya?"Terkejut Dania apabila si kecil itu beritahu yang Amira ada cerita pasal dia kepada Damia.

"Iya.Ibu kata suruh buat baik dengan Mama."Kecil-kecil lagi sudah petah berborak budak ni.

Dania tersenyum nipis.Bagaimana harus dia tunaikan amanah arwah Amira jika di hatinya tiada cinta lagi untuk Hayyan.

*

"Ni kunci kereta Axia awak.Nanti senang awak nak ulang alik ambil Damia kat taska"Hayyan meletakkan kunci kereta diatas tapak tangan Dania.

Tak berkedip Dania apabila memandang Hayyan yang tiba-tiba memberikan kunci kereta miliknya.Rasanya dah bertahun lama Dania tidak memandu kereta nya itu.

"Boleh guna lagi ke?"Soal Dania pelik.

"Boleh lah.Lagipun kereta awak tu saya selalu servis dan maintanance pun okay lagi.Saya jaga kereta awak tip top"

"Tapi aku tak nak tanggung kos maintanance dan servis eh sebab bukan aku suruh kau jaga kereta tu." Sindir Dania.

"Jangan risau.Free of charge.Semua kos Hayyan tanggung" Ujar Hayyan ceria.

"Great." Dania berpusing namun tangannya ditahan oleh Hayyan.

"Tak nak salam suami ke?Saya nak pergi kerja ni."Soal Hayyan.

Dania berpaling semula mengadap Hayyan yang berada di muka pintu.Tangan dia tarik dari pegangan Hayyan.

"Kau nak aku salam ikhlas atau tak ikhlas?"

"Ikut awak lah.Saya tak kisah at least awak salam tangan saya."

"Perlu ke aku salam tangan orang yang tak pernah buat aku bahagia?" Sindir Dania lagi.

"Perlu sebab walau macamna pun konflik kisah kita berdua.Saya tetap suami awak."

"Suami?nampaknya macam ada orang lupa apa yang dia cakap 4 tahun lepas dulu."

"Saya tak nak gaduh lagi.Nanti-nanti jelah bila awak sedia baru awak salam saya ya"

*

Tepat jam 12 tengahari Dania sudah mengambil Damia pulang dari taska.Dania kerling jam ditangan sambil bersandar dipintu kereta.

Dania terus menghampiri gadis itu dan bercakap dibatasi pagar besi.

"Cik ni siapa ya?"Soal seorang perempuan yang  berbaju kurung berada di seberang pagar dalam kawasan taska.

"Saya Mama Damia."Ujar Dania.

"Setahu saya Ibu Mia dah meninggal beberapa bulan lepas.Saya kenal dia dan saya rasa cik ni bukan Ibu dia."

"Saya ibu tiri dia.Saya baru balik dari oversea."Jawab Dania.

"Saya tak tahu pun Damia ada ibu tiri."Ujar gadis itu.

Dania berdecit apabila gadis itu banyak bunyi.

"Papa dia suruh saya ambil dia kat sini."

"Maaf cik,saya tak boleh lepaskan Damia kat cik sebab saya tak kenal cik ni siapa"

"Kalau awak tak percaya saya ni ibu tiri dia.Awak tunggu kejap,saya call Papa dia."Dania terus mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar lalu mendail nombor Hayyan.

Bekas Kekasih Itu SuamikuWhere stories live. Discover now