Bab 13 : Bomoh👹

9.5K 278 3
                                    

"Tok,saya nak dia menderita tok."kata wanita itu.

"Ya tok tahu,tok boleh buat dia sampai mati"Ujar Tok Bomoh

"Tapi Tok saya nak dia mati dengan perlahan-perlahan tok."Ujar wanita itu,dia ingin musuhnya mati secara perlahan.

"Serahkan pada Tok,Kamu ada bawa gambar dia tak?"Soal Tok Bomoh.

"ada tok,ni gambarnya tok."Kata wanita itu lalu menyerahkan sekeping gambar kepada Tok Bomoh.

Tok Bomoh mengambil gambar itu dari tangan wanita itu lalu membacakan jampi serampah sambil mengalukan gambar itu diatas asap kemenyan lantas mengambil satu anak patung sihir lalu membacakan lagi jampi serampah dan kemudiannya mencucukkan jarum ke perut patung sihir itu.

"Ini Tok dah santau angin kepada musuh kamu."Kata Tok Bomoh lalu menyerahkan kembali gambar itu kepada wanita dihadapannya.

"Lagi satu tok,saya nak buat lelaki ni melutut kat saya Tok."Pinta wanita itu lagi lalu menyerahkan lagi sekeping gambar kepada Tok Bomoh.

Lalu Tok Bomoh mengambil gambar itu dan menelitinya.

"Tapi pengerasnya sangat tinggi."pesan Tok Bomoh

"Takpa Tok,saya sanggup bayar."Kata wanita itu lagi.

"Baiklah Tok akan ajar kamu macamana nak buat Nasi Kangkang."Kata Tok.

Lantas wanita itu membantah.

"Tak nak lah Tok,saya nak cara lain yang lagi kuat dari Nasi Kangkang.Cara lain takda ke Tok?"Pinta wanita itu.

"Baik kalau begitu,nanti minggu depan kamu datang kesini lagi akan Tok berikan kamu satu benda supaya lelaki itu jatuh ke pangkuan kamu."Kata Tok Bomoh.

"Baik Tok,terima kasih banyak dan ni Tok pengerasnya."Lantas wanita itu memberikan Tok Bomoh sepucuk sampul surat yang berisi wang ringgit lalu wanita itu berlalu pergi dengan hati yang gembira.

***
Dania yang sedang mengulangkaji pelajaran ditengah malam langsung tak mengendahkan waktu yang sudah larut malam.Dia hanya ditemani lampu meja diatas meja belajar sahaja manakala suasana bilik nya telah gelap gelita manakala roomatenya yang satu lagi itu sudah tidur nyenyak.

Dania berasa seram sejuk apabila mukanya disapa angin malam tiba-tiba sedangkan Dania tidak membuka tingkap biliknya pun jadinya dari manakah angin itu datang lantas Dania mengerling jam digital diatas meja.Jam menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi,sudah terlalu lewat.

Lantas Dania terus menutup buku lalu meloncat keatas katil dan tak lupa juga dia membaca doa tidur,surah tiga Qul dan Ayatul Kursi sebagai pendinding sebelum tidur.

Pagi itu,tidur Dania terganggu apabila mendengar jeritan Athirah dipagi buta.

"Dania bangun lah."Jeritnya kuat.

"Kau dah kenapa macam orang gila jerit bagi buta ni?"Soal Dania bengang pula dengar speaker tak berbayar dipagi hari.

"Kau tanya aku kenapa?Kau tengok bilik ni sepah gila.Kau semalam study atau kau buat sepah ha?tengok ni siap ada tanah bagai.Tanah apa ni?"bebel Athirah.

"Wey Tirah,bila masa aku buat sepah.Setahu aku semalam elok bersih je bilik kita ni."Kata Dania pelik.

Seingatnya bilik itu bersih sebelum dia tidur tapi bagaimana bilik ini boleh kotor sekotornya sedangkan dia dengan Athirah saja yang menghuni bilik ni.

"Tu aku tak tahu dan lagi satu kenapa malam tadi kau tak tutup tingkap?Kau tahu kan tak elok biarkan tingkap terbuka waktu malam."Bebel Athirah geram.

"Bila masanya aku buka tingkap kan semalam aku tutup."Kata Dania yakin.

"Manalah aku tahu,kau yang tidur lambat kan aku tidur dulu sebelum kau.Tu lah lain kali jangan study lewat malam,ni lah jadinya."Bebel Athirah lagi.

"Kau ni syirik lah.Tak baik tau cakap macam tu lagipun selamani elok je aku study malam dan ni baru pertama kali jadi."Kata Dania.

"Kau tengok dapur sekarang.Bersepah macam tongkang pecah tahu tak?Kulit telur berterabur atas lantai lepastu dengan tong sampah yang dah terbalik?siapa punya kerja lagi Nia oi kalau bukan jin."Bebel Athirah lagi.

"serius ah kau ni?"soal Dania tak percaya.

"Dua rius."Kata Athirah yakin.

Lantas Dania terus berlari melihat dapurnya dan sah apa kata Athirah memang macam tongkang pecah apalagi tergamam lah Dania melihat dapurnya yang cantik tu macam kena ribut.

"aku rasa lah kan Nia,ada something wrong lah.Aku takut."Ujar Athirah lantas memegang erat lengan Dania.

"Dah jangan takut lagi,malam ni kita baca yassin sebelum tidur lepastu kita solat hajat minta petunjuk Allah lepastu kita minta Allah jauhkan kita dari benda yang tak baik."Ujar Dania

"Kau tak nak inform ketua dorm ke pasal benda ni?"Soal Athirah takut-takut.

"Takpa,jangan dulu sebab ini baru kali pertama jadi kan so kita settlekan masalah ini sendiri kalau dah teruk baru kita inform dia okay?"Kata Dania menyakinkan Athirah lagi.

Lantas mereka berdua mengemas bilik mereka yang bersepah itu dan mujurlah kelas mereka pada waktu petang jadinya sempat lah mereka mengemaskan bilik itu kembali ke sedia kala.

Habis saja waktu kelas terus Dania masuk ke bilik kembali dan dia merasakan perutnya sangat sakit mungkin barangkali dia tak makan seharian mana taknya setiap makanan yang masuk kedalam tekaknya rasa macam pasir.Dia husnuzon saja,barangkali salah tekak dan hanya mampu minum air saja.

Seperti yang dirancangkan,Dania dan Athirah membacakan Yassin ditengah bilik mereka.Saat membaca ayat Yassin kesepuluh tiba-tiba saja tingkap bilik mereka terbuka sendiri dan seperti ada angin yang keluar dari bilik mereka.

Gelora dihati Dania dan Athirah hanya Allah saja tahu betapa takutnya mereka berdua.Tiada ilmu yang tinggi tentang alam ghaib namun berbekalkan ilmu agama didada mereka berdua cekalkan hati untuk melawan perkara sebegitu.

Dan Dania ada pesan jika apa-apa berlaku tolong jangan berhenti baca Surah Yassin sehingga habis dan tatkala pertengahan bacaan Yassin tiba-tiba saja Dania mengerang kesakitan yang teramat lalu memuntahkan darah dan paku serta helaian rambut diatas lantai.Dalam kesakitan itu,Dania pesan lagi pada Athirah jangan berhenti baca.

"Kau jangan berhenti,teruskan saja bacaan kau."Kata Dania sambil mengerang kesakitan.

Athirah hanya mampu membaca dengan linangan air mata,sungguh dia tak kuat melihat situasi Dania yang hampir separuh mati itu.

Disaat akhir bacaan Yassin tiba-tiba saja Dania pengsan lalu Athirah gigih menghabiskan surah Yassinnya lalu menghubungi  Maisara dan memberitahu apa yang terjadi,dia tak sanggup tinggalkan Dania sendirian lantas dia meminta agar Maisara mencari bantuan secepat mungkin.

Selang setengah jam,datanglah Maisara,seorang ustazah dan ketua Dorm serta beberapa orang pelajar perempuan bagi membantu Dania.

Bekas Kekasih Itu SuamikuWhere stories live. Discover now