Naeun membuka matanya perlahan. Dia melihat sekeliling walaupun matanya agak pedih. Dia terpandangkan Hana sedang tidur di atas sofa sambil dipangku oleh L. Naeun menghembus nafasnya perlahan. Dia teringatkan peristiwa dekat water park hari tu.
Tiba-tiba, L tersedar lalu mendekati Naeun perlahan dan duduk di kerusi yang tersedia di sebelah katilnya.
" Macam mana kau okay tak? Nak aku amikkan air ke bubur ke apa-apa? " tanya L sambil mengelap matanya perlahan.
" Takde lah. Aku okay je. Kalau kau mengantuk kau balik je lah tinggal Hana dengan aku. By the way, bila aku boleh discharged? And berapa hari aku pengsan ni? " tanya Naeun sambil main-main dengan jari jemarinya.
" Doktor cakap kau hampir masuk ICU tau, tapi nasib baiklah kau sempat diselamatkan awal sikit. Kau pengsan dah tiga hari. And then, doktor cakap kau boleh discharged selepas dua hari kau sedarkan diri. Lusa kau boleh balik. Kalau macam tu aku balik rumah dulu, baju Hana aku ada beli satu dua baju dekat mall tadi. Kalau ada apa-apa kau call je lah aku. Baju kau nanti Krystal hantarkan dia tengah on the way pergi rumah kau tu, " terang L panjang lebar.
" Thanks sebab jagakan aku dengan Hana. Aku tak tahu nak balas jasa kau macam mana dah L. Thanks banyak-banyak. Aku sayang kau L, " kata Naeun lalu terus peluk L kejap. Tiba-tiba, air matanya jatuh perlahan setitis demi setitis. Lalu dia pantas mengelapnya.
" Aku sayang kau jugak Naeun. Kau ingat kau tau first yeoja aku suka. Walaupun aku ni playboy, kau je tau yang pandai ketuk pintu hati aku dulu. But not now, hahahahahha, " kata L lalu mereka berdua melepaskan pelukan dan L meminta izin untuk balik ke rumahnya.
Naeun memandang Hana pilu. " Mian Hana. Mesti Hana banyak nangis kan? Mian sebab buat Hana takut, mommy tak akan tinggalkan Hana and Hana pun jangan tinggalkan mommy okay? " gumam Naeun perlahan. Kemudian, dia turun daripada katilnya perlahan dan berjalan ke arah tingkap bilik wadnya. Dia membuka langsir perlahan lalu membuka tingkap sedikit. Dia menghirup udara segar lalu menghembusnya perlahan.
" Mommy? Mommy dah bangun dah? " Hyemi mendekati eomma nya lalu memeluknya ketat.
" Mommy, Hana sayang mommy. Jangan tinggalkan Hana mommy. I really need you in my life, " luah Hana sambil menangis ringan.
Naeun mencangkung lalu memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang. Mana tak nya dah tiga hari dia tak pandang muka anaknya tu.
" Okay mommy mintak maaf okay? Jom temankan mommy jalan-jalan dekat bawah. Mommy bosan lah duduk dekat atas katil je, " kata Naeun lalu memegang tangan anaknya dan berjalan ke arah taman di luar bangunan tersebut.
" Mommy, semalam ada sorang ahjusshi ni datang lawat mommy. Ahjusshi tu hensem mommy macam pelakon, " kata Hana sambil senyum manis. Naeun pantas mencuit pipi Hana perlahan.
" Pandai ahh sekarang. Siapa ajar? Papa ehh? Mommy tak ajar Hana macam tu okay, " gurau Naeun lalu mereka berdua duduk di atas rumput di tepi tasik buatan yang agak luas.
" By the way, mommy kenal ke siapa ahjushhi tu? Waktu tu papa ade ke? " tanya Naeun lagi.
" Ahjusshi tu cakap dia kawan mommy. Waktu tu papa ada je, lepastu papa cakap papa yang bagitahu dia pasal mommy. And, tak silap Hana nama ahjusshi tu Sehun kot, " terang Hana sambil memegang dagunya comel.
Naeun tergamam. Tiba-tiba, " Mind id i join you two too? ". Naeun mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan orang yang berdiri di belakangnya. Dia tergamam. Naeun terus berdiri.
YOU ARE READING
© devil crush
Fanfictionson naeun x oh sehun ___________________ ♡( their chapters ˃͈ દ ˂͈ )