C2

1.7K 123 4
                                        

"Yeobo kenapa cakap macam tu dengan Ae? "Tanya Puan Kim kepada Tuan Kim.

"Apa yang awak cakap ni? "Tanya Tuan Kim tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh isterinya.

"Awak kata syarikat kita akan bankrup. Betul ke? "Tanya Puan Kim gelisah. Dia mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.

"Awak jangan risau. Saya tak cakap pun syarikat kita dah bankrup. Saya cakap syarikat kita AKAN bankrup. Tapi semua benda tu TAK AKAN terjadi, "kata Tuan Kim cuba menerangkan dengan jelas keadaan yang sedang berlaku.

"Tapi kenapa awak buat Ae macam tu? Sampai pengsan dia, "Kata Puan Kim inginkan penjelasan.

"Awak yang nak kahwinkan anak kita dengan lelaki pilihan awak. Saya tengah tolong awak ni. Lagipun Pengerusi Byun adalah kawan baik saya. Apa salahnya kalau kita jodohkan mereka berdua, "kata Tuan Kim memberikan penjelasan.

Mereka tidak berdua tidak sedar bahawa orang ketiga telah dengar segala-galanya ketika di dalam wad VVIP tersebut.

Sampai hati omma dan appa buat Ae macam

Tanpa disangka Tuan dan Puan Kim, Yong Ae mendengar segala perbualan mereka berdua suami isteri.

+++

Keesokan harinya,

"Doktor bila anak saya boleh sedar. Semalam doktor kata anak saya hanya pengsan, "tanya Puan Kim risau dengan keadaan anak gadisnya yang tidak sedarkan diri dari semalam.

"Cik Yong Ae sudah sedar cuma dia sambung tidur dia semalam, "kata doktor peribadi keluarga Yong Ae.

"Owhh... Kamsahamnida doktor, "kata Puan Kim sambil menundukkan badannya 45 darjah.

Doktor tersebut keluar dari wad yang menempatkan Yong Ae setelah memeriksa keadaan pesakitnya.

Puan Kim hanya melihat keadaan Yong Ae. Dia tidak menyangka perancangan untuk menjodohkan Yong Ae dengan Baekhyun dipersutujui suaminya iaitu Tuan Kim.

Yong Ae membuka matanya dan melihat di sekelilingnya. Dan dia baru teringat dia dimasukkan ke hospital kerana pengsan.

"Omma"kata Yong Ae.

Puan Kim yang sedang menegelamun mula melihat Yong Ae.

"Ae okay ke? "Tanya Puan Kim risau.

"Ae okay, "kata Yong Ae ringkas kepada Puan Kim.

"Omma bila Ae boleh discharge? "Tanya Yong Ae. Dari kecil dia memang alah dengan tempat yang bernama hospital.

"Nanti omma tanya Doktor Lee, "kata Puan Kim ringkas.

"Ae pergi mandi. Siap-siap sebab Ae cuma pengsan je. kalau Ae dah sedar semalam boleh Ae discharge awal, "kata Puan Kim kepada Yong Ae.

"Omma mana appa? "Tanya Yong Ae. Sambil itu, dia mengambil tuala mandi yang masih berada di dalam laci.

"Appa ada meeting dengan klien, "kata Puan Kim sambil itu dia melihat riak muka anak gadisnya.

Muram

Itu yang dia nampak pada muka anak gadisnya itu.

+++

"Ae, esok Ae ada blind date dengan anak Pengerusi Byun, "kata Puan Kim mengingatkan Yong Ae.

"Arraseo, "kata Yong Ae lalu berjalan menaiki tangga untuk ke biliknya.

Puan Kim hanya mampu memandang Yong Ae menuju ke biliknya.

+++

Keesokannya,

"Ae, kamu boleh pergi sendiri kan ke blind date tu? "Tanya Puan Kim.

"Hmm.. Kenapa omma tanya? "Tanya Yong Ae semasa mereka sedang menikmati sarapan mereka.

"Anak Pengerusi Byun ada meeting sebelum blind date kamu dengan dia jadi Ae pergilah sendiri. Lagipun omma ada hal hari ni, "kata Puan Kim menerangkan keadaannya kepada anak gadisnya.

"Ae tak kisah, "kata Yong Ae sambil itu dia sedang merancang supaya tidak perlu berjumpa dengan lelaki tersebut.

+++

Selepas sarapan, Yong Ae segera ke biliknya. Lalu mencapai telefon pintar yang berada di atas katil.

Dia melihat ada mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

From 013-5674-***

Hari ni kau ada blind date dengan aku. Kita jumpa dekat Secret Recepi di Midvalley. Kalau kau lambat aku tak nak kahwin dengan kau. One more thing aku pakai baju kemeja warna putih dan tali leher warna hitam.

Yong Ae hanya membaca mesej tersebut. Dia berfikir nak pakai baju warna apa.

Dia menyelongkar almarinya dahulu. Selepas memikirkan baju yang sesuai untuknya, dia membalas mesej yang dikirimkan kepada Anak Pengerusi Byun.

To Mr. Pengantin Tak Jadi

Okay, saya akan tunggu awak. Saya pakai dress pendek warna biru cair.

Yong Ae tersenyum sendiri. Nasib kaulah kalau kau jumpa perempuan 'dress warna biru cair' yang pasti tu bukan aku.

+++

Yong Ae melihat dari jauh restaurant Secret Recepi tersebut bersama kawan baiknya Im YoonA.

Dia terlihat seorang lelaki yang memakai baju kemeja warna putih dan bertali leher hitam. Tetapi dia hanya mampu melihat daripada belakang sahaja.

Sambil itu Yong Ae menyedut minumannya yang dipesan lama tadi. Dia memakai baju kemeja berlengan pendek dan memakai skirt. YoonA disebelah memandangnya kerana pelik melihat kawan baiknya tersengih sebentar tadi.

"Kau kenapa? "Tanya YoonA.

"Kau tengok lelaki tu. Dia yang patut date dengan aku. Aku, kenakan dia kata aku pakai dress pendek warna biru cair, "kata Yong Ae menerangkan keadaan sebenar.

"Dah tu kenapa tak pergi date dengan dia. Kalau kau tak kahwin dengan dia, syarikat bapak kau nak bankrup, "kata YoonA perlahan.

"Omma dengan appa tipu aku. Mereka sengaja suruh aku kahwin awal, "kata Yong Ae secara tiba-tiba mukanya yang ceria sebentar tadi bertukar menjadi muram.





























PANG!!!









































Tiba-tiba bunyi yang kuat bergema di dalam restaurant tersebut. Semua tergamam.

--------------------------------------------------------------------------------------

To be continue....

[C] Love You Mr. CEO | BbhTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang