2 tahun kemudian,
[Yong Ae POV]
"Para penumpang sila kembali ke tempat duduk masing-masing serta memakai tali pinggang keselamatan kerana sebentar lagi kita akan mendarat di Incheon International Airport. "
Aku mendengar pengumuman tersebut terasa berdebar-debar mungkin rasa bersalah menguasai diri kerana melarikan diri daripada perkahwinanku dengan Bacon or something?
Aku pun sudah terlupa nama lelaki tersebut. Setelah 2 tahun berada di Amsterdam, Australia. Semenjak hari itu, aku langsung tidak menghubungi appa dan omma. Mereka pun tidak menghubungi aku langsung.
Mungkin mereka marah?
Memanglah mereka marah! Gila ke esoknya nak kahwin malam sebelum itu lari daripada rumah. Lepas tu telefon paginya kata nak pergi luar negara.
Gilakan aku ni?
Yong Ae tak payah fikirkan fasal benda ni okay!
+++
"Korea I'm back!! "Jeritku kegembiraan ataupun ingin menghilangkan segala tekanan yang menghadapiku kerana telah selamat sampai di bumi Korea.
Orang ramai yang berada berhampiranku memandang aku 'gila ke budak ni? '.
Aku segera menundukkan badanku sembilan puluh darjah dan perkataan mianhei diucapkanku sambil itu aku tersengih menunjukkan batang gigiku yang cantik.
Hehehehe
Mana appa dan omma ni? Aku dah mesej mereka di aplikasi Line. Puas aku menunggu sepanjang malam untuk mereka membalas mesej ku. Tetapi penantianku hanya sia-sia kerana mereka tidak membalas.
Aku tersenyum setelah melihat lambaian YoonA khas buatnya. Aku hampir terlupa aku juga memberitahu YoonA tentang perkara ini. Dengan segera aku berjalan ke arah YoonA.
"Tak ada buah tangan ke untuk aku? "Sambil itu dia menghulurkan tangannya macam meminta sedekah.
"Pahal kau ni? Macam nak minta sedekah je kat aku! "Aku yang tidak tahan dengan gelagatnya segera meluahkan rasa.
"Ni pahal buat muka comel pula ni? "Kataku lagi setelah melihat mimik muka yang YoonA buat. Maklumlah muka dia memang comel jadi kalau buat mimik muka comel kacang aje.
"Salah ke? Lagipun aku memang comel. "Katanya sambil memikirkan rambut yang menutupi muka ke telinga.
"Mana omma dengan appa aku? "Tanyaku tidak sabar mahu berjumpa kedua orang tuaku. Sambil itu, aku tercari-cari kelibat mereka.
"Kau tak tahu ke? Auntie dengan uncle masih marahkan kau lagi sebab itulah mereka tak datang. "
Kata-kata YoonA menggores perasaanku. Aku tahu semua ini salah aku tetapi aku tak akan lari kalau mereka tak tipu aku hidup-hidup. Aku rasa semua ini berpunca daripada mereka bukan aku.
"Jadi apa jadi masa majlis perkahwinan tak jadi aku itu? "Tanyaku ingin tahu sama ada si Bacon itu mempunyai calon dia sendiri ataupun mereka sanggup rugi berjuta-juta won akibat aku.
"Auntie dengan uncle minta maaf dengan keluarga Byun and mereka batalkan majlis itu sebab Baek- apa nama dia? "YoonA menayakan aku pulak nama dia. Manalah aku tahu.
"Panggil Bacon. Aku pun tak ingat nama dia. "Kataku sambil tersengih.
"Bacon he just want married with you. "Kata-kata YoonA mengelisahkan hati yang sedang gelisah.
"Tapi aku tak kenal dia! "Kataku. Tanpa sedar aku telah meninggikan suara ku ke arah YoonA.
"Mana aku tahu. Telinga aku sendiri yang dengar dia cakap macam tu walaupun Puan dan Tuan Kim suruh dia cari pengganti tapi dia just you know? "YoonA tidak dapat menghabiskan ayatnya.
"Jadi apa aku patut buat sekarang? "Tanyaku inginkan nasihat daripada YoonA.
"Minta maaf dekat parent kau dengan parent Bacon. Easy tak perlu memeningkan kepala. "YoonA mengarahkan aku meminta maaf. Tapi mampukah aku? Tak akan aku tak tahu malu nak minta maaf dekat Pengerusi Syarikat ByunsB Holding.
Kalau dekat appa dengan omma senang je. Tapi mereka mahu ke nak maafkan aku. Lagipun aku dah buat kesalahan paling besar dalam hidup!
"Hello are you there? "Lamunanku terhenti apabila YoonA melambaikan tangannya di hadapan mataku.
"Jomlah balik! "
"Okay. Kau ikut aku sebab aku parking dekat basement. "Katanya kepadaku. Aku mengikuti langkahnya ke lif.
"Kau hantar aku dekat kondo aku je. "Kataku ingin mengambil jalan selamat tidak ingin bertemu kedua ibubapa ku.
"Are you sure? "Tanya pulak dia walaupun aku tidak berapa pasti, terapi aku hanya mengangguk.
"Okay suit yourself" sengaja membuat aku rasa serba salah. Tetapi keputusan aku tetap aku tak akan mengubah keputusan aku.
+++
"Okay dah sampai. Kunci kereta kau ada dalam rumah. Kereta kau aku dah ambil dua tahun lepas. Barang dapur aku dah beli semalam makanan yang dah basi aku dah buat and ada orang gaji setiap minggu akan datang tolong bersihkan rumah kau masa kau tak ada. "Penerangan YoonA yang panjang lebar aku hanya mengiakan sahaja. Yang aku pasti, aku mahukan katil.
"Aku masuk dulu. And thanks. "Kataku. Dah orang tolong tak kan tak nak ucap terima kasih kot. Aku menunggu lif nasib baik orang ramai tak adalah aku takut sangat.
Setelah menunggu beberapa minit, lif akhirnya tiba aku segera menaiki lif tersebut dan menekan butang 19 pada masa yang sama seorang lelaki menekan butang 25 iaitu rumah untuk penthouse.
Tetapi kalau dilihat daripada tepi, badan lelaki ini serupa macam Bacon. Tapi macam mana aku boleh teringat si Bacon! Yong Ae forget about him!!
Sampai di tingkat 8 tinggal hanya kami berdua. Aku mahu melihat muka lelaki tersebut malangnya dia memakai baju hoodie dan mengelakkan mukanya bertembung denganku.
Ting!
Cepatnyalah lif ni naik. Kalau tak mesti aku dapat tengok muka lelaki tersebut. Aku melangkah keluar dari lif dengan segera dan berjalan melalui koridor di kondo tersebut. Akhirnya jumpa juga. Aku segera menekan kata laluan dan akhirnya terbuka. Aku mula melangkah masuk ke dalam rumahku.
----------------------------------------------------------------------------------
To be continue....
YOU ARE READING
[C] Love You Mr. CEO | Bbh
Fanfiction❝ Ae appa buat semua ni untuk masa depan Ae. Lagipun kalau kita tak bekerjasama dengan syarikat ByunsB Holding, Ae akan kehilangan segalanya, ❞- Tuan Kim. ❝ Appa kita akan bankrup? ❞-Yong Ae Yong Ae dikhabarkan syarikatnya akan bankrup sekiranya ti...