"Kim Yong Ae will you be my girlfriend? "Lamar Baekhyun. Walaupun tiada bunga atau cincin untuk dijadikan sebagai tanda, tetapi aku tetap terharu dan aku terpaku.
Aku tidak menjawab soalannya kerana aku masih terkejut. Ada ke orang lamar jadi girlfriend lepas perempuan tu tersedak. Memang tak logik langsung.
"Jangan bagi jawapan sekarang. If you say yes, you must kiss my sexy lips. If you say no you can slap my face, "katanya dengan suara yang dingin semula. Mungkin kecewa dengan riaksiku.
"Tak boleh ke buat macam manusia normal untuk bagi jawapan kepada awak Mr. Byun Baekhyun? "Tanyaku kepadanya. Agak kejam kalau aku nak tampar dia dan rasa gedik apabila aku cium dia dulu.
"Ni normal apa, "katanya tenang. Aku menarik nafasku dalam-dalam untuk menenangkan diriku.
"If I said yes I must kiss your lips and I said no I must slap you? Are you kidding me? "Tanyaku kepadanya.
"No, "jawapnya ringkas.
"Kalau saya tak bagi jawapa macam mana? "Aku memberi soalan yang terlintas di fikiranku.
"Senang. Be ready to become my wife! "Katanya tegas. Macam berkeras nak jadikan aku isteri dia.
"Kalau saya tak jawab maknanya awak akan kata saya akan cakap yes? "
"Yes! "Jawabnya tegas. Aku menelan air liur yang terasa kelat di kerongkongku.
Aku melarikan pandangan apabila Baekhyun memandang aku tajam seperti aku ada buat salah kepadanya.
"Aku nak jawapan dua puluh empat jam daripada sekarang. Sekarang pukul lapan pagi. Pukul lapan pagi esok aku akan datang rumah kau nak minta jawapan, "katanya lalu menyambung memakan sarapan paginya yang tergendala.
Aku mengetap bibirku.
Perlu ke aku bagitahu appa yang Baekhyun melamar aku jadi girlfriend dia? Mesti appa suruh aku terima Baekhyun. Yong Ae ini adalah takdir kau. Kau kena terima semuanya.
Aku keliru!
"Tak nak makan ke? "Tanya Baekhyun setelah mengelap mulutnya dengan napkin. Dia sudah habis makan!
"Kenapa nak diet ke? Tak payah diet semalam aku angkat kau ringan macam semut, "sambungnya lagi.
"Lagipun aku tak naklah bakal isteri aku ni tak sihat sebab tak makan, "bebelnya lagi. Kenapa isu berat badan yang naik sekarang ni?
"Saya memang makan sikit je selalu. Masa lunch je saya makan banyak sikit. Dinner pun kadang-kadang saya skip, "terangku kepada Baekhyun.
"Hmm.. Nanti kalau kau kahwin dengan aku jangan harap kau boleh skip lunch. Sebab malam nanti kau kena gunakan banyak tenaga untuk aku, "kata Baekhyun dengan suara yang menggoda.
Yong Ae jangan berfikiran kotor!
Aku menghiraukan Baekhyun yang gatal macam anjing betina tu. Tapi ni anjing jantan, nak sama ke?
Aku cepat-cepat menghabiskan makanan yang berbaki kerana tidak mahu Baekhyun bercakap tentang masa depan. Yelah dia tu kan sweet talker dan semua yang keluar daripada mulut dia tu semua manis-manis
Aku tak suka sangat kata-kata manis ni nanti kalau makan boleh kena kencing manis dengan kata lain terpikat dengan Baekhyun.
"Jom! "Ajakku untuk balik. Tetapi Baekhyun masih duduk di situ dan tidak memberi sebarang riaksi. Aku yang telah sedia bangun, menonong mencari pintu keluar.
Malas nak layan si Baekhyun. Bukan boleh percaya sangat maklumlah budak Bad boy!
"Hey! Where do you think you are going?! "Tanya Baekhyun kepadaku lalu menarik aku supaya dekat dengannya."Nak balik, "aku cakap berterus-terang dengan Baekhyun yang aku nak balik. Aku tak suka dengan peragai dia yang kejap romantik itu pun sikit dan kejap garang mengalahkan bapak singa yang sedang kelaparan.
"Kan aku cakap, aku nak hantar kau! Kenapa kau degil sangat!"Baekhyun mula meninggikan suaranya kepadaku.
Aku yang menekur lantai. Tak sanggup aku nak tengok muka dia yang tengah merah kerana marah. Dia siap jeling aku apabila aku mengangkat mukaku.
Uish! Garangnya
"Dah jom! "Kata Baekhyun sambil menarik tangan aku. Aku tak sedar kereta Baekhyun boleh berada di hadapan kami. Tadi depan ni kosong je.
Drt.. Drt... Drt
"Yeobuseyo, appa. "
"Ae, Ae kena pergi London sekarang! "
"Wae appa? "
"Pembinaan hotel dekat sana ada masalah."
"Okay, Ae pergi sekarang, "
Aku memandang Baekhyun.
"Kenapa? "
"Awak kena hantar saya dekat airport sekarang, "desakku kepadanya.
"Kenapa pulak? Perlu saya? "Baekhyun seperti mahu bermain-main dengan aku sekarang ni. Tetapi aku tidak pedulikannya sebab apa yang penting sekarang ni pasal hotel itu.
"Awak nak saya buat apa? "Tanya aku kepadanya. Aku fikirkan inilah caranya untuk buat dia setuju.
"Gotcha! "Aku mendengar Baekhyun berkata begitu. Sahlah dia memang nak aku buat sesuatu untuknya.
"Hmm.. Lepas kau balik-lepas kita balik dari London, kau kena kahwin dengan aku, "kata Baekhyun tetapi aku buat tidak endah dengan permintaannya.
"I promise, "aku malas nak panjangkan cerita. Cepat pergi cepatlah dapat selesaikan masalah dekat sana.
"Okay my sweetheart. If you broke your promise I will make sure yang kau akan menyesal, "kata Baekhyun lalu mencuit daguku dan terus menekan punat kunci keretanya lalu masuk ke dalam tempat pemandu.
Aku segera masuk ke dalam kereta tersebut dan duduk di bahagian penumpang hadapan.
"Tiket dah beli? Flight pukul berapa? "Baekhyun menayakan soalan kepadaku yang sedang sibuk mencari tiket di internet.
"Tengah carilah ni, "kataku tanpa memaling ke arahnya."Beli dua. Aku nak ikut, "
"Awak nak ikut? Awak tak kerja ke esok? "Tanyaku kepada Baekhyun. Padalah aku tak nak dia ikut aku.
"Akukan boss suka hati akulah nak masuk kerja ke tak esok, "kata Baekhyun dengan sinisnya.
"Paling awal pukul 12:00 tengah hari, "aku segera menekan beli di laman sesawang tersebut.
"Dah siap. Nanti boleh ambil, "kataku sambil tersenyum.
"Baju ada ke kat sana? "Tanya Baekhyun tiba-tiba. Lupa pula ada seorang manusia di sebelah aku ni.
Aku mengangguk tanda ada kepada Baekhyun.
"Kenapa kau ada baju dekat sana? "Tanya Baekhyun lagi. Dia ni suka menyibuk betullah!
"Harameoni dengan halabeoji saya tinggal dekat London. Saya selalu juga pergi London untuk kerja macam nilah. Selalu tidur dekat sana. Awak tanya saya ni, awak ada baju ke nak duduk sana? "Tanyaku kepada Baekhyun. Dia sibuk hal orang kenapa cubalah sibuk hal sendiri.
"Nanti aku belilah. Kenalah ada baju dekat sana sebab nanti lepas kahwin dengan kau mesti selalu balik sana. Mana tahu aku ikut kau balik sana dapat ambil hati bakal harameoni dengan halabeoji mentua, "kata Baekhyun dan diakhiri dengan kelipan mata ke arahku.
Meluat aku dengan peragai dia ni. Manis sungguh mulut dia ni.
"Yelah tu, "kataku untuk mengakhiri perbualan tersebut. Malas aku nal layan dia ni.
-------------------------------------------------------------------------
To be continue...
YOU ARE READING
[C] Love You Mr. CEO | Bbh
Fanfiction❝ Ae appa buat semua ni untuk masa depan Ae. Lagipun kalau kita tak bekerjasama dengan syarikat ByunsB Holding, Ae akan kehilangan segalanya, ❞- Tuan Kim. ❝ Appa kita akan bankrup? ❞-Yong Ae Yong Ae dikhabarkan syarikatnya akan bankrup sekiranya ti...