C20

1.5K 99 11
                                        

[Yong Ae pov]

Dua bulan kemudian,

"Baekhyun, kenapa baju awak ada kesan gincu?! "Aku mencampak baju tersebut ke arah Baekhyun yang sedang berbalas mesej dengan seseorang di atas katil.

"Kenapa? Kalau aku ada perempuan lain pun kenapa?! Manalah tahu nanti kau nak tinggalkan aku!! "Baekhyun mula menengking aku seperti biasa.

Sudah banyak kali kes ni berlaku. Aku dah lali dengan perangai dia.

"Kenapa awak nak ungkit lagi pasal benda yang berlalu? "Suara aku semakin lama semakin perlahan. Aku mengetap bibirku menahan tangisan.

"Kalau cakap tu menghadap aku boleh tak? Muka aku dekat mana? Jangan nak membelakangi suami berdosa! "

"Awak nak saya basuh baju tu ke tak? "Aku cuba menukar topik dan setiap kali bergaduh mesti aku yang terpaksa mengalah.

"Ambillah dekat sini. Aku malas nak bangun, "dan itu adalah taktiknya untuk bersama denganku.

Lepas je aku dekat dengan katil, dia akan memerangkapku dan akan merogolku dengan kasar. Bila Baekhyun marah, dia akan dikuasai nafsunya yang satu itu.

+++

"Yong Ae, where's my breakfast? "Baekhyun akan memarahiku apabila sarapannya tiada di atas meja apabila dia turun untuk bersarapan.

"Kejap lagi awak. Awak sabar kejap je, "kataku cuba menenangkan Baekhyun.

"Baik aku sarapan dekat luar je, "dan dia akan pergi kerja apabila sarapan tiada di atas meja tepat pada masanya.

Haih!

Aku mengeluh.

Aku sudah berhenti bekerja disebabkan Baekhyun tidak mahu aku bekerja. Aku ikut cakap dia.. Tapi dia langsung tak pedulikan aku.

+++

Tok! Tok! Tok!

Aku melihat jam yang berada di dinding. Pukul 2:30 pagi. Aku mengintai ke luar dan melihat Baekhyun yang mengetuk pintu.

Aku segera membuka pintu buatnya. "Baekhyun kenapa awak mabuk ni? "Aku menutup hidungku daripada terbau yang tidak menyenangkan daripada badan Baekhyun.

"Lambat betul kau buka pintu?!! "Baekhyun menolak badanku yang sedang menampungnya. Dia berjalan terhuyung-hayang menaiki tangga.

Aku mengikutinya daripada belakang. Setelah sampai di dalam bilik, Baekhyun menuju ke katil dan tanpa membersihkan diri, dia menghempaskan badannya ke atas katil dan beberapa minit kemudian, terdengar bunyi dengkuran daripadanya.

Aku dengan berhati-hati membuka stoking yang dipakainya. Aku menyelimutkannya yang sedang berpeluk tubuh mungkin sejuk.

Setelah berbuat kemudian, aku berbaring di sebelahnya dan mula melelapkan mata.

+++

"Baekhyun, awak nak pergi mana? Hari ni kan hari Ahad, buat apa awak nak pergi kerja? "Aku bertanya kepadanya setelah aku melihat dia berada di hadapan pintu rumah bergaya semua. Macam orang bujang.

"Bukan masalah kau! "Baekhyun berkata begitu lalu menghempas pintu dengan kuat.

Enjin kereta mula kedengaran dan semakin lama, semakin perlahan. Nampaknya Baekhyun dah pergi.

Gimme gimme ko ko bop-

Aku mengangkat telefon Baekhyun yang sedang berdering minta diangkat.

"You~bila you nak sampai? Janji hari ni nak tengok wayang, "

Aku melihat nama pemanggil apabila suara pemanggil sengaja dilembutkan untuk menggoda lelaki.

Jung Eunji

Aku terus menutup panggilan tersebut dan menghempas telefon pintar tersebut ke lantai.

Tak sangka Baekhyun ada main kayu tiga. Memang betul apa yang aku cakap dengan appa sebelum kahwin dengan dia.

Baekhyun adalah seorang playboy!!

Aku mendaki tangga dan masuk ke dalam bilik tidur utama. Aku  menangis sepuas-puasnya.

Baekhyun

Awak

Memang

Jahat!!

[End pov]

Dan tanpa disangka Baekhyun memerhati keadaan Yong Ae sambil menahan diri daripada menangis.

Mianhae Yong Ae-ah

-------------------------------------------------------------------------

To be continue...





[C] Love You Mr. CEO | BbhTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang