[Yong Ae pov]
Aku terjaga daripada tidurku yang lena disebabkan aku terasa seperti tangan seseorang sedang memeluk pinggangku.
Apabila aku mencelikkan mata, aku melihat kawasan yang asing bagi diriku. Seperti bilik di hotel dan aku pandang ke sebelah kiriku.
Gulp
Baekhyun
Macam mana?
Aku melihat di bawah selimut.
Fuh
Aku masih berpakaian.
"Aku tak buat apa-apa dekat kau semalam. Jangan risau. Kalau aku tak boleh kawal nafsu aku pun, apa susah kahwin je terus, "kata Baekhyun dengan suara yang serak-serak basah.
"Hari ini kau cuti kan? Tidurlah, aku tau kau tak cukup tidur sampai pengsan dalam kereta, "sambungnya lagi sambil matanya tertutup.
Aku tidak mempedulikan apa yang Baekhyun kata. Apa yang penting sekarang ni aku nak keluar dari bilik ni. Aku tak selesa berdua-duaan dengan lelaki.
"Kau nak pergi mana? "Kata Baekhyun apabila merasakan katilnya naik ke atas sedikit.
Lalu tanpa teragak-agak, Baekhyun mengejar Yong Ae yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik air.
Baekhyun sempat menangkap tangan Yong Ae dan menghentakkan badannya ke dinding.
"Auch! "Aku menyerigai kesakitan apabila dihentak ke dinding.
Baekhyun mula mengepungku dengan kedua-dua tangannya di letak ke dinding. Lalu dia mendekatkan badannya denganku.
Tanpa teragak-agak dia memegang daguku dan mengucup bibirku dengan lembut sekali. Aku teragak-agak untuk membalas ciuman tersebut.
Menyedari ciumannya tidak berbalas, Baekhyun segera melepaskanku.
"Morning Kiss, "kata Baekhyun lalu menunjukkan senyumannya yang menggoda.
Aku terpegun
"Dah cepat mandi. Nanti aku hantar kau balik lepas kita breakfast. Kereta kau aku ada suruh orang aku hantar dekat rumah kau, "kata Baekhyun lalu menyembamkan wajahnya di bantal untuk menyambung tidurnya sementara menunggu Yong Ae mandi.
"Kalau nak baju ada dalam almari. Tu baju adik aku. Pakai je, "sambungnya lagi. Selepas beberapa minit, aku mendengar dengkuran halus yang datang daripada Baekhyun.
Aku segera mengambil tuala serta baju yang berada di dalam almari yang Baekhyun sebutkan tadi. Setelah mengambil baju dan tuala, aku melangkah masuk ke dalam bilik air.
+++
[Baekhyun pov]
Aku terbangun daripada tidurku apabila gegendang telingaku mendengar irama lagu Baby Don't Cry. Yang aku pasti itu bunyi daripada telefon pintarku. Segera aku bangun dan mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil.
"Yeobuseyo, Baekhyun bercakap, "
"Awak mana kereta saya? "
Suara ni
Kim Yong Ae
Segera aku mematikan panggilan tersebut dan bersiap-siap. Sepuluh minit kemudian aku segera turun ke bawah dengan menaiki lift.
Pintu lift terbuka dan aku melihat Yong Ae sedang berdiri di lobi hotel ini. Aku segera melangkah ke arahnya.
"Kan aku nak breakfast dengan kau sebelum aku hantar kau balik, "kataku sambil memandang tepat ke arah mata Yong Ae.
"Jom, "sambungku lagi dan memegang pergelang tangannya supaya mengikutku. Dia meronta-ronta tetapi aku memperketatkan peganganku.
Aku berjalan laju menuju ke arah restaurant di hotel tersebut. Setelah itu, aku menarik kerusi untuk Yong Ae. Apabila Yong Ae dah duduk aku menolak kerusi tersebut supaya rapat dengan meja.
Setelah itu, aku mengambil tempat dudukku yang berhadapan dengannya. Pelayan meletakkan sarapan kami.
Aku dah order makanan tersebut semasa dalam bilik lagi. Semuanya ikut apa yang aku rancang.
"Kenapa lengang je restaurant ni? "Tanyanya memulakan perbualan.
"Because I want a romantic breakfast with you, "kataku dengan nada yang menggoda.
"Dah makan, "sambungku lagi apabila dia melihatku tanpa berkelip. Yong Ae hanya mengikut arahanku.
Yong Ae mengambil chopstick yang berada di atas meja lalu makan nasi bersama daging Bakar dan kimchi yang aku pesan tadi. Kadangkala dia menghirup sup rumpai laut yang juga aku pesan tadi.
[Yong Ae pov]
"Sedapnya! "Pujiku apabila menyuap beberapa kali sup rumpai laut tersebut. Aku makan sedikit gelojoh kerana semalam aku tidak makan pada waktu malam. Sebab tu pagi ni makan macam orang kebulur sebulan.
Aku mengangkat mukaku seketika apabila aku perasan Baekhyun sedang merenungku.
"Kenapa awak pandang saya? "Tanyaku. Seram dengan pandangan mata Baekhyun.
"Hmm.. Salah ke my future wife? "
Huk! Huk! Huk!
Aku tersedak apabila Baekhyun bertanya soalan tersebut.
My future wife?!
Baekhyun segera menyediakan air apabila melihat Yong Ae yang tersedak dan pada masa yang sama mukanya jelas kemerahan.
"Itulah lain kali makan jangan gelojoh sangat. Kan dah tersedak, "kata Baekhyun memberi nasihat.
"Saya bukan tersedak sebab gelojohlah! "
"Hmm.. Habis tu sebab apa? "Tanya Baekhyun pura-pura tidak faham.
"Pasal... Er... Pasal... Er-"Yong Ae tergagap-gagap nak bercakap tentang my future wife.
"Don't shy okay? Because you will be my wife, "sambungnya lagi. Memang nak buat aku pengsan ke apa!
"Kim Yong Ae will you be my girlfriend? "
---------------------------------------------------------------------------
To be continue...
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Love You Mr. CEO | Bbh
Fanfiction❝ Ae appa buat semua ni untuk masa depan Ae. Lagipun kalau kita tak bekerjasama dengan syarikat ByunsB Holding, Ae akan kehilangan segalanya, ❞- Tuan Kim. ❝ Appa kita akan bankrup? ❞-Yong Ae Yong Ae dikhabarkan syarikatnya akan bankrup sekiranya ti...
![[C] Love You Mr. CEO | Bbh](https://img.wattpad.com/cover/102934792-64-k568193.jpg)