"Miss kita dah sampai ke Pulau Jeju, "aku mendengar suara yang mengejutkanku seperti suara seorang perempuan. Aku cuba mencelikkan mataku.
Ah silau!
Aku segera menutupnya kembali lalu membukanya perlahan-lahan. Setelah berjaya membuka mata, aku terlihat seorang perempuan berdiri di hadapanku dan memandangku.
"Dah sampai? Oh... Kamsahmnida kerana mengejutkan saya, "kataku lalu menunjukkan barisan gigiku yang cantik.
Aku segera berlalu keluar daripada pesawat tersebut. Hmm.. Dah pukul tiga empat puluh petang.
APA!!
Alamak dah lambat. Kalau lambat habis nanti terlepas flight dan appa akan marah. Ni semua Baekhyun punya salah tak boleh ke meeting hari lain?!
Aku dah rancang nak duduk kat hotel malam ni. Kalau sempat pun mungkin lambat aku balik. Dah lah flight pukul enam petang nak dekat malam. Lepas tu ingat Lapangan Terbang Incheon tu dekat ke dengan hotel milik keluarga dia tu!
Ni tak puas hati ni! Hidup tak boleh menyusahkan orang ke! Kan aku dah membebel.
Aku segera mencari kereta yang syarikat sediakan. Okay dah jumpa! Segera aku menaiki kereta tersebut.
"Cik Yong Ae, cik nak makan dulu ke? "Tanya pemandu kereta tersebut. Pemandu kereta tersebut umurnya mungkin dalam umur 40-an sebab aku sudah nampak sedikit kedutan di mukanya.
"Sebelum datang sini saya dah makan tengah hari. Kenyang lagi, "balasku. Sambil itu, aku melihat pemandangan di Pulau Jeju tersebut. Walaupun sudah banyak kali menjejakkan kaki ke sini, tetapi aku tetap kagum dengan pemandangan di sini setiap kali ke sini.
"Kalau macam tu kita terus ke tapak pembinaan hotel la, "kata pemandu tersebut. Aku cuma menganggukkan kepalaku tanda bersetuju.
+++
Setelah sampai di tempat pembinaan tersebut, aku disambut oleh Encik Lee yang menguruskan tempat ini sewaktu aku di Seoul.
Aku segera melihat pembinaan dijalankan dan diberi keterangan tentang semuanya. Cuaca Agak mendung jadi tidaklah aku berpeluh sakan segala.
Satu jam berlalu dan perjumpaan tersebut berakhir. Dari lapangan terbang ke sini perjalanannya lebih kurang dua puluh minit. Tiada masa untuk aku berjalan-jalan kerana sekarang dah pukul lima.
Aku segera menaiki kenderaan yang membawaku ke sini. Dengan berhati-hati, kami memulakan perjalanan ke lapangan terbang di Pulau Jeju.
Kami sampai di Pulau Jeju pada pukul lima setengah perang kerana jalan sedikit sesak. Aku segera masuk ke dalam lapangan terbang di tempat menunggu. Sambil itu, aku melihat pesanan yang dihantar melalui aplikasi Line.
Tiada apa yang penting.
Setelah dipanggil, aku pun mula memasuki pesawat.
+++
Pada tujuh malam, aku sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Aku segera mendapatkan keretaku di tempat meletak kereta di Basement. Aku berfikir tidak sempat rasanya sampai ke Hotel Lotte World dalam satu jam.
Aku segera menghidupkan keretaku dan memulakan perjalanan. Baru sahaja empat kilometer perjalanan, jalan sesak disebabkan ada kemalangan di hadapan. Aku melihat ke hadapan. Mata yang sedia mengantuk menjadi semakin mengantuk apabila jalan sesak sebegini. Banyak kali juga aku dihon daripada orang belakang aku.
Mak ai panjangnya jammed ni!!
Aku cuba bersabar dan akhirnya berjaya melepasi jammed dan aku pecut keretaku. Maklumlah kereta lumba memang bestlah lumba.
Aku tersengih.
+++
Aku sampai di tempat yang dijanjikan pada pukul lapan setengah malam. Lambat setengah jam. Macam mana ni?!!
Yong Ae relaks!
Aku cuba menyedapkan hatiku. Lalu aku keluar daripada keretaku dan pergi ke bahagian belakang kereta dan membuka pintu bahagian belakang untuk mengambil beberapa dokumen penting yang Baekhyun perlu tandatangan.
Aku segera masuk ke dalam restaurant setelah memastikan tiada apa yang tertinggal. Aku mencari Baekhyun dan akhirnya aku menjumpai dia sedang...
Makan tapi pinggan dia dah kosong. Dan tiada makanan yang dipesan untuk aku. Sabar Yong Ae. Aku segera pergi ke meja Baekhyun duduki.
"Sorry I'am late, "kataku sambil menundukkan badanku sembilan puluh darjah. Tak sanggup aku nak pandang mata dia takut dia jeling aku.
"Miss Yong Ae do you know that I already spent time waiting for you?! "Katanya perlahan tetapi Agak tegas. Mungkin tidak mahu orang menumpukan perhatian terhadap kami.
"Saya minta maaf tapi tadi saya baru balik dari Pulau Jeju, "kataku cuba menerangkan tentang masalah aku dan meraih simpatinya.
"Have a sit! "Katanya masih lagi dingin.
"Where's the document that I have to sign? I doesn't want to spent a lot of time here, "sambungnya lagi. Aku segera menyerahkan dokumen tersebut kepadanya untuk ditandatangani.
"Tak perlu bincang ke? "Tanyaku takut-takut.
"Tak perlu sebab aku ada banyak benda nak buat dan lagi satu nanti aku akan bincang perkara ni dengan Pengerusi Kim, "katanya. Nampak sangat dia mahu mengelakkan diri daripada aku.
Setelah menandatangi dokumen tersebut, Baekhyun segera meninggalkanku. Aku terpinga-pinga nampaknya makan ramenlah kat rumah hari ni.
Aku segera ke Basement ingin memandu keluar daripada hotel ini. Tetapi mata aku semakin memberat. Lebih baik aku berehat di dalam kereta dulu sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah.
Aku segera masuk ke dalam keretaku dan menghidupkan enjin. Lalu aku membelakangkan kerusiku untuk mencari ruang yang selesa untuk tidur. Dalam beberapa minit aku tertidur.
------------------------------------------------------------------------
To be continue...
YOU ARE READING
[C] Love You Mr. CEO | Bbh
Fanfiction❝ Ae appa buat semua ni untuk masa depan Ae. Lagipun kalau kita tak bekerjasama dengan syarikat ByunsB Holding, Ae akan kehilangan segalanya, ❞- Tuan Kim. ❝ Appa kita akan bankrup? ❞-Yong Ae Yong Ae dikhabarkan syarikatnya akan bankrup sekiranya ti...