[Baekhyun pov]
"Lepaskan saya sekarang!! "
Aku tergamam apabila mendengar ayat tersebut keluar daripada bibir mungil Yong Ae.
"Aku tak akan lepaskan kau lepas aku berjaya dapatkan kau! "Aku bercakap dengan suara yang dingin dan tidak memandang muka Yong Ae.
"Ta-tapi... "
"Tapi kenapa aku buat baik dekat kau? Itu hanyalah sekadar lakonan dan lakonan aku berjaya, "aku menunjukkan senyuman yang sinis. Tetapi hati aku sakit apabila melihat air matanya mengalir di tubir matanya.
Aku cintakan dia, tapi aku berdendam dengan dia jadi aku nak hapuskan semua dendam aku terhadap dia dengan membalas semua dendam sehingga aku berasa puas. Lepas tu aku akan pujuk dia balik, simple!
"Lap air mata tu. Tak cantik kalau kau menangis. Macam budak kecik, "aku perli dia lagi. Tetapi dia mengelap air mata dia dengan kasar.
Aku tersenyum
Tetapi
Cuma sebentar
Kerana aku tak mahu dia melihat aku yang sedang tersenyum. Aku nak dia takut dengan aku.
[Yong Ae pov]
Kami akhirnya sampai di hotel yang kami akan duduk selama semalam. Sepanjang perjalanan, kereta tersebut sunyi tanpa suara. Bukan sahaja suara bahkan radio juga tidak dipasang.
"Dah sampai! Jadi bersedia untuk menjalankan tanggungjawab kau malam ni! "Baekhyun berkata lalu keluar daripada kereta tersebut.
Tanggungjawab apa?
Kenapa dengan malam ni?
Banyak persoalan yang bermain di fikiran ku sampai aku tak sedar yang Baekhyun menanti aku di luar kereta.
Tok! Tok! Tok!
Baekhyun mengetuk cermin pintu kereta menyuruh aku keluar dengan segera.
Aku mengeluh
Sampai bila aku nak menghadap muka yang dingin ni?!
Aku keluar daripada kereta Baekhyun. Baekhyun memimpin tangan aku dan memegangnya dengan erat.
Takut aku larilah tu!
"Apa? "Baekhyun tanya dengan dingin.
Alamak!
Dia perasan aku pandang dialah!!
Aku menggelengkan kepalaku dan dia tak bertanya apa-apa selepas itu.
Fuh!
Kelegaan.
+++
Setelah sampai di bilik kami, Baekhyun terus berehat di atas katil. Aku mengambil pakaianku yang berada di dalam bagasi.
Aku mengambilnya dengan tergesa-gesa apabila melihat Baekhyun sedang memerhatikanku.
Setelah menjumpai segelanya, aku segera berlari ke bilik air. Ngeri melihat pandangan matanya.
[Baekhyun pov]
Setelah sampai di bilik, aku merehatkan segala tulang-temulangku yang lenguh akibat memandu.
Sambil tu, aku tengok gelagat Yong Ae yang sedang mencari pakaiannya yang berada di dalam bagasi. Takut dengan aku ke sampai ambil pakaian pun macam nampak hantu.
YOU ARE READING
[C] Love You Mr. CEO | Bbh
Fanfiction❝ Ae appa buat semua ni untuk masa depan Ae. Lagipun kalau kita tak bekerjasama dengan syarikat ByunsB Holding, Ae akan kehilangan segalanya, ❞- Tuan Kim. ❝ Appa kita akan bankrup? ❞-Yong Ae Yong Ae dikhabarkan syarikatnya akan bankrup sekiranya ti...