5 bulan kemudian,
Kandungan aku sudah masuk lima bulan dan perut aku semakin membesar. Tidak aku sangka semasa aku mengandung Baekhyun melayanku dengan baik sekali.
Selama lima bulan aku mengandung, Baekhyun sentiasa balik awal dari tempat kerja. Tiada lagi sikap dingin denganku.
Tetapi hari ni Baekhyun tidak dapat menemaniku untuk memeriksa keadaan bayi kami. Jadi aku pergi ke sana seorang diri.
Aku mengambil tempat duduk setelah menulis nama di kaunter.
"Puan Yong Ae! "
Nama aku dipanggil dan disuruh masuk ke bilik Dr. Seung Hee, sepupu Baekhyun. Walaupun aku tidak berapa rapat dengan Seung Hee, tetapi Seung Hee melayanku dengan baik.
Aku membuka pintu dan duduk di kerusi yang disediakan.
"Unnie, macam mana dengan kandungan unnie? "Seung Hee bertanya kepadaku soalan yang sentiasa ditanya kepadaku pada setiap perjumpaan kami.
"Unnie rasa okay kut, "kataku menjawab pertanyaannya.
"Kalau macam tu kita pergi buat ujian ultrabunyi nak tengok macam mana keadaan kandungan unnie, "Seung Hee menunjukkan aku dimana bilik ultrabunyi dan aku diminta berbaring di atas Katil.
Baju aku diselak dan terasa gel diletakkan di perutku.
Sejuk!
Aku melihat pantulan kandunganku di skrin. Dah besar anak omma. Aku tersenyum kegembiraan.
+++
Aku cuba menelefon Baekhyun semasa dalam perjalanan balik ke rumah tetapi Baekhyun tidak menjawab panggilan telefon.
Aku cuba bersangka baik.
Aku memandu dengan berhati-hati tetapi hati aku tidak tenteram apabila Baekhyun tidak menjawab panggilanku.
Baekhyun tidak pernah mengabaikan panggilanku ketika aku mengandung dan apabila perkara sebegini berlaku, aku berasa risau.
Akhirnya aku sampai ke rumah dan aku ternampak kereta Baekhyun elok tersadai di tepi garaj. Aku meletakkan kereta di garaj dan mematikan enjin.
Aku memasukkan kunci ke dalam tombol pintu dan memusingnya untuk membuka pintu. Setelah membuka pintu, aku terlihat ada sepasang kasut perempuan dan sepasang lagi kasut adalah kasut Baekhyun.
Aku cuba bersangka baik.
Aku melihat di ruang tamu, kosong. Langsung tak nampak bayang walau seorang pun manusia.
Aku terus menaiki tangga untuk ke bilik tidur utama. Dari tangga aku sudah nampak baju-baju lelaki dan perempuan berselerak di atas lantai.
Aku ke bilik tidur utama dan aku ternampak
"BAEKHYUN!! "
"Awak buat apa dengan perempuan ni?! "
Aku cuba bertenang tetapi aku tidak mampu apabila aku melihat Baekhyun dan seorang perempuan tidak dikenali sedang bertelanjang bulat dan paling mengejutkan aku iailah bila aku masuk bilik tadi Baekhyun sedang menindih perempuan tersebut.
"Sayang, I will explain, "
Mesti korang tak sangka kan yang Baekhyun dah panggil aku sayang.
"Awak nak explain apa lagi Baekhyun? Dah terang lagi bersuluh korang tengah buat-"
"Enough! "Baekhyun tiba-tiba menengkingku dan mematikan kata-kataku.
"Eunji can you please GET OUT?!! "Aku mendengar yang Baekhyun juga menengking perempuan tersebut. Dan tanpa rasa malu, perempuan yang bernama Eunji, mengucup pipi Baekhyun sebelum keluar dan mengutip pakaiannya seterusnya memakai pakaian tersebut.
"Awak tengah buat apa dengan dia Baekhyun?! "Setelah memastikan Eunji telah keluar, aku mula menyoal Baekhyun.
"This is not my fault! "Baekhyun cuba melindungi dirinya.
"Awak ingat saya nak percaya ke Baekhyun. Terang lagi bersuluh yang awak dengan dia dalam proses nak buat a-"
"Enough Byun Yong Ae!! "Baekhyun menengking ku lagi.
"Kenapa Baekhyun? Awak takut ke saya sebut awak dengan dia tengah buat-"
"Enough!! Can't you please shut up! "Baekhyun tidak mahu aku mengungkapkan apa yang aku mahu cakap. Itu membuatkan aku ingat mengungkapkan kata-kata tersebut.
"Byun Baekhyun macam mana eh rupa anak awak dengan Eunji? Mesti cute kan? "Aku cuba provok dia padahal hati aku yang sedang terguris sekarang ni.
"Yong Ae aku cakap cukup. Cukuplah, kau akan buat hati kau sakit, "Baekhyun awak memang pandai berkata-kata tapi kata-kata awak langsung tidak menunjukkan keperibadian awak.
"Kenapa Baekhyun? Kenapa? "Aku tiba-tiba meraung di hadapan Baekhyun.
"Kau tengah mengandung. Tak baik untuk kandungan kau, "dengan dingin, Baekhyun menuturkan kata kepadaku dan memakai pakaian yang telah ditinggalkannya sebentar lagi.
Dan dia tinggalkan aku sendirian sekali lagi. Dan aku bertekad tak ada guna lagi aku duduk dekat rumah ni sebab Baekhyun dah jumpa pengganti aku.
Aku mesti tinggalkan rumah ni, malam ni juga!!
-------------------------------------------------------------------------
To be continue...

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Love You Mr. CEO | Bbh
Fanfiction❝ Ae appa buat semua ni untuk masa depan Ae. Lagipun kalau kita tak bekerjasama dengan syarikat ByunsB Holding, Ae akan kehilangan segalanya, ❞- Tuan Kim. ❝ Appa kita akan bankrup? ❞-Yong Ae Yong Ae dikhabarkan syarikatnya akan bankrup sekiranya ti...