"Malam esok I datang rumah you. See you tomorrow night, "
Aku mendengar Baekhyun bercakap dengan seseorang di dalam telefon selepas aku selesai membersihkan diri. Siap bersayang bagai dia dengan perempuan tu.
Aku mula menitiskan air mataku. Teresak-esak aku cuba menahan suaraku daripada keluar kerana tidak mahu Baekhyun tahu aku menangis.Aku segera kuatkan diriku. Sedar diri tu Yong Ae, Baekhyun hanya kahwin dengan kau untuk balas dendam! Jangan berharap yang dia akan mencintai kau sepenuh hati.
Aku mula membasuh mukaku yang mula kelihatan merah kerana menangis. Aku kuatkan semangatku supaya tidak lemah di hadapan Baekhyun.
Yong Ae,
Kau kena kuatkan ego dan keras kepala kau seperti dua tahun yang lepas. Kau kena tunjukkan kepada Baekhyun yang kau bukan wanita yang lemah.
Aku melangkah keluar daripada bilik air dan aku menjeling kelibat Baekhyun yang berada di atas katil. Nampaknya dia sudah memakai seluar pendek.
Baekhyun masih dengan telefonnya dan sedang tersenyum. Mungkin sedang berbalas mesej dengan kekasihnya. Aku tidak mempedulikan Baekhyun yang berada di atas katil.
Aku segera menyisir rambutku dan segera mengambil telefon bimbitku yang berada di atas meja solek tersebut. Aku juga mengambil beg tanganku serta kunci bilik hotel dan mula melangkah keluar daripada bilik hotel tersebut.
"Yong Ae kau nak pergi mana? "Baekhyun bertanya kepadaku semasa aku memegang tombol pintu hotel.
"Breakfast, "kataku dengan dingin lalu keluar daripada bilik tersebut.
Aku berjalan menyusuri koridor hotel kerana lift berada di tengah-tengah. Sambil itu, aku melihat aplikasi Instagram yang sedang aku buka.
Ramai orang comment
"Handsomenya husband kau!! "
"Tulah pasal... Tapi dia ni bukan suami kau tak jadi dulu ke? "
"Rugi pula aku tak datang majlis kau semalam, "
Itu antara komen yang aku lihat di skrin pada gadget tersebut. Aku mula membalas komen rakan-rakanku walaupun komen mereka akan menimbulkan kontroversi.
Mingyu_kim -"Chukahae Yong Ae~Ah, "
Aku terbaca komen tersebut daripada kekasih lamaku semasa berada di Australia. Mingyu dia seorang yang baik dan selalu berada di samping aku semasa kesedihan tapi siapa sangka hubungan kami sampai di situ sahaja.
Aku berasa sebak seketika. Perjalananku tadi diteruskan. Setelah berjumpa lift, aku menekan butang turun. Seketika menunggu dan pintu lift terbuka dan iainya kosong. Aku masuk ke dalam lift tersebut dan menekan butang 1 tingkat di mana untuk menjamu selera.
Aku menekan butang tutup tetapi pintu lift tersebut buka kembali dan orang yang menahan lift tersebut adalah Baekhyun. Aku membuat muka meluat apabila terpandangkan wajah kacak miliknya.
Tetapi aku sudah tawar hati dengannya dan kekacakan yang ada padanya tidak menarik minatku langsung.
Baekhyun memandang mukaku setelah lift bergerak turun tetapi aku langsung tidak mempedulikannya. Aku memandang akaun Instagram milik Mingyu.
Nampaknya, dia masih tidak boleh lupakan aku. Kerana gambarku bersamanya yang diupload di Instagram tidak satu pun yang kurang. Aku hendak mengeluarkan air mataku tetapi tidak boleh kerana ada seorang yang ralit memerhatikanku. Aku cuba menahannya daripada keluar.
Lift sampai di tingkat satu. Selepas satu langkah keluar daripada lift, aku segera pergi ke arah tempat duduk. Aku masih tidak mempedulikan Baekhyun yang sedang mengekoriku.
+++
Setelah siap bersarapan, aku naik ke bilik. Baekhyun yang belum habis makan aku tinggalkan. Akhirnya dia makan dengan gelojoh semata-mata nak ikut aku.
Ada aku KISAH!?
+++
Aku masuk ke dalam bilik dan aku terkejut tukang make up dan tukang segalanya berada di dalam bilik aku!
Siapa yang benarkan masuk ni?!!
Aku senyum ke arah mereka dan terus merelakan segala yang bakal mereka buat di seluruh muka dan badanku.
---------------------------------------------------------------------------
To be continue...

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Love You Mr. CEO | Bbh
Fanfiction❝ Ae appa buat semua ni untuk masa depan Ae. Lagipun kalau kita tak bekerjasama dengan syarikat ByunsB Holding, Ae akan kehilangan segalanya, ❞- Tuan Kim. ❝ Appa kita akan bankrup? ❞-Yong Ae Yong Ae dikhabarkan syarikatnya akan bankrup sekiranya ti...