C19

1.4K 106 3
                                        

Majlis tersebut bermula sejurus aku dan Baekhyun masuk ke dalam dewan hotel tersebut. Ramai orang yang datang ke majlis kami.

Sepanjang majlis, aku dan Baekhyun sentiasa tersenyum dan encik suami disebelah yang dingin denganku melayan ku dengan mesra dan aku tahu itu adalah

FAKE!

Yes! Sekadar lakonan supaya niat dia untuk membalas dendam tidak diketahui umum. Ramai rakan-rakanku yang datang ke majlis ini sebab mereka nak tengok Baekhyun secara lebih dekat.

Lepas je Baekhyun dikerumuni oleh para gadis iaitu rakan-rakanku, aku segera pergi ke tempat lain. Aku tak kisah sebab aku tahu dia ada perempuan lain di belakang aku.

Aku keluar daripada dewan tersebut dan menuju ke arah taman. Tiada orang di taman tersebut kerana semua sibuk berada di dalam majlis.

Aku mengambil bangku yang tersorok supaya orang lain tidak nampak apa yang aku akan buat.

Setelah mengambil tempat duduk, aku melepaskan segala tekanan dengan menangis.

Aku menangis dengan sepuas hati aku. Aku tak kisah dengan apa yang terjadi dengan mukaku.

"Yong Ae, awak buat apa kat sini? "Gemersik suara itu mengingatkan aku dengan seseorang.

"Kim Mingyu?! "Kataku sambil menoleh ke arah datangnya suara tersebut.

"Kenapa awak ada dekat sini? "Tanyaku kepada Mingyu yang sedang menghala ke arahku. Dia tersenyum selepas melihatku.

"Saja nak tengok awak kahwin macam mana," jawabnya dengan polos. Aku terasa seolah-olah beban yang aku tanggung ringan setelah melihat muka Mingyu.

"Kenapa menangis ni? "Mingyu menyoalku dengan suara yang risau. Itu yang aku suka dengan sikapnya. Dia seorang yang mengambil berat.

"Tak ada apa-apalah, "jawabku sambil tersenyum ke arahnya.

"Jadi awak tak nak masuk? Nanti ramai orang cari awak yelah pengantin, " Mingyu menyoalku dan aku tidak mendengar suara kecewa atau riak muka kecewa daripadanya setelah melihat aku sudah berkahwin.

"Awak tak kecewa ke saya berkahwin dengan orang lain? "Tanyaku terus-terang kepada Mingyu.

"Tak. Sebab kita memang tak sesuai untuk sehidup semati bersama. Saya anggap awak seperti adik kandung saya, "Mingyu menjawab soalan ku.

"So... Nak masuk ke tak nak ni? "Mingyu menyoalku kembali.

"Mestilah nak tapi make up ni dah cair dan muka saya macam apa je, "

"Pergi basuh muka tu and toush up sikit baru nampak cantik, "Mingyu memberi cadangan.

Aku terus pergi ke tandas mengikut segala arahan Mingyu. Sepuluh minit kemudian, aku keluar daripada tandas dan pergi tempat tadi malangnya Mingyu sudah tiada. Dengan perasaan kecewa, aku masuk kembali ke dalam dewan tersebut.

Aku melihat Baekhyun masih dikerumuni oleh para gadis. Ramai peminat nampak. Aku keluar dari dewan tersebut kerana tiada yang menyeronokkan di dalam sana.

Aku menaiki lift untuk ke bilikku untuk menukar baju. Lantaklah apa yang mereka mahu kata. Aku memang tidak ada mood sekarang ni.

Sampai sahaja di dalam bilik, aku baring di atas katil memandangkan tiada siapa di dalam bilik tersebut. Dan sebelum aku terlelap, aku sempat menelefon counter reception supaya tidak memberikan kunci bilik tanpa kebenaran ku.

Setelah beberapa minit merehatkan diri, aku terlelap disebabkan sakit kepala yang datang menyerang.

+++

[Baekhyun pov]

"Baek, mana Yong Ae? Omma dengan appa nak balik dah ni. Takut Yong Ae cari kami bila kami dah balik, "mertua ku tiba-tiba bercakap dari belakang.

Aku memandang sekeliling apabila dikahbarkan perkara tersebut.

"Nanti Baek cakap dengan Yong Ae omma dengan appa dah balik, "kataku kepada mertuaku. Nampaknya terpaksalah aku cari budak hingusan tu.

"Hmm.. Arraseo omma dengan appa balik dululah. Bye! "Appa meminta diri. Aku melihat langkah mereka berdua keluar daripada hotel.

Aku mengeluh seketika.

Mana pulak si Yong Ae ni pergi?
Tak tahu ke majlis tak habis lagi.

Aku meninggalkan majlis yang sedang berlangsung memandang tinggal beberapa orang tetamu yang sedang menjamu selera.
Aku meluru ke bilik iaitu tempat pertama yang aku rasa Yong Ae berada. Aku menaiki lift dan lift berhenti di tingkat di mana bilik aku berada.

Aku segera membuka pintu bilik kerana terdapat papan do not disturb di tombol pintu.

Aku segera melangkah ke dalam bilik dan terlihat dia sedang tertidur mungkin kepenatan.

"I'm sorry, "kataku sambil mengusap rambut Yong Ae yang sedang tidur. Aku menguis bibirnya yang kemerahan itu. Aku suka melihat dia tidur kerana apabila dia sedang tidur, seperti seorang bayi.

Tapi rasa cinta aku kepada dia mesti dipendamkan sehingga dendam aku terbalas.

Kim Yong Ae tunggulah nasib kau yang akan datang! Dendam mesti dibalas untuk tenangkan hati aku!

--------------------------------------------------------------------------

To be continue...

[C] Love You Mr. CEO | BbhTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang