Sudah seminggu aku berada di kota London ini. Baekhyun baru balik ke Seoul beberapa hari yang lepas. Aman juga hidup aku setelah dia tinggalkan London ni. Ke mana aku pergi ke situ jugalah dia ada. Menyampah pula aku dengan perangai dia ni.
"Halameoni halabeoji nanti datanglah Korea melawat omma dengan appa, "kataku kepada Halameoni dan halabeoji ku ketika berada di lapangan terbang dan di kota London tersebut.
"Kalau ada masa kami datanglah, "jawab halabeoji. Aku lihat mukanya yang dimamah usia.
"Budak Baekhyun itu baik orangnya kan? "Kata halameoni memulakan perbualan.
"Tapi kenapa kamu cakap macam tu Ae, kami nak ikut kamu balik ke Seoul sekarang ni, "sambung halameoni.
"Tapi Ae tak tahu pun? "Jawabku dengan suara yang Agak terkejut.
"Saja kami nak suprisekan kamu, "halabeoji tolong jawabkan. Nampaknya mereka nak kenakan.
Penumpang untuk pesawat AZ-6578 diminta untuk naik ke pesawat sekarang.
Setelah mendengar suara dari pembesar suara tersebut, kami terus berjalan melalui lorong yang akan membawa kami ke pesawat yang akan ke Korea.
Soalan yang aku tanya kepada halabeoji dengan harameoni terus aku lupa.
+++
Welcome Back Kim Yong Ae!!
Aku membaca banner besar yang dipegang oleh seorang lelaki. Mesti appa yang suruh, gumamku. Macam tak biasa pula anak gadisnya pergi ke luar negara.
Oh
Lupa pula, halabeoji dengan harameoni ikut sekali. Mereka ada di belakang aku.
Aku segera pergi ke lelaki yang memegang banner tersebut.
"Cik Yong Ae selamat kembali ke Korea. Halabeoji Kim gembira bertemu tuan, "pemuda tersebut mengalu-alukan kedatangan kami.
Yang peliknya, kenapa appa suruh orang jemput kami?
"Jom saya bawa kamu semua ke kereta untuk membawa kamu ke hotel, "pemuda tersebut menunjukkan arah kepada kami.
Sejurus itu, ada terlihat sebuah kereta berwarna hitam yang siap dihias seperti kereta untuk perkahwinan. Dan di belakangnya ada beberapa lagi kereta seperti itu.
Peliknya, kami di bawa masuk ke dalam salah satu kereta tersebut dan di bawa ke hotel.
Setibanya di hotel, aku terpaksa berpisah dengan halabeoji dan harameoni kerana omma dan appa menyuruh mereka mengikutnya sementara aku ditinggalkan sendirian mencari bilik yang aku pun tak pasti apa tujuannya.
03-10
Itulah biliknya. Ramai pengawal yang mengawal di situ. Mereka melihat aku dan paling terkejutnya, mereka membuka pintu bilik tersebut untuk aku.
Aku teragak-agak juga nak masuk ke dalam bilik tersebut. Aku melihat sekeliling bilik tersebut dan paling mengejutkan, ada sebuah gaun seakan gaun pengantin yang digantung.
Aku melihat sekeliling lagi untuk mencari orang yang aku kenal. Setelah berpenat lelah mencari, aku melihat satu kelibat yang sangat aku kenali.
"Yoona! "
Gadis tersebut segera menoleh.
"Yong Ae, cepatlah bersiap. Kau nak mandi kan. Ini towel kau. Cepat! "Katanya lalu menarik aku masuk ke dalam bilik tersebut. Dan menolak aku masuk ke dalam bilik air.
Pelik!
Kenapa suruh aku cepat?
Kenapa suruh aku bersiap?
Mungkin appa nak buat majlis sempena halabeoji dan harameoni balik ke korea kot.
Aku tidak mahu memikirkan perkara yang buruk-buruk. Setelah itu aku masuk ke dalam bath tub yang telah diisi dengan air.
Setelah beberapa minit menyegarkan diri, aku segera keluar dengan hanya memakai bathrobe.
Setelah keluar, salah seorang yang berada di dalam bilik tersebut mendekati aku dan menyuruh aku duduk di hadapan meja solek. Aku mengikut kehendaknya.
Dia memakaikan aku make-up.
"Muka awak ni memang dah cantik so tak payah nak make-up lebih-lebih, "bebelnya. Aku hanya mendengar bebelannya sebab sekarang ni aku tengah pening dan kenapa aku kena pakai semua ni?
"Done! "Katanya riang. Aku kakukan diri tidak tahu nak buat apa lepas ini.
"Kenapa diam lagi ni? Pergilah pakai baju. Girl tolong Yong Ae, "arahnya kepada aku serta beberapa gadis yang berada di dalam bilik tersebut.
+++
[Baekhyun pov]
Hari ini adalah hari perkahwinan aku dengan si dia. Dulu bolehlah lari sebab tahu bila tarikhnya sekarang ni Yong Ae tak boleh lari sebab dia tak tahu apa-apa
Kosong
Aku segera menyiapkan diriku. Setelah siap, aku turun ke ruang tamu. Ramai saudara maraku yang berada di sini.
"Baek nak gerak dah ke? "Tanya omma kepada aku. Sambil itu dia membetulkan bajunya yang dipandangan mataku sempurna sekali.
"Haah, lagipun Tuan Kim dah mesej Baek tadi katanya Yong Ae tengah bersiap. Kita kena sampai dulu daripada dia, "terangku kepada omma.
"Okay, "jawab omma ringkas. Lalu saudara maraku yang berkumpul di rumah kami segera mendapatkan kereta masing-masing dan bertolak ke gereja tempat di mana aku sah menjadi suami kepada Yong Ae.
----------------------------------------------------------------------------
To be continue...
YOU ARE READING
[C] Love You Mr. CEO | Bbh
Fanfiction❝ Ae appa buat semua ni untuk masa depan Ae. Lagipun kalau kita tak bekerjasama dengan syarikat ByunsB Holding, Ae akan kehilangan segalanya, ❞- Tuan Kim. ❝ Appa kita akan bankrup? ❞-Yong Ae Yong Ae dikhabarkan syarikatnya akan bankrup sekiranya ti...