"She pregnant! "
Aku macam tidak percaya apa yang Seung Hee cakap kepadaku.
"Betul ke ni? "Aku bertanya lagi kepada sepupuku iaitu Seung Hee.
"Betullah Mr. Byun Baekhyun. Your wife is pregnant! "Seung Hee kelihatan geram dengan keletahku.
"And kau bakal jadi seorang ayah. Kau kena jaga Ae elok-elok. Jangan bagi dia buat kerja berat and bagi dia makan ubat. Kandungan dia baru berusia 2 minggu jadi kena hati-hati, "Seung Hee menjelaskan kepadaku apa yang aku perlu buat semasa menjaga orang mengandung.
"And really important, jangan bagi Ae tertekan dengan sikap kau sebab akan memudaratkan kandungan dia, "
"And.. Kau jangan buat hal. Aku tahu kau tengah keluar dengan ex girlfriend kau tu dulu. Kau ni sayang ke tak isteri kau? Kalau aku jadi macam isteri kau, aku dah lari kau tahu tak? And lagi satu kalau kau tak cintakan dia, macam mana benih kau ada dalam rahim dia? Kau jawab sekarang! "Seung Hee mula menjerit kepadaku seperti orang histeria.
Perempuan biasanya nak back-up kaum sejenis. Aku menarik Seung Hee keluar daripada bilik tidur tidak mahu menggangu tidur Yong Ae. Selepas itu, aku menutup pintu bilik.
"First sekali ya memang aku cintakan dia tapi... Ego aku yang menghalang rasa cinta aku bercambah disebabkan kejadian dua tahun lepas. Kau ingat aku tak lupa ke tentang semua benda yang dia buat dekat aku. Dia malukan nama baik keluarga aku. Perit kau tahu tak?! Disebabkan itu, aku mula menyimpan dendam dan dendam itu bercambah sehingga bermacam-macam rancangan jahat aku dah rancang disebabkan aku nak sakitkan hati dia. Tapi tanpa aku sedar, aku sakitkan diri aku! "Aku mula menangis di hadapan Seung Hee setelah melepaskan segala beban yang aku sandang sekarang ni.
"Kau nak buat apa? Macam mana kalau dia tinggalkan kau dan bawa anak korang bersama? Kau tak fikir ke kalau dia tinggalkan kau apa yang akan terjadi? Sampai bila dendam kau tu terbalas? Kau nak tunggu isteri kau tu ada penyakit sakit gila baru nak menyesal? Tadi aku check dia, muka dia sembap dan mata dia macam tak cukup tidur. Sudahlah Baekhyun. Kalau kau benci sangat dengan dia baik kau lepaskan dia daripada tengok dia menderita hidup dengan kau. Mana tahu kalau ada orang yang lebih baik daripada kau walaupun orang itu tidak mempunyai banyak harta tetapi mempunyai banyak kasih sayang yang boleh dicurahkan kepada isteri kau tu. Aku bagi nasihat dekat kau, berubahlah sebelum kau menyesal, "selepas memberi ceramah yang panjang kepada Baekhyun, Seung Hee terus keluar daripada rumah tersebut.
Baekhyun terkedu dan menangis di hadapan pintu bilik.
+++
[Yong Ae pov]
Aku terjaga semasa jam menunjukkan pukul dua belas tengah hari dan aku terlihat Baekhyun memeluk erat tubuh badanku. Aku juga terlihat ada sisa air mata yang berada pada mata Baekhyun.
Baekhyun menangis?
Aku menolak perlahan lengan Baekhyun yang sedang memelukku erat dan tanpa disangka aku membuat Baekhyun terjaga.
"Nak pergi mana tu? "Baekhyun bertanya dengan dingin.
"Na-nak ma-masak, "aku masih takut dengannya apatah lagi dia bercakap denganku menggunakan suara yang dingin.
"Kita makan dekat luar je. Kau tu mengandung nanti jatuh susah, "
"Makanan de-saya mengandung?! "Aku baru tersedar Baekhyun ada mengatakan perkataan mengandung semasa bercakap denganku.
"Yes, kau mengandung, "dan Baekhyun menunjukkan senyumannya yang begitu comel pada pandangan mataku.
Aku terkedu apabila melihat Baekhyun tersenyum sebegitu rupa.
"Kenapa tak percaya ke? "Tanya Baekhyun sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan mukaku apabila dia melihat aku sedang mengelamun.
"Pergi siap kata lapar kan, "aku terkedu lagi apabila mendengar suara percakapan Baekhyun yang lembut. Tiada lagi cara percakapan yang dingin dengan aku.
Baekhyun dah berubah.
Aku gembira dengan perubahan mendadak Baekhyun.----------------------------------------------------------------------------
To be continue...
YOU ARE READING
[C] Love You Mr. CEO | Bbh
Fanfiction❝ Ae appa buat semua ni untuk masa depan Ae. Lagipun kalau kita tak bekerjasama dengan syarikat ByunsB Holding, Ae akan kehilangan segalanya, ❞- Tuan Kim. ❝ Appa kita akan bankrup? ❞-Yong Ae Yong Ae dikhabarkan syarikatnya akan bankrup sekiranya ti...