[Yong Ae pov]
You may kiss the bride.
Aku tak sangka aku akan berkahwin secepat ini dan tanpa pengetahuan aku.
Aku tersentak apabila Baekhyun mencium bibirku dengan lembut sekali. Perlu ke aku balas ciumannya itu atau biarkan sahaja.
Tapi
Mulai sekarang
Dia
Byun
Baekhyun
Suami
Kepada
Kim
Yong
Ae
Itu adalah fakta dan aku kena percaya andai jodoh aku dengannya. Perlahan-lahan aku membalas ciuman Baekhyun.
Suasana di dalam gereja tersebut gamat dengan suara wartawan, tepukan yang gemuruh dan siulan nakal dari para lelaki.
Aku khayal sekejap disebabkan ciuman tersebut sampailah...
"Sudah-sudahlah tu berciumnya. Malam nanti boleh sambung! "Sampuk suara tersebut. Baekhyun segera melepaskan tautan bibir kami.
Dia tersengih
Comel!
Baekhyun menyambar tanganku dan disilangkan di sikunya. Aku hanya mengikut gerak-gerinya.
Baekhyun membawa aku ke meja makan untuk pengantin. Dia menarikkan kerusi untuk aku duduk. Setelah berbuat demikian, dia mengambil tempat di sebelahku dan mula menikmati makanan tersebut.
Aku makan dengan berselera sekali kerana tidak makan hampir satu hari. Dalam flight tadi aku langsung tidak menyentuh walau sekeping biskut kerana tidak ada selera. Halabeoji dengan harameoni pun tidak memaksa aku untuk makan.
"Yo bro, dah kahwin pun kau! "Tegur satu suara ke arah kami berdua. Lelaki tersebut tinggi daripada Baekhyun dan berambut merah mungkin kawan Baekhyun.
"Chanyeol, datang pun kau. Ingatkan kau lupa aku kahwin hari ni, "Baekhyun berdiri dan memberikan tumbukan tangan bersama Chanyeol.
"Mana boleh tak datang, kau kan kawan baik aku. Aku nak makan ni. Sampai-sampai terus datang sini sebab tu lapar. By the way you choose a beautiful girl man! "Chanyeol meminta diri sambil itu dia ada juga menyebut tentangku. Aku melihat Baekhyun mengambil semula tempatnya di sebelahku.
"Sweetheart, I sorry because plane this marriage not your agreement, "Baekhyun memandang aku dengan pandangan mata yang menggoda sambil itu dia meminta maaf.
Aku menundukkan kepalaku malu akan pandangan mata Baekhyun. Baekhyun yang perasan akan kelakuan pelikku menyentuh daguku dan menolaknya agar aku memandang matanya.
"Chagiya, masih marah dengan oppa ke? Hmm.. "Baekhyun masih membuat perkara yang sama. Aku menggelengkan kepala memberi jawapan kepada Baekhyun.
"Hmm.. Its okay kalau chagiya tak nak cakap dengan oppa, "Baekhyun mula berjauh hati.
Sudah!
Aku menarik tangannya agar duduk kembali ke kerusi di sebelahku. "Saya tak marah awaklah. Tapi kenapa rancang semua ni? "Aku memujuknya. Cepat betul putus asa nak memujuk perempuan. Kata playboy.
Tapi playboy taik kucing!
"Betul ni?! "Tanya Baekhyun inginkan kepastian. Aku hanya mengangguk mengiyakan.
"Kan saya pernah cakap sebelum kita pergi London hari itu. Saya akan kahwin dengan chagiya kalau chagiya tak berikan jawapan dalam masa dua puluh empat jam, "Baekhyun menjelaskan kenapa dia membuat semua perkara gila ni. Aku hanya mendengar penjelasannya.
"Oppa tunggu jawapan chagiya tapi chagiya tak bagi jawapan pun. Jadi oppa buat kesimpulan yang chagiya setuju untuk berkahwin dengan oppa. Tak susah pun, ujian HIV chagiya dah buat dua tahun yang lepas. Dan semuanya dikaitkan dengan perkahwinan tak jadi kita, "sambung Baekhyun lagi. Nampaknya dia memang bersungguh mahu berkahwin dengan aku.
Sekarang ni, aku tak boleh berbuat apa-apa sebab aku dah jadi isteri kepada Baekhyun.
Aku mengeluh
"Kenapa awak bersungguh mahu berkahwin dengan saya? "Aku menyoal Baekhyun.
"Because I think you're my destiny, "Baekhyun bercakap dengan suara menggoda lagi. Nampaknya dia ni memang suka menggoda orang!
"Whatever! "Kataku dengan geram. Tak suka dengan peragai Baekhyun yang suka main-main semasa bercakap dengan nya.
+++
Majlis tersebut berakhir hampir pukul lapan malam. Aku penat melayan karenah tetamu yang datang bertandang. Baekhyun masih setia mengikut aku ke mana sahaja aku pergi.
"Ae kalau Ae nak balik, baliklah dulu, "omma datang menegurku.
"Balik rumah Baekhyun. Baju Ae semua dah ada dekat rumah Baekhyun, "sambung omma. Baekhyun disebelahku sudah melorekkan senyuman panjang.
Mesti dia fikirkan benda kotor. Aku gementar juga berfikir pasal benda yang aku harus lalui bersamanya malam ini. Mana tahu dia minta kalau dia tak minta aku bersyukur sangat.
"Jomlah balik. Kenapa chagiya tak nak balik ke? "Baekhyun menyoal aku apabila dia perasan yang aku tidak mengikutinya.
Aku tidak menjawab sebaliknya aku segera melangkah supaya beriringan dengan Baekhyun. Susah betul berjalan dengan baju yang meleret leret ke belakang. Siapalah yang pilih baju ni untuk aku?
Pereka baju ni pun satu pergi reka baju susah nak jalan ni buat apa? Menyusahkan!
K
ami terus balik ke hotel kerana esok ada lagi majlis yang bakal berlangsung. Kenapa omma dengan appa tak bagi aku berehat setelah aku bersusah payah menyelesaikan masalah dekat London.
Aku menoleh untuk memandang suamiku yang sedang memandu. Mukanya kelihatan tegang. Aku pelik dengan sifatnya yang satu ini. Kejap romantik sangat dan kejap tegang and tegas sangat. Pelik betullah!
"Kenapa kau tengok aku? "Tanya Baekhyun tanpa menoleh ke arahku. Tiba-tiba panggilan romantik yang dia berikan kepada aku mula berubah seperti sebelum kahwin.
"Kenapa awak tukar panggilan awak dengan saya? "Tanyaku kepada Baekhyun. Aku melihat dia memberhentikan keretanya mengejut dan dahiku hampir mengena dashboard kereta Baekhyun ni.
Nasib baik pakai tali pinggang, kalau tak memang benjol kepala aku.
"First, aku-tak-suka-kau! Second, aku-tak-cintakan-kau! Third, aku-kahwin-dengan-kau-sebab-aku-nak-balas-dendam! Fourt, -"
"CUKUP!! Awak dah sakitkan hati saya. Kalau awak nak saya sakit hati, awak dah berjaya, "kataku dan suaraku semakin lama semakin mengendur kerana aku tak sangka Baekhyun akan buat aku ni macam sampah.
Tapi
Memang patut dia buat aku macam ni. Semua ini salah aku.
"Kenapa awak buat macam ni Baekhyun? "Tanyaku kepadanya. Kelopak mataku merasa panas dan perlahan-lahan mutiara jernih mengalir di pipiku.
"Sebab kau tinggalkan aku dulu! Kenapa kau lari?! Kalau kau tak lari, aku tak akan dendam dengan kau! Kau tau tak, lepas je kau lari, saham syarikat appa menurun. Aku bertungkus-lumus nak betulkan keadaan balik tapi kau.. Lepas je kau balik sini, kau tak kena denda sebaliknya kau dapat apa yang kau nak. Kau dapat jawapan kau yang sebenar dan paling bagusnya, tiada siapa yang ingat tentang apa yang jadi dua tahun lepas! "Aku tergamam dengan apa yang Baekhyun ucapkan tadi.
Rupa-rupanya dia hanya mahu membalas dendam. Air mata yang sedia mengalir, mengalir dengan lebih laju.
"Kalau niat awak semata-mata mahu membalas dendam...
Lepaskan saya sekarang! "
-------------------------------------------------------------------------
To be continue...
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Love You Mr. CEO | Bbh
Fanfiction❝ Ae appa buat semua ni untuk masa depan Ae. Lagipun kalau kita tak bekerjasama dengan syarikat ByunsB Holding, Ae akan kehilangan segalanya, ❞- Tuan Kim. ❝ Appa kita akan bankrup? ❞-Yong Ae Yong Ae dikhabarkan syarikatnya akan bankrup sekiranya ti...
![[C] Love You Mr. CEO | Bbh](https://img.wattpad.com/cover/102934792-64-k568193.jpg)