• " Kerana Dia Jodoh Aku " •_____✿_____
" Kenapa dengan Saff ni?? Macam tak suka je duduk dengan abang. " Saffiyah yang sedang galak melihat skrin telefonnya mendongak memandang lelaki di hadapannya.
Saffiyah tersenyum memandang lelaki itu.
" Apalah abang Farish ni. Saff mestilah happy dapat jumpa dengan abang. Entah-entah abang tu tak happy dapat jumpa Saff. " Saffiyah menyelitkan anak rambutnya ke belakang telinga.
" Abang happy lah dapat jumpa dengan buah hati abang ni. " Farish tersenyum manis. Saffiyah membalas dengan senyuman kelat.
" Abang. Saff nak jumpa ni sebab ada hal penting nak dibincangkan. " Saffiyah memulakan perbualannya dengan perasaan bersalah. Saffiyah memandang Farish di hadapannya.
Di mata Saffiyah Farish seorang lelaki yang sangat baik. Farish berumur 17 tahun. Dia mempunyai sifat yang sangat mengambil berat tentang orang di sekelilingnya. Tetapi sayang sekali. Dia seorang perokok. Saffiyah tak suka lelaki yang merokok. Farish juga kacak. Dia dikira beruntung sebab Farish sukakan dia. Ramai lagi perempuan di luar sana tergila-gilakan Farish. Tetapi Farish tetap sukakan dia.
" Nak cakap apa? " Farish membetulkan kedudukannya.
" Kita putus? " Tanya Saffiyah dengan selamba tanpa mempunyai rasa bersalah.
Farish ketawa kecil.
" Saff tak bergurau kan? Putus? " Farish ingin memastikan yang telinganya tidak salah mendengar. Dia ketawa kecil bagi menyedapkan hatinya.
Saffiyah menganggukkan kepalanya tanda mengiakan kata-kata Farish itu.
Farish terhenti ketawa. Dia berdehem untuk kembali serius.
" Tta- tapi kenapa Saff? Abang buat salah apa dekat Saff sampai nak putus ni? " Farish memandang Saffiyah.
" Saff minta maaf sangat-sangat. Saff buat macam ni ada sebabnya. Saff- "
" Sebab apanya Saff?! Kata jelah nak permainkan abang! Sekarang dah puas lah mainkan perasaan abang kan? " Farish memotong percakapan Saffiyah.
Farish menunduk sambil memegang kepalanya.
Sungguh dia kecewa.
" Saff pergilah, abang tak nak tengok dah muka Saff. " Kata Farish dengan nada yang lemah.
Kecewa kerana dipermainkan oleh seorang perempuan yang dia sangat cintai.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Romance→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...