• " Kerana Dia Jodoh Aku "
_____✿_____
" Kenapa aku tengok kau, happy semacam je lately ni. Ada good news ke? " Tanya Ariel apabila dia melangkah masuk ke dalam office milik Izz.
" Saffiyah dah luahkan perasaan dia dekat aku minggu lepas. Dia cintakan aku, Riel. " Kata Izz dengan bahagia. Ikutkan hatinya, dia ingin meluahkan rasa bahagianya kepada para pekerjanya.
" Tahniah bro! Rupanya menjadi juga rancangan aku ni kan? " Kata Airiel sambil mengesat air mata halimunannya.
" Yes, tapi satu jelah rancangan kau yang berkesan. Tapi aku tetap berterima kasih dengan kau. Kalau tak disebabkan rancangan terakhir kau nak culik Saffiyah untuk aku tu, sekarang ni mesti aku dengan dia masih berperang. " Kata Izz.
Airiel sudah tersenyum bangga.
" Sama-sama, bro. Aku sebagai sepupu kau, aku nak tengok sepupu aku ni bahagia di samping orang yang kau sayang. Dan aku nampak kau bahagia dengan Saff. Muka kau, berseri-seri apabila di samping Saffiyah. " Kata Airiel dengan ikhlas.
Izz ketawa kecil.
" Abang! " Seseorang menolak pintu seperti ingin robohkan pintu kayu itu.
Izz dan Airiel menoleh ke arah pintu.
" Kau ni Saff, kalau ye pun rindukan suami kau. Tak perlulah nak robohkan pintu itu. Kesian pintu itu. " Marah Airiel.
Saffiyah hanya membuat muka seposen.
" Ikut suka hati aku lah. " Kata Saffiyah sambil berjalan ke arah Izz.
Airiel menggeleng kepalannya apabila melihat Saffiyah berjalan. Kalah dengan model berjalan.
" Abang. Saff rindukan abang. " Kata Saffiyah lalu dengan selamba duduk di atas riba Izz. Panggilannya juga sudah berubah sejak kejadian minggu lepas.
Izz malu apabila Airiel tersenyum nakal.
" Angel, not now. " Kata Izz dengan nada berbisik. Tetapi Saffiyah masih galak bermain dengan tali leher milik Izz.
" Weh Airiel! Kau keluar lah. Kau tak nampak ke aku nak berasmara dengan suami aku ni? " Halau Saffiyah dengan selamba.
Mata Izz sudah terbeliak apabila Saffiyah berkata sebegitu.
Airiel ketawa nakal.
" Ye lah, ye lah. Aku nak keluar lah ni. Eh Izz, kau ingat janji kita tengah hari ini. Pak long pesan suruh layan klien kita elok-elok. Okay lah, aku keluar dulu. Selamat berasmara pengantin lama. " Pesan Airiel. Sempat lagi dia kenakan Izz.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Romansa→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...