BAB 5

10.9K 344 14
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____✿_____

Hari ini Saffiyah sudah boleh keluar dari hospital. Dan hari ini jugalah dia akan pindah ke Kedah.

Sepatutnya, sekarang ini dia berada di sekolah dan meluangkan masa untuk kali terakhir bersama dengan kawan-kawan nya sebelum pindah ke Kedah. Tetapi tak sangka pula dia perlu luangkan masa 3 hari itu dengan duduk di hospital.

Saffiyah tahu ini semua takdir Allah dan dia sebagai manusia tidak dapat menghalang.

" Saff dah bagitahu kawan-kawan Saff yang Saff nak pindah ni? " Puan Suraya memandang muka pucat anak perempuannya itu.

Saffiyah memandang puan Suraya. Dia tersenyum.

" Belum. Nanti dah sampai, Saff akan bagitahu lah. " Saffiyah berkata dengan jujur. Kalau bohong pula nanti jadi anak derhaka.

" Hm. Okay lah. Tapi Saff bagitahulah dekat diorang yang Saff dah boleh keluar hospital. Nanti tak pasal-pasal dia datang nak melawat Saff lepas sekolah nanti tapi Saff dah keluar. " Puan Suraya menarik tali pinggang keledar.

Saffiyah pun membuat perkara yang sama. Saffiyah mengangguk kepalanya.

" Nanti Saff call Su. " Saffiyah memejam matanya.

Puan suraya mulakan pemanduannya untuk pulang ke rumah.

_____✿_____

" Celamat datang ke tumah tedua kita! " Sorfina yang pelat itu menjerit di dalam kereta.

Jeritan itu membuatkan lena Saffiyah terganggu. Saffiyah membuka matanya. Dia memandang sekeliling rumah barunya. Besar rumahnya yang berada di Shah Alam lagi.

" Saff. " Lamunan Saffiyah terhenti apabila Puan Suraya menyeru namanya.

" Ye? " Saffiyah memandang Puan Suraya.

" Jom kita keluar. Kita dah sampai. " Puan Suraya membuka pintunya. Adik-adiknya sudah terlebih dahulu keluar kerana ter overexcited.

Saffiyah tersenyum melihat gelagat Sorfina dan Fakhrul bermain kejar-kejar. Sorfina dikejar oleh Fakhrul kerana di tangan Fakhrul terdapat cacing yang sangat gemuk. 

Apalagi lari lintang-pukang lah budak Fina tu.

Saffiyah tergelak apabila Sorfina terjatuh kerana terpijak tali kasutnya. Nasib lah jatuh atas rumput.

Tiba-tiba kenangan Saffiyah dan Izz bermain di ingatannya.

" Saff. " Izz tersenyum manis sambil tangannya menyorok sesuatu di belakangnya. Masa itu dia dan Izz dating di padang sekolah selepas tamat waktu persekolahan.

" Ye? " Saffiyah yang sedang bermain cabut rumput sambil duduk bercangkung mendongak memandang teman lelaki nya itu.

Dia bangun dan memandang Izz yang tinggi lampai itu. Saffiyah yang pendek itu hanya tinggi di bahu Izz sahaja.

" Izz ada hadiah untuk Saff. " Kata Izz sambil tersenyum penuh makna.

Saffiyah memandang lelaki itu dengan dahi berkerut. 

Pelik.

" What? " Saffiyah bertanya dengan tenang. Dia memandang tangan Izz yang disorokkan di belakang badannya.

" I think you'll like it. This! " Izz mengeluarkan sesuatu di belakangnya dan menunjuk pada muka Saffiyah.

Saffiyah terkejut apabila hadiah yang dikatakan oleh Izz itu ialah cacing berwarna coklat gelap yang sangat gemuk. 

Saffiyah melangkah setapak ke belakang.

" Izz, don't you dare! " Saffiyah berlari kegelian dan Izz mengejarnya dari belakang hinggalah Saffiyah terjatuh kerana dia tersepak kakinya sendiri.

" Akak! " Kenangan manis Saffiyah dan Izz hilang begitu sahaja apabila Sorfina menjerkah nya.

" Hisy Sorfina ni. Asal jerit-jerit ni? " Saffiyah memarahi adik bongsunya itu.

" Dah akak tu tak dengar. Fina panggil akak banyak kali tau. Sakit anak tekak Fina. " Fina mengelus tekaknya.

Saffiyah ketawa melihat gelagat adiknya itu.

" Ye, kenapa Fina panggil akak ni? " Saffiyah bertanya dengan lembut. Dia mengusap rambut perang milik Sorfina.

" Umi panggil macuk. Dah nak maghrib ni. " Sorfina menarik tangan Saffiyah hingga sampai di hadapan pintu. Saffiyah hanya tersenyum mengikut langkah Sorfina.

_____✿_____

" Hello Saff! "

Saffiyah melarikan telefonnya dari telinga apabila si pemanggil menjerit macam mak babun hilang anak.

" Kau ni sehari tak menjerit tak lengkap hidup eh? " Saffiyah membalas sinis. Di hujung sana hanya kedengaran hilai tawa Summayah.

" Sorry sis. Weh kau menghilang ke mana hah? Aku pergi hospital nurse kata kau dah check out pukul 12 lagi. So, aku pergi rumah kau and kosong tak ada kereta pun. Kau pergi mana hah? Pergi bercuti ke? " Summayah mengeluh.

Saffiyah pun mengeluh. Dia nak jawab apa ni?

" Sebenarnya aku dan keluarga aku- " Ayat Saffiyah mati.

Tak sanggup nak cakap. 

Apa reaksi Summaiyah apabila dia cakap yang dia dan keluarganya sudah berada di Kedah?

" Kau dan family kau apa? " Tanya Summayah dengan sikap tidak sabarnya.

" Kita orang ada dekat Kedah. " Kata Saffiyah dengan tergagap-gagap.

" Kau buat apa dekat sana? " Summayah bercakap dengan nada risau.

" Aku akan tinggal dekat sini Su. " Saffiyah mengeluh.

Summayah hanya diam di hujung panggilan.

" Su? Are you- "

" Sampai hati kau tak cakap dekat aku yang kau nak pindah. Aku ni siapa dekat mata kau hah? " Summayah memotong ayat Saffiyah.

Belum sempat Saffiyah membalas, Summayah sudah meletakkan panggilannya.

Saffiyah memandang skrin telefonnya. Dia mendail nombor Summayah tetapi hanya masuk peti simpanan suara sahaja.

Dia mengeluh.

' Aku minta maaf Su, Shay, Dinie. '

Sekarang dia akan mulakan hidup barunya di Kedah. 

Hidup baru, tanpa kawan-kawannya dan yang paling penting orang yang pernah dia cintai sepenuh hatinya dulu.

Bersambung..

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now