BAB 18

9.3K 319 8
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


_____✿_____


Sudah dua bulan berlalu, kejadian Izz pinggirkan Irfan. Sekarang Izz sudah pandai membahagi masa untuk bersama dengannya dan Irfan di rumah. Dia juga sudah tidak membawa balik kerja pejabatnya ke rumah.

Dan hari ini juga sudah masuk 2 bulan 1 minggu tarikh perkahwinan mereka. Tiada perubahan yang berlaku. Saffiyah dengan dirinya dan Izz dengan dirinya. Apabila ada Irfan bersama mereka, baru lah mereka menjadi sepasang suami isteri.

" Daddy, boleh tak Irfan masuk dalam rumah oren dan black? " Tanya Irfan polos. 

Saffiyah yang berada di sebalik langsir sambil menatang dulang berjalan ke arah Izz dan Irfan.

" Irfan, mana boleh macam tu. Tu kan rumah oren dan black. Irfan kan dah ada rumah. Besar pula tu. Rumah oren dan black tak besar macam rumah kita." Kata Saffiyah sambil meletak dulang di atas meja. 

Izz yang berada di hadapan Saffiyah tersenyum.

" Tapi, Irfan nak masuk. Irfan nak tengok macam mana rumah oren dan black. Mesti comel. Bilik oren mesti warna oren juga. Bilik black pula mesti warna hitam. Eh? Kalau warna hitam, mesti tak nampak black nanti. " Irfan bercakap sendirian. 

Saffiyah dan Izz hanya tersenyum melihat telatah Irfan yang imaginasinya tinggi.

" Awak tak ada kerja ke? " Tanya Saffiyah sambil menuang teh ke dalam cawan Izz. Izz masih memandang Saffiyah.

" Ada. " Jawab Izz pula. Saffiyah menjadi gugup apabila Izz memandangnya tanpa berkelip.

" Dah. Kenapa tak buat? " Tanya Saffiyah lalu memandang ke arah Irfan yang masih bercakap dengan ikan koinya. Dia sengaja melarikan pandangannya daripada Izz.

" Abang tengah buat lah ni. " Jawab Izz. 

Saffiyah memandang Izz. Anak mata mereka bertembung.

1 saat

2 saat

3 saat

4 saat

5 saat

Izz mengenyit kan matanya. Saffiyah mengaku kalah. 

Dia malu apabila Izz mengenyit kan mata kepadanya. Jantungnya sudah berdetak sebegitu hebat.

" Apa yang awak buat? " Tanya Saffiyah kembali. Dia masih tidak puas hati dengan jawapan Izz.

" Tengok wajah bidadari abang. " Jawapan Izz itu membuatkan Saffiyah mencebik kan bibirnya.

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now