BAB 16

9.3K 276 13
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____✿_____

Bunyi alarm dari telefon, mengejutkan Saffiyah dari mimpi indahnya. Saffiyah dengan mamainya bangun dan mematikan alarm dari telefonya.

" Huaaa! " Saffiyah menggeliat malas. Kalau uminya melihat dia menggeliat sebegini sudah semestinya akan makan batang penyapu dia nanti. 

Alasannya ialah 'tak malu punya anak dara! Kalau mak mertua tengok pasti direject terus.' 

Itulah kata-kata nya. Tetapi sekarang dia tak kisah lagi sebab mak mertua nya sanggup terima dia dengan hati yang terbuka.

" Eh kejap! Ni dekat mana?! " Saffiyah baru sedar yang dia berada di tempat asing. Dia memeriksa pakaiannya. Syukur masih lengkap. 

Tetapi dia di mana ni?

" Izz! Tolong! " Saffiyah menjerit sekuat hatinya. Dia sekarang hanya fikirkan Izz dan Irfan sahaja. Di mana diorang sekarang?

" Sayang! Kenapa ni? Kenapa jerit-jerit ni? " Izz menyerbu masuk ke dalam bilik dan memeluk Saffiyah yang ketakutan. Saffiyah hanya membalas pelukan Izz itu dengan erat.

" Kita dekat mana ni, Izz? " Tanya Saffiyah dengan ketakutan. 

Dia ingatkan dirinya sudah diculik dan dijual oleh orang Thailand.

" Ni rumah abang. Tetapi sekarang jadi rumah bidadari abang. " Kata Izz sambil tersenyum kerana Saffiyah masih memeluknya manakala dia sudah lama melepaskan pelukan itu.

" Tapi kenapa? " Tanya Saffiyah. Dia memandang Izz yang sedang tersenyum kepadanya. 

Saffiyah baru perasan yang dia sedang memeluk Izz dan dengan spontan dia menolak Izz dengan sekuat hatinya. Sampaikan Izz terjatuh menggolek dari katil.

" Aduh! Sayang! Sakitlah! " Izz mengaduh kesakitan. Saffiyah hanya membuat muka selamba nya.

" Padan muka. Siapa suruh gatal sangat peluk saya? " Saffiyah turun dari katil dan mula mengemas katil. Tidak diperdulikan Izz yang kesakitan.

" Siapa yang peluk siapa ni? " Izz membalas. Dan membuatkan muka Saffiyah kemerahan. Dia tahu yang dia salah. Dia yang peluk Izz. Bukan Izz yang peluk dia.

" Awak, saya ingat nak pergi rumah umi dan abah lah petang ni. Saya nak jumpa dengan Sorfina. Lama tak bergurau dengan dia. " Saffiyah mengalih topik. Malu kerana tak mengaku kesalahannya.

Izz duduk di atas katil yang sudah dikemaskan oleh Saffiyah dengan selamba badak nya.

" Abang kerja hari ini. Sayang pergilah dengan Irfan. Tapi balik awal tau. " Izz memesan kepada Saffiyah. Saffiyah membuat muka minta dilempang.

" Alaa- mana best balik awal. " Saffiyah membebel sambil masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selepas itu dia nak buatkan sarapan pula.

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now