• " Kerana Dia Jodoh Aku " •
_____✿_____
" Izz. "
Terkejut Izz apabila dia yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam milik mama dan papanya, ditegur oleh seseorang. Dia menoleh ke arah sofa yang berada di ruang tamu itu.
" Eh? Mama buat apa tak tidur lagi ni? " Tanya Izz.
Datin Khatijah bangun dari duduknya dan berjalan ke arah anak lelakinya.
" Mama tak sedap hati sebab korang semua tak balik-balik lagi. Hah, mana Saff dan Irfan? " Tanya Datin Khatijah apabila anak lelakinya sahaja yang pulang.
Izz tersentak apabila mendengar soalan tersebut keluar dari mulut mamanya. Mamanya seperti dapat tahu yang Saffiyah dan Irfan hilang.
" Dia orang tidur dekat rumah umi. Saff kata dia rindu sangat dengan uminya. Sebab tu Izz hantar dia tidur dekat sana. " Tipu Izz dengan terpaksa. Dia tak nak mamanya risau apabila mendengar khabar kehilangan anak menantu dan cucunya. Cukuplah dia dan rakan-rakannya sahaja yang risau.
" Kenapa Izz tak tidur rumah mak mertua Izz sekali? " Tanya Datin Khatijah sambil ikut langkah anaknya naik ke bilik.
" Izz ada banyak kerja, ma. " Jawab Izz.
Datin Khatijah hanya mengangguk faham. Dia menggosok bahu anak bongsu nya itu.
" Pergilah rehat. " Arah Datin Khatijah lalu berjalan ke arah bilik tidurnya.
Izz memandang Datin Khatijah yang berlalu masuk ke dalam bilik.
" Maafkan Izz, mama. " Kata Izz lalu masuk ke dalam biliknya dengan hati yang berat. Dia baring di atas katil dengan tangannya terletak di atas dahi.
Ikutkan hatinya, dia tak nak pulang ke rumah selagi tidak jumpa Saffiyah dan Irfan. Namun, seperti yang dia alami tadi, Datin Khatijah tidak tidur selagi dia satu keluarga tidak pulang ke rumah.
" Sayang, maafkan abang sebab tidak ambil serius dengan kata-kata sayang dan sebab tak percaya dengan kata-kata sayang. Abang minta maaf sangat-sangat. " Kata Izz sambil melepaskan keluhan berat. Dia sedikit kesal dengan dirinya kerana memperolok-olokan tentang mimpi buruk Saffiyah.
Bunyi deringan mesej masuk di dalam telefon Izz, membuatkan dia yang ingin menutup matanya, kembali terbuka luas.
Dia menyeluk poketnya.
Mesej whatsapp dari nombor yang tidak dikenali.
____________________________
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Romance→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...