BAB 13

9.2K 310 20
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


_____✿_____


" Ya Allah! Apa nak jadi lah mak budak ni. Ya Allah, Shida bangun! Dah pukul berapa ni? Wani? Achik, angah! Ya Allah bangun cepat! "

Suara Nek Mah memecahkan keheningan pagi subuh apabila mengejutkan cucunya yang masih terbongkang tidur.

" Kejaplah Nek. Achik nak tidur lagi. "

" Lima minit Nek. Angah ngantuk! "

" Ngantuk lah Nek. Nanti Shida bangun. "

" Ain ngantuk lah Nek. Semalam dahlah tidur pukul 4 pagi. " Ain menutup matanya menggunakan tangannya apabila silau diterangi oleh lampu kalimantang.

Semalam mereka semua tidur pukul 4 pagi kerana asyik mendengar cerita bagaimana berjumpa dengan suami tercinta mereka.

" Nek lapar ke? Nanti Wani masak. But give 10 minute please. Wani ngantuk ni. " Macam-macam alasan diberikan kepada Nek Mah.

Nek mah menggeleng kepalanya melihat telatah cucunya.

" Kenapa tidur lambat sangat ni? Kamu tu mak budak bukan budak-budak lagi. Jangan nak enjoy sangat. Kamu semua ni boleh solat tak? " Semua di dalam bilik itu menggeleng kepala mereka, menandakan mereka sedang 'bendera Jepun'.

Mata tua Nek Mah meliar menelusuri setiap pelusuk bilik cucunya itu.

Bersepah macam kapal pecah.

" Saffiyah mana? " Tanya Nek Mah apabila tidak nampak tubuh cucu kesayangannya itu.

" Sini Nek. " Saffiyah keluar dari selimut yang menutup seluruh badannya.

"MAK KAU LATAH SANA SINI! " Nek mah melatah apabila Saffiyah keluar dari selimut yang berada di hadapan kakinya.

" Kamu ni Saff. Terkejut nenek. Boleh solat tak ni? " Saffiyah menggeleng malas. Dia kembali memejam matanya.

Nek Mah menggeleng kepalanya. Pening melayan kerenah cucu-cucunya itu.

Dia keluar dari bilik cucunya itu.

Beberapa minit kemudian-

" Ya Allah suami aku, aku tak kejutkan solat subuh! " Suara lantang milik kak Shida mengejutkan lena milik penghuni bilik itu.

Kak Shida menyarungkan tudungnya dan berlari keluar dari bilik itu. Dia tidak hiraukan apa yang telah dipijak olehnya.

" Aduh! Tangan aku! " Ain menjerit lantang apabila kak Shida memijak tangannya.

" Argh! Jari aku! " Angah Mariam juga menjerit kesakitan.

" Adoi! Bingit betul. Nak tidur pun susah. " Saffiyah menarik bantal menutupi telinganya.

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now