• " Kerana Dia Jodoh Aku " •
_____✿_____
" Saff! Bangun dah pagi ni. " Puan Suraya mengetuk pintu bilik Saffiyah.
" Hurm. Ye. Okay, okay. Nak bangunlah ni. " Saffiyah menggeliat malas di atas katil.
" Morning, baby. " Saffiyah mengusap perutnya.
Dia mula berjalan ke arah tandas dengan berhati-hati. Dia tak nak perkara buruk jadi ke atas dirinya dan bayi di dalam kandungannya.
Selepas selesai menyegarkan dirinya, dia turun ke ruang makan untuk bersarapan bersama keluarganya.
" Morning umi, abah. " Saffiyah mencium pipi Encik Faizul dan Puan Suraya. Dia duduk menghadap adiknya, Sorfina.
" Nak makan apa? Nasi goreng atau mee goreng? " Tanya Puan Suraya dengan lembut.
" Nasi goreng. " Kata Saffiyah dengan manja. Matanya juga memandang ke arah Sorfina yang memandangnya dengan pandangan tajam. Cemburu lah tu.
" Saff, hari ni cuti hujung minggu, tak ada plan ke? Tak bosan ke asyik terperap dalam rumah? " Tanya Encik Faizul yang dari tadi diam.
Saffiyah diam memikirkan jadualnya hari ini.
" Ada. Hari ini Saff nak keluar dengan Fahmi. " Kata-kata Saffiyah itu membuatkan Puan Suraya dan Encik Faizul berhenti mengunyah makanannya.
" Saff dan Fahmi ada apa-apa ke? " Tanya Puan Suraya dengan serius.
Yalah, menantunya baru tiada seminggu, tetapi anaknya dah ada lelaki lain. Kalau ternampak oleh jiran-jiran ni, mesti anaknya akan jadi bahan untuk menggulai.
" Maybe. " Jawab Saffiyah dengan selamba.
Encik Faizul sudah ternganga mendengar kata-kata anaknya itu.
Saffiyah memang menempah maut dengan Puan Suraya.
" Nuradilah Saffiyah! " Pipi Puan Suraya sudah merah kerana menahan amarahnya.
Saffiyah tersedak apabila uminya menjerit dengan lantang itu.
Encik Faizul yang berada di sebelah Saffiyah menghulurkan air kepada anaknya yang terbatuk-batuk.
" Umi dah kenapa? " Tanya Saffiyah dengan sayu. Kecut perutnya apabila melihat muka garang umi nya itu.
" Saff, duduk rumah je hari ini. Umi tak izinkan Saff keluar. " Kata Puan Suraya dan kembali sambung makan.
" Kenapa? " Tanya Saffiyah.
Tetapi Puan Suraya melayannya seperti dia tidak wujud di ruang makan tersebut.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Romance→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...