• " Kerana Dia Jodoh Aku "
_____✿_____
Sejak peristiwa di Port Dickson sebulan yang lepas, Saffiyah dan Izz mencadangkan supaya mereka kembali tinggal di rumah mereka. Mereka tidak mahu Dato' Huzir dan Datin Khatijah dapat hidu hubungan yang janggal di antara mereka berdua.
" Saffiyah, ada orang hantar ini untuk awak. " Kata kawan sepejabatnya apabila Saffiyah baru melabuhkan punggung nya di atas kerusi.
" Siapa yang bagi, kak? " Tanya Saffiyah dengan kerutan di dahinya.
" Entahlah akak pun, sebab budak office bawah yang hantarkan. Dia kata ada orang bagi dekat awak. " Terang kak Putri sambil berjalan ke arah meja kerja Saffiyah, dengan sejambak bunga mawar dan sekotak coklat Ferrero Roche di tangannya.
" Ada kad dekat bunga tu. Saff bacalah. Mana lah tahu, nama Prince Charming, tertulis di dalam kad tu. " Usik kak Putri dengan senyuman manis di bibirnya.
Saffiyah ketawa kecil.
" Nanti-nanti lah kak. Hurm, Encik Izz dah masuk pejabat? " Tanya Saffiyah sambil menolak ke tepi bunga dan coklat itu. Dia membuka butang on pada komputer.
Hari ini sudah masuk seminggu Saffiyah berkerja. Membuatkan dia tidak terima kenyataan apabila dia dipaksa oleh abah dan umi nya bekerja sebumbung dengan suaminya. Kata mereka kalau suami isteri bekerja di bawah bumbung yang sama dapat mengeratkan hubungan suami isteri di pejabat mahupun di rumah.
Sejak kejadian tersebut, Saffiyah mengaktifkan serangan boikot suara terhadap keluarganya selama seminggu apabila dia dipaksa bekerja satu syarikat dengan Izz. Bertambah amarah nya apabila abahnya paksa dia bekerja sebagai pembantu peribadi kepada suaminya sendiri. Boleh gila dia hadap muka sama 24 jam!
" Tak lagi. Kenapa Saff boleh datang awal dari Encik Izz ni? " Pertanyaan kak Putri itu membuatkan lamunan 2 minggu lepas terbang keluar dari fikiran Saffiyah.
" Apa kak? " Tanya Saffiyah dengan muka kosong nya.
" Kak putri tanya,kenapa saff boleh datang ke pejabat awal sedangkan Encik Izz tidak datang lagi. Kenapa datang berasingan? Korang gaduh ke? " Pertanyaan kak Putri itu membuatkan Saffiyah mengeluh.
Menyesal suruh kak Putri mengulangi soalannya tadi. Dia sudah tidak ingat yang kak putri mempunyai perangai suka jaga tepi kain orang.
Pagi tadi, Saffiyah sengaja keluar dari rumah Izz, awal pagi sebab dia tak nak pergi ke pejabat bersama dengan Izz. Dia sudah tidak tahan apabila dipaksa oleh Izz supaya pergi ke pejabat bersamanya. Kalau dia lawan cakap Izz, Izz tak teragak-agak untuk mengadu kepada Encik Faizul dan Puan Suraya.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Romance→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...