• " Kerana Dia Jodoh Aku " •
_____✿_____
Hari ini, sudah genap 1 bulan Saffiyah melancarkan pergaduhan antara nya dan Izz.
Puan Suraya dan Datin Khatijah sudah buntu untuk menyatukan anak menantunya berbaik kembali.
Tetapi semuanya tidak berjalan kerana salah seorang daripada mereka berdua mempunyai hati batu dan kepala batu. Siapa lagi kalau bukan Nuradilah Saffiyah.
Saffiyah menghayati permandangan dari balkoni rumah ibu bapanya itu. Sudah sebulan dia duduk di rumah ibu bapanya.
Izz pula, selepas dia kena halau dengan Saffiyah 2 minggu yang lepas, terus tak datang-datang dah. Mungkin dah tawar hati untuk pujuknya.
Saffiyah menggosok perutnya yang makin membesar itu. Hari ini cukup 4 bulan usia kandungannya. Alahan dia juga sudah berkurangan. Nasib ada umi nya yang melayan karenah mengandungnya itu, kalau tak memang dia tak tahu apa-apa.
Esok ialah hari jadi Izz. Dia tidak tahu bagaimana ingin berbaik dengan lelaki itu, disebabkan lelaki itu sudah berputus asa untuk memujuk dirinya. Dia turut berputus asa untuk berbaik dengan Izz.
Saffiyah menarik nafasnya dalam-dalam dan melepasnya dengan kasar. Kepala dia sedang kusut memikirkan pelbagai perkara. Lagi-lagi tentang Izz yang tidak datang memujuknya.
Rambutnya terbang apabila angin petang meniup lembut.
" Saff sayang, buat apa dekat luar tu? Nak hujan tu. Masuk cepat. " Puan Suraya menegur anaknya yang sedang mengelamun di balkoni bilik nya.
Saffiyah agak terkejut apabila Puan Suraya datang menegurnya sebegitu. Dia masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu kaca balkoni itu.
" Nak makan? " Tanya Puan Suraya kepada anaknya.
Saffiyah menggeleng kepalanya lalu naik ke atas katilnya.
Puan Suraya mengeluh melihat perangai anaknya yang berubah sejak Izz pulang dari rumahnya 2 minggu yang lepas. Selera makan anaknya, tidak seperti dulu lagi.
" Saff, umi nak tanya boleh? " Puan Suraya datang menghampiri puterinya.
Angguk pun tidak geleng pun tidak.
Saffiyah hanya memandang wajah uminya.
" Kenapa Saff merajuk dengan Izz? " Puan Suraya mula menyoal. Soalan ini, sudah sebulan terperap di dalam kepalanya, hanya tunggu masa yang sesuai untuk disoal kan kepada Saffiyah.
Saffiyah hanya diam membisu.Puan Suraya masih menunggu jawapan anaknya.
" Sebab dia hampir nak gugurkan anak Saff? Macam tu? " Tembak Puan Suraya apabila Saffiyah masih memilih jalan untuk berdiam.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
عاطفية→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...