• " Kerana Dia Jodoh Aku " •_____✿_____
9 tahun kemudian....
" Morning umi abah. " Saffiyah menarik kerusi di hadapan Puan Suraya. Wajahnya nampak gembira pagi itu. Dia menggapai sekeping roti yang berada di pinggan berhadapan abahnya dan bekas Nutella untuk disapu pada rotinya.
Puan Suraya dan Encik Faizul berpandangan sesama sendiri.
Saffiyah yang sedar umi dan abahnya memandang ke arahnya, berhenti menyapu Nutella di atas rotinya.
" Why umi and abah look at Saff like that? Ada sesuatu ke atas muka Saff? "
Saffiyah menyapu mukanya dengan tisu.
" No. No. Abah cuma pelik dengan perangai anak abah hari ini. " Terang Encik Faizul sambil melipat surat khabar yang dia baca sebentar tadi.
Saffiyah mengerut dahinya. Apa yang pelik pula ni?
" Apa yang pelik bah? " Saffiyah bertanya sambil tangannya kembali menyapu coklat Nutella di atas roti.
" Abah pelik sebab kebiasaannya Saff akan bangun lewat, tetapi now Saff bangun awal and siap pakai baju sukan lagi. Saff nak pergi mana? Joging ke? Tak pernah-pernah dibuatnya. Buang tabiat ke? " Encik Faizul memandang anak perempuannya yang sedang mengunyah roti.
" Apa abah ni. Orang bangun lambat salah, bangun awal pun salah. " Kata Saffiyah dengan nada merajuk.
" Tak ada lah. Abah cuma pelik je. " Balas Encik Faizul dengan selamba.
" Saff nak jumpa dengan kawan Saff kejap. Sambil tu, Saff nak joging. " Dia menerangkan hal sebenar kepada umi dan abahnya.
Takutlah mereka salah faham yang dia ni nak pergi dating, sedangkan dia tak ada boyfriend pun. Mati kutu dia nanti kan.
" Oh. Pukul berapa nak pergi? Naik apa? " Abah bertanya lagi.
Saffiyah tersenyum memandang abah. Abah mengeluh.
" Pakailah Civic abah tu. " Saffiyah tergamam.
What abah bagi kereta Civic dekat dia? Dia cuma nak kereta Viva je. Tak apalah dah alang-alang orang bagi apalagi ambil jelah.
HAHAHAHHAHA!
" Thanks my hero! " Saffiyah mencium pipi abah dan umi nya sebelum keluar dari rumah.
" Abang suka sangat manjakan si Saffiyah tu. " Kata Puan Suraya dengan mulut dimuncungkan.
Encik Faizul ketawa.
" Kenapa? Awak cemburu ke? " Tanya Encik Faizul sambil membuka lipatan surat khabar.
Puan Suraya menjeling.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Romance→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...