• " Kerana Dia Jodoh Aku " •
_____✿_____
" Hoi Sudah-sudahlah mimpi indahnya. Bangun cepat! "
Suara itu samar-samar memasuki ke dalam gegendang telinga Saffiyah. Saffiyah membuka matanya perlahan-lahan.
Dia mengurut belakang lehernya yang terasa pedih. Ada cairan melekit di situ. Matanya terbuka luas. Pandangan yang pertama dia lihat ialah wajah Hikmah.
" Hikmah? Kita dekat mana ni? " Tanya Saffiyah apabila ruang yang dia duduk sebelum pengsan tadi tak sama dengan ruang yang dia duduk sekarang.
Hikmah tergelak sinis.
" Dah bangun pun kau. Kau mimpi apa tadi, sampaikan liat sangat nak bangun? " Kata Hikmah lalu bangun dari duduknya. Dia berjalan ke arah Saffiyah dengan kerusi di tangannya.
Saffiyah mengerutkan dahinya apabila melihat perlakuan Hikmah yang berbeza itu.
" Kita ada dekat, hurm aku rasa kau tak perlu tahu kot. Nanti kau takut pula. " Kata Hikmah lalu duduk di hadapan Saffiyah.
" Takut? Sebab apa aku nak takut? Kau bagitahu jelah. Nanti aku boleh call Izz suruh ambil aku. " Kata Saffiyah lalu matanya melilau mencari Irfan.
Hikmah tergelak besar mendengar kata-kata Saffiyah itu.
" Hei Nuradilah Saffiyah. Naifnya kau. " Kata Hikmah dengan sinis.
Saffiyah mengerutkan dahinya. Hikmah bukan seperti Hikmah yang dia kenali.
" Kau nak tahu sangat kan? Okay aku bagitahu. Sekarang kau ada dekat neraka! Tempat yang sesuai dengan perempuan yang munafik macam kau! " Tengking Hikmah dengan menjengilkan matanya memandang Saffiyah.
Terbuntang mata Saffiyah mendengar kata-kata Hikmah itu
"Ne..ne..neraka? Apa kau merepek ni ?" Tanya Saffiyah yang masih tidak faham akan kata-kata Hikmah itu.
" Neraka untuk perempuan yang rampas hak aku! Perempuan yang hancurkan kebahagiaan si dia! " Kata Hikmah dengan maksud yang tersirat.
Saffiyah masih kurang faham. Tetapi yang pasti nyawanya dalam bahaya.
" Kau tak nak tahu sebab apa aku kata kau macam tu? " Tanya Hikmah seperti orang tidak siuman.
Saffiyah hanya mendiam. Takut untuk bersuara.
" Sebab kau rampas lelaki aku. Aku dah lama suka dia. Tapi kau ambil dia! Kau jahat, Saff! " Marah Hikmah lalu air matanya menitis laju ke pipinya.
Saffiyah tergamam melihat Hikmah yang sedang menangis tersedu-sedan itu. Selama dia berkawan dengan Hikmah, dia tidak pernah melihat air mata yang jernih itu mengalir di pipi gadis itu. Hal ini kerana, semua orang sudah cukup kenali Hikmah sebagai seorang perempuan berhati batu.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Romansa→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...