BAB 20

10.6K 284 9
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____✿_____

Izz menggeliat malas di atas katil. Dia terasa sedikit segar walaupun badannya masih terasa lemah sedikit. Akhirnya dia dah kebah dari demamnya. Ini disebabkan ubat yang disumbat oleh Saffiyah semalam. 

Huh! Sakit hati bila ingatkan balik kisah tu.

Dia ingin turun dari katil, tetapi perbuatannya terbantut apabila ternampak besen dan kain tuala kecil di atas meja tepi katilnya. Dia malas berfikir panjang. Dia turun dari katilnya. 

Izz memandang sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas sofa.

" Eh, Izz. Awak dah sedar? Demam awak dah kebah? " Tanya Saffiyah sambil meletakkan belakang tangannya di dahi Izz. Dia terpaksa menjinjit sedikit apabila Izz berdiri. 

Saffiyah menghembus nafas yang lega apabila demam Izz sudah kebah.

Izz menepis lembut tangan Saffiyah yang mendarat di dahinya. Dia masih sakit hati dengan kelakuan selamba Saffiyah semalam. Nasib dia tidak sesak nafas. Kalau tidak, memang terbentang luas lah tajuk di surat khabar hari ini-

 ' Anak kepada Dato Huzir selaku Pengarah Eksekutif Syarikat H&K Holding, mati tercekik 2 biji ubat demam angkara isteri sendiri. '

" Awak nak pergi mana? Nak solat ke? Tak payah solat lah, awak kan sakit. " Saffiyah menghalang Izz dari berjalan ke arah tandas.

Izz menjeling ke arah Saffiyah.

" Sedangkan orang yang nak mati pun boleh solat, apatah lagi kita yang masih bertenaga ini. " Kata-kata Izz itu membuatkan Saffiyah tersenyum kecil. 

Nampaknya betul-betul lah dia dah sembuh. Bukti nya ialah mulut laser Izz.

_____✿_____

" Awak, jom sarapan. Saya cuma boleh buat roti bakar je. " Kata Saffiyah apabila terpandang Izz sedang turun dari tangga. Izz hanya memandang Saffiyah sekilas.

" Irfan, cepat breakfast. Daddy dah nak pergi ni. Daddy tunggu dalam kereta. " Kata Izz lalu keluar dari rumah. 

Sekarang ini dia hanya nak balas dendam kepada Saffiyah. 

Dia mengambil kasutnya di rak kasut. Dia memandang ke arah garaj kereta rumah papa dan mamanya. Kereta Airiel sudah tiada. 

" Awal pergi kerja mamat tu. " Kutuk Izz kepada Airiel.

" Daddylet's go. " Kata Irfan dengan tangannya masih dengan roti bakar. Izz berjalan ke arah kereta. 

Saffiyah yang terdengar enjin kereta Izz sayup-sayup meninggal perkarangan rumah agam milik Dato Huzir dan Datin Khatijah, berlari ke arah pintu dengan sebekas Tupperware di tangannya.

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now